Wednesday 5 February 2020

HELIKOPTER NURI DAN TERUMBU LAYANG-LAYANG DALAM KENANGAN (1982)

  











Januari 2020 – Operasi 12 helikopter Nuri atau nama sebenar Sikorsky S-61A-4 milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) ditamatkan setelah berkhidmat selama hampir 60 tahun.

Helikopter NURI meninggalkan banyak kenangan bagi saya kerana sebelum Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) mempunyai unit udaranya sendiri, Helikopter TUDM adalah nadi yang telah banyak membantu tugas-tugas kami di Lautan.

Satu kenangan yang tak dapat saya lupakan pada tahun 1982 ketika bertugas di atas kapal Pengangkut TLDM KD RAJA JAROM, ketika dalam tugasan Ops Terumbu dimana kapal kami membawa peralatan-peralatan untuk pembinaan platform di Terumbu Layang-Layang (TLL). Helikopter NURI TUDM telah banyak membantu kami untuk mengangkut peralatan-peralatan pembinaan platform ke TLL. Kini segalanya tinggal kenangan…. NURI DALAM KENANGAN………

PERNAH DENGAR TERUMBU LAYANG-LAYANG?
Terumbu Layang Layang (Station LIMA dalam istilah TLDM) atau dalam bahasa Inggeris Swallow Reef adalah sebahagian daripada gagasan Kepulauan Spratly di perairan Sabah.

Pulau ini dituntut oleh beberapa Negara antaranya Negara China, Taiwan, Filipina dan Vietnam. Kerajaan menuntut ianya adalah kepunyaan Malaysia kerana terletak berhampiran dengan Sabah (162 batu Nautika dari Kota Kinabalu).








Pada 20 September 1979 TLL diletakkan di bawah Zon Ekslusif Ekonomi (ZEE) Malaysia dan pembinaan pertama tugu TLL didirikan pada 21 Jun 1980.

Pada 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) ditempatkan di TLL. Selain Terumbu Layang-Layang ada 4 lagi Terumbu yang dikawal oleh TLDM iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.
Pada 1989, Kerajaan telah memutuskan supaya kawasan ini dibangunkan menjadi sebuah pusat pelancongan dan kini ianya dikenali dengan Avillion Layang-Layang Resort.


















Pulau Terumbu yang dahulunya hanya ada sebuah tugu dan sebuah modul tempat tinggal anggota Keselamatan yang mengawal perairan Negara….kini telah bertukar menjadi sebuah pusat peranginan yang cantik….
Namun jangan pula kita lupakan jasa-jasa anggota Keselamatan kita yang telah lebih dahulu mendiami kepulauan tersebut daripada hanya sebuah pulau yang tiada tumbuh-tumbuhan, kini telah berubah lanskapnya menjadi sebuah pusat pelancongan…..

Satu-satunya kawasan yang telah melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM berkerjasama sebagai satu pasukan iaitu Tentera Darat dengan Unit Jurutera dan Gerak Khas (Komando) , Tentera Udara dengan Helikopter Nurinya dan Tentera Laut dengan Kapal Pengangkut dan Kapal Perang yang mengawasi perairan disekelilingnya......

KENANGAN KALI PERTAMA SAYA BERADA DI TERUMBU LAYANG LAYANG TAHUN 1982 MASIH KEKAL DALAM INGATAN…..

Rujukan:
Royal Engineer Army Regiment (Rajd)
Copy and paste: 27 April 2020 / 4 Ramadhan 1441H : 7.48 am

Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat , KL
12 Januari 2020: 10.25 pm

No comments: