Friday, 7 February 2020

10 BRIGED PARATROOPER

Kredit: Friend of ATM

10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.
Sejarah
Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.

Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.
Peranan
10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat.
10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.
Identiti Beret Merun 10 Para
Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus)

Latihan
Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
Senaman perang
Larian hutan berpaya
Mara lasak sejauh 12 kilometer
Pelaksanaan serbuan khas
Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
Latihan abseilling
Latihan rapelling
Junam selesa
Jalan laju 22 kilometer
Mendaki Gunung Ledang
Ikhtiar hidup
Pandu arah 33 kilometer
Berjalan lasak 65 kilometer
Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
Berlari sejauh 7 kilometer
Merentas desa
Larian balak
32 kilometer bagi larian berpasukan
Larian 42 kilometer
Kawad tempur seksyen dan platun
Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.

Latihan khas pula meliputi:
Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
Latihan payung terjun
Latihan tempur jarak dekat (CQC)
Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
Kursus penembak tepat
Kepakaran menggunakan bahan letupan
Kebolehan menembak
Menembak pantas
Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

Lagu Para
Eh ya eh yo briged para, gelaran kami AIRBORNE PARA urghhh Eh ya eh yo beret maroon kebanggaan kami, sayap di dada sebagai bukti PAC, tindak pantas cogan kata kami siap siaga bertempur, sanggup berjuang dan memusnah Eh ya eh yo briged para, gelaran kami AIRBORNE PARA urghhh Eh ya eh yo beret maroon kebanggaan kami, sayap di dada sebagai bukti
kami rela, berkorban dan sedia menggempur, musuh digempur lari bertabur, sanggup berjuang walaupun terkubur Eh ya eh yo briged para, gelaran kami AIRBORNE PARA urghhh Eh ya eh yo beret maroon kebanggaan kami, sayap di dada sebagai bukti
airborne.. PARA, PARA, PARA!! URGHHH

Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada:
3 Batalion Elit Para:
Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)
Rejimen Artileri Diraja
Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)
Skuadron Kereta Perisai

Skuadron Armor Diraja (Para)
dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke-11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.

Unit sokongan meliputi

Kompeni Bantuan (Para)
10 Skuadron Semboyan Diraja (Para)
Kor Polis Tentera Diraja (Para)
361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para)
Kor Kesihatan Diraja (Para)
10 Skuadron Askar Jurutera Diraja (Para)
Platun Pandura
Operasi
Pada tahun 2000, 10 PARA terlibat dalam operasi Ops Pasir di Sabah untuk menentang pencerobohan pengganas daripada kumpulan militan daripada Filipina daripada mencerobohi perairan Malaysia. Kumpulan ini terdiri dari Batalion Infantri Para. Pada bulan Mei 2006, 209 anggota daripada 10 PARA dihantar ke Timor Leste dalam Operasi Astute.

Operasi-operasi lain
Unit ini turut terlibat dalam operasi-operasi seperti:
Malaysian Medical Team (MASMEDTIM), Chaman Pakistan
MASMEDTIM, Kashmir, Pakistan
MASMEDTIM, Acheh, Indonesia
Operasi PADANAN SIPADAN ISLAND RESORT (Ops Pasir) Malaysia - 2006
Operasi Astute,Timor Leste - 2006
MALCON-UNIFIL 2007,Lubnan - 2007
Insiden Genting Sempah,Malaysia - 2007

Credit to Friends of ATM
-Admin Zu-

Copy and paste:
7/2/2020 : 8.40 pm

No comments: