Tuesday 18 February 2020

KENANGAN BERSAMA PANGLIMA TENTERA LAUT MALAYSIA YANG PERTAMA

Kredit:FB Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan

Laksamana Muda (B) Tan Sri Dato’ Seri K.Thanabalasingam telah memahat namanya bersama kecemerlangan sejarah kemerdekaan Malaysia atas pencapaian uniknya menjadi anak tempatan yang pertama menjawat jawatan Panglima Tentera Laut Malaysia. Ini merupakan penghormatan yang sukar diperolehi memandangkan beliau merupakan satu- satunya bukan Melayu untuk mengetuai perkhidmatan bersenjata Angkatan Tentera Malaysia, sesuatu yang unggul di dalam sejarah ketenteraan negara menaruh harapan dan kepercayaan penuh ke atas integrity profesionalisme dan kualiti kepimpinan anak muda ini yang lebih dikenali dengan panggilan “Laksamana Bob Thana” pada ketika itu. Beliau meneraju pemerintahan Tentera Laut Malaysia pada usia yang muda iaitu 3 bulan sebelum genap 32 tahun.
Thanabalasingam Karalasingam seperti lain-Iain Pegawai Kadet Malaya pengambilan perintis pada tahun 50- an di BRNC Dartmouth, terpaksa menggunakan nama singkatan di tag nama “Bob Thana” yang kekal sehingga kini.
Anak muda, “Bob Thana” memasuki Tentera Laut pada tahun 1955 tanpa sebab-sebab tertentu. Beliau berasal dari keluarga kelas pertengahan bangsa Ceylon Malaysia yang tersepit di antara cita-cita dan masalah kewangan. Tentera Laut telah menawarkan kepada beliau kerjaya profesional dengan menghantar beliau berkursus di United Kingdom dan merupakan satu cabaran dan pencapaian yang dihormati di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran anak muda dari Victoria Institution Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang ini Ini merupakan suatu peluang yang baik yang menjadi idaman ramai tetapi sukar diperolehi. Thanabalasingam merupakan antara yang bemasib baik.
“Di BRNC saya bergaul dengan semua pihak dan teiah mencapai kemajuan berterusan yang telah memeranjatkan ramai pesaing tuan runiah dari Tentera Laut Diraja British terutamanya apabila saya dipilih sebagai “Divisional Captain!’. Pegawai bukan berbangsa Inggeris pertama mencapai penghormatan tertinggi daripada maktab itu. Tidak hairanlah apabila ramai rakan di Maktab yang kebanyakan dari keluarga Diraja British menimbulkan kekecohan dan ingkar perintah.”
Bob Thana telah melakukan sesuatu yang diharapkan oleh BRNC. Beliau mengawal situasi dengan tegas apabila menugaskan seorang Pegawai Kadet Inggeris untuk membawa arahan yang mudah “Suka atau tidak, saya yang bertanggungjawab. Jika ingkar, kamu akan menghadapi tuduhan ingkar perintah seperti yang dipraktikkan dalam Tentera Laut.” Ketegasan beliau tidak dipedulikan oleh mereka dan akhirnya Bob Thana melepaskan jawatan itu dengan alasan ingin memberi tumpuan pada bidang pengajiannya. Bagaimanapun, pihak pengurusan Maktab telah menolaknya selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan. Setelah ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 1 Mei 1958, beliau pulang ke Malaya pada Januari 1960 dan seterusnya dilantik sebagai pegawai latihan kadet di Federal Military College, Port Dickson. Setahun kemudian beliau berkhidmat di kapal SDML (KD SRI PAHANG) dan di Kapal Penyapu Periukapi (KD MAHAMERU). Pada 1963, Lt Bob Thana dihantar berkursus ke HMS VERNON, England dalam kepakaran Torpedo Anti Submarine (TAS). Selepas itu beliau dilantik sebagai Pegawai Memerintah KD SRI KELANTAN sebaik sahaja kapal tersebut ditauliahkan untuk pelayaran balik ke Malaysia dari Portsmouth, England. Sekembalinya ke Malaysia, beliau terus memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah dan telah melaksanakan tanggungjawab di laut secara berterusan sepanjang kemelut konfrontasi dengan Indonesia. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander pada 18 Februari 1965 dan diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana KD HANG TUAH di bawah pemerintahan Kdr Mann R N.
Dalam kumpulan pengambilan Bob terdapat nama-nama yang hebat seperti Allahyarham Laksda (B) Dato’ Mohd. Zain Mohd. Salleh (Panglima TLDM kedua), Laksma (B) (Babu) P. K. Nettur, Laksma (B) M. W. Alvisse, Laksma (B) Hj Abdul Aziz Wahab, Kept (B) Cheah Leong Voon, Kept (B) Khoo Tee Chuan, Kept (B) Phang Kok Keng dan Lt Kdr (B) Chitharanjan Kuttan (Bersara pilihan pada 1971 dan bekerja sebagai Ketua Pelabuhan Singapura). Semua pegawai ini telah memberi sokongan padu dan turut memegang jawatan penting pada tahun-tahun awal penubuhan TLDM untuk berkhidmat kepada negara yang baru merdeka.
SEJARAH KE ARAH SEMANGAT KENEGARAAN
Sejak mencapai kemerdekaan, Tentera Laut Diraja Malaya diterajui oleh Capt W. J. Dovers diikuti dengan Commodore A. M. Synnot dan kemudiannya Commodore A. N. Dollard. Walau bagaimanapun, pemisahan Singapura daripada Malaysia dan tercetusnya konfrontasi dengan Indonesia telah menjadikan para pemimpin negara kekok untuk membincangkan isu-isu sensitif dengan Ketua Turus Tentera Lautnya. Dalam masa yang sama adalah sukar bagi kerajaan mengenepikan mereka memandangkan mereka mendapat arahan daripada Kementerian Pertahanan. Walaupun mereka merupakan panglima-panglima tentera laut dari negara asing, keupayaan mereka sememangnya tidak dipersoalkan (kesemua mereka terutamanya Capt Dovers dan Commodore Synnot telah memberi sumbangan yang tidak terhingga bagi memajukan TLDM) namun secara rahsia mereka sering diketepikan di dalam proses membuat keputusan oleh kerajaan.
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tuanku Abdul Rahman telah memutuskan untuk meMalaysiakan jawatan tinggi di dalam Tentera Laut dan Tentera Udara bagi mengelak wujudnya sebarang kejanggalan berlaku dalam sebarang proses membuat keputusan kerajaan. Di peringkat awalnya, kerajaan mengambil pendekatan secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa nama Jeneral dari Tentera Darat seperti Sani dan Mazlan untuk menerajui TLDM. Bagaimanapun, kedua-dua mereka menolak tawaran tersebut atas alasan peribadi. Adalah dipercayai mereka menganggap Tentera Laut merupakan cabaran baru dan mereka juga tidak bersedia untuk menghadapinya. Mereka juga menganggap tawaran tersebut akan menjadi halangan dalam peluang kenaikan pangkat Tentera Darat sekiranya diterima.
Sebagai persediaan. Bob Thana telah dinaikkan ke pangkat Komander pada 1 Mac 1967 dan diperjawatkan sebagai Pegawai Memerinlah 'Kapai Induk' KD HANG TUAH. Seterusnya beliau dinaikkan ke pangkat Kepten pada I September 1967 dan dihantar ke Bahagian Staf Tentera Laut Kementerian Pertahanan bagi mempelajari tugas-tugas Panglima Tentera Laut. Beliau kemudiannya mengambil alih tugas Panglima Tentera Laut pada 1 Disember 1967 dengan menyandang pangkat Laksamana Pertama menggantikan Commodore Dollard. Pada 1 Januari 1973, taraf jawatan Panglima Tentera Laut telah dipertingkat sejajar dengan kekananannya serta pembesaran Armada, Bob Thana seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda.
PENCAPAIAN YANG NYATA
Sebagai Panglima Tentera Laut yang pertama, beliau telah mewujudkan beberapa ketetapan dan dasar, di antaranya seperti memperolehi beberapa jenis kapal dan sistem persenjataan serta inisiatif untuk menubuhkan pangkalan-pangkalan baru. Kesemua ini merupakan visi awal serta hala tuju beliau untuk TLDM. Keputusan mengejut oleh kerajaan British untuk berundur dari Timur Jauh pada tahun 1968 tidak disampaikan dengan jelas kepada kerajaan Malaysia. Ini telah memberi kesempatan dalam mempercepatkan pembangunan TLDM seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia. Dalam konteks ini, keutamaannya adalah untuk melengkapkan TLDM dengan armada yang moden dilengkapi dengan sistem misil dan senjata yang canggih. Sepanjang perkhidmatan beliau di bawah pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan), beliau telah menikmati hubungan baik serta menerima nasihat secara peribadi dan mempunyai pengetahuan eksklusif mengenai pemimpin legenda Malaysia tersebut. Hubungan profesional mereka berdua bukan saja telah memanfaatkan TLDM malah telah memperluaskan lagi pengaruh TLDM.
Source : FB TLDM
Info By : Malaysian Political Observer

Copy and paste: 18 Februari 2020 / 25 Jamadil Akhir 1441H : 7.30 pm

No comments: