Credit to Arjuna Bitara
Tamadun Melayu di Sungai Batu, Kedah Tua dikatakan antara yang tertua di DUNIA! 400 tahun lebih tua dari Tembok Besar China, 600 tahun lebih tua dari Colloseum , Rom dan 1,773 tahun lebih tua dari Menara Condong Pisa, Itali. 66 tahun lebih tua dari Raja Sargon, Raja Empayar Assyria, 187 tahun lebih tua dari Cyrus The Great, raja Empayar Parsi. 800 tahun lebih awal dari kelahiran Isa a.s dan 1,400 tahun lebih awal dari kelahiran Rasulullah s.a.w.
Tapak Sungai Batu juga 2,200 tahun lebih tua dari Taj Mahal. 1,700 lebih tua dari Angkor Wat dan 100 tahun lebih tua dari berhala Tuhan Zeus dalam Tamadun Yunani. Tamadun ini dikatakan sezaman dengan Tamadun Maya, Tamadun Mesopotamia, dan Tamadun Yunani
Di sini saya lampirkan beberapa persoalan berkenaan Tamadun Agung ini, yang masih buntu dirungkaikan oleh ahli arkeologi dan sejarawan dari seluruh dunia!
1. Tamadun Kedah Tua ada kaitan dengan Nabi Daud a.s ??
Untuk makluman korang, tamadun Sungai Batu di Kedah Tua merupakan tapak peleburan besi terbaik di dunia (catatan Al-Kindi dan Al-Biruni). Malah ada beberapa sejarawan yang mendakwa bahawa besi keluaran Tamadun inilah yang digunakan untuk menempa pedang Nabi Muhammad s.a.w !!! (The patriots). Apa yang menjadi persoalan ialah, di dalam Al-Quran tercatat bahawa manusia pertama yang pandai melebur besi ialah Nabi Daud a.s !!! (Saba: 10-11; Al-anbiya : 80)
Jadi apakah perkaitan antara Nabi Daud a.s dengan tamadun ini?
Post ini bukan bertujuan mengatakan Nabi Daud a.s itu Melayu, tapi ingin memberitahu korang bahawa Melayu juga sudah pandai melentur besi, mewarisi kebolehan Nabi Daud a.s.
2. Di mana hilangnya produk besi buatan orang Melayu di Sungai Batu ??
Ini adalah persoalan paling misteri! Ahli arkeologi dan etnography dah turun padang dan buat penyelidikan sendiri di tapak ini. Dan YA! Apa yang mereka jumpa? Ialah 12,000,000 tuyere dan 17 tapak peleburan sekitar l000 km persegi di Sungai Batu. Jadi tak hairanlah bahawa Sungai Batu merupakan kilang pengeluaran besi terbesar di dunia pada ketika itu, dan paling lengkap pernah ditemui !! Dalam catatan Hindu mengatakan bahawa mereka sering mengimport besi dari Tamadun ini dan Tamadun ini mahir dalam pembuatan pedang... sehinggakan ada sejarawan yang percaya Tamadun inilah yang melentur Pedang Rasulullah s.a.w.
Tapi yang mengHAIRANkan, ahli arkeologi TIDAK MENJUMPAI SEBARANG PRODUK orang melayu yang dihasilkan di situ !! Tiada pedang ! Tiada jongkong besi ! Tiada apa-apa ! Jadi di mana hilangnya semua hasil pengeluaran itu ?? Ia seolah-olah sebuah kilang gardenia yang lansung tak produce roti selanjang hidup. Yang ada hanyalah kapal-kapal pedagang. Aikkk pelik ?? Di mana semua warisan agung ini. Adakah warisan kita dicuri dan disembunyikan oleh pihak tertentu, atau sudah hilang dirampas penjajah zaman purba, atau... hancur akibat tsunami yang pernah melanda Srivijaya satu ketika dahulu?
Ahli arkeologi masih mencari. Sejarawan masih mengkaji. Segalanya kekal misteri
Sumber boleh refer dari Mstar online, The Patriots, Metro, Siakap Keli dan banyak lagi.
Copy and paste:
2 / 2/ 2020: 7.20 pm
No comments:
Post a Comment