Saturday, 8 February 2020

TIPS KETIKA DI RAUDHAH

Kredit: Sabariah Abd Majid
            FB RINDU HARAMAIN
Seperti yang saya maklumkan dalam posting sebelum ini, sejak May 2019 carpet hijau telah diletakkan di sekitar laluan untuk memasuki Raudhah. Pada penghujung December 2019, di ruangan menunggu untuk memasuki Raudhah juga telah ditukar kepada carpet hijau keseluruhannya.
Jika sebelum ini kita boleh berpandukan kepada carpet hijau yang menandakan kawasan Raudhah sekarang agak sukar kerana kawasan luar daripada Raudhah juga diletakkan dengan carpet hijau dengan corak yang sama.
Apakah tujuan dibuat seperti itu Allahualam..
Antara tanda yang paling sesuai untuk mengenal pasti kedudukan dan garisan Raudhah ialah dengan melihat berpandukan kepada tiang corak bergaris dan berbunga. Seeloknya berdoa dan bersolat di bahagian hadapan atau sekurang-kurangnya badan kita melepasi kawasan Makam Rasulullah s.a.w yang berada di sebelah kiri dan tidak melepasi mimbar yang dapat dilihat sebahagian saja apabila menghadap kehadapan agak ke kanan (mimbar terletak di kawasan Raudhah Jemaah Lelaki)
Jika mengalami kesukaran untuk solat, cukup sekadar berdoa dan menangislah sepuasnya. Doa untuk diri sendiri dahulu untuk minta keampunan dan dimasukkan kedalam syurga tanpa hisab dan dijauhkan dari azab seksaan api neraka. Bukan bermaksud kita pentingkan diri sendiri tetapi kita mungkin perlukan doa itu lebih dari orang lain disebabkan dosa silam kita. Semoga di tempat mustajab doa itu membuatkan Allah mengangkat doa kita dan Rasulullah s.a.w sudi memberikan syafaat Baginda. Selepas berdoa untuk diri sendiri kemudian berdoalah untuk orang lain dimulakan dengan ahli keluarga, sahabat dan kenalan.
Jangan lupa sampaikan salam yang dikirimkan untuk Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w dengan lafaz "Assalamualaika Ya Rasulullah" hanya dengan lafaz ini akan disambut oleh Rasulullah. Tak perlu menyebut setiap nama yang mengirimkan salam. Untuk yang mengirimkan salam, saya mohon agar sampaikan dengan lafaz yang betul seperti " Tolong sampaikan salam saya kepada Rasulullah dengan lafaz Assalamualaika Ya Rasulullah". Dan orang yang menyampaikam salam juga melafazkan yang sama.
Rata- rata yang mengirim kan salam dengan cara mudah seperti "kirim salam kat Rasulullah ye..." Rasulullah s.a.w bukan kawan kita untuk kita cakap lebih kurang je.. Baginda Adalah Amirul Mukminin, Nabi dan Rasul utusan Allah s.w.t kepada kita. Dia perjuang agama Islam, Rasul terakhir dan kita umat Rasulullah yang sentiasa dirindui walaupun tidak pernah bersua dengan kita. Walaupun Baginda telah Wafat dan Jasad Baginda dimakam disitu tetapi Baginda tetap akan menjawab salam kita dan mampu memberi syafaat kepada kita.
Doa di luar Raudhah juga Allah akan maqbulkan cuma kenapa kita tidak berusaha untuk masuk ke Raudhah iaitu sebahagian taman syurga sedangkan kita telah berada di sana. Paling penting jangan berasak, menolak, berebut dan bergaduh. Jangan kerana ingin mendapat pahala kita dicalit dengan dosa.
Pastikan sebelum masuk ke Raudhah, jemaah melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid kemudian ketika menunggu giliran menghampiri Raudhah, jemaah boleh juga melakukan solat sunat yang lain seperti solat Mutlak, solat Dhuha, solat Taubat, solat Hajat.
Waktu memasukki Raudhah bagi jemaah wanita juga berbeza dari Jemaah lelaki. Tiada waktu khusus untuk jemaah lelaki memasuki Raudhah dan mereka boleh memasuki melalui mana-mana pintu bila-bila masa kecuali jika ada pintu ditutup untuk proses pembersihan.
Namun untuk jemaah wanita, mereka hanya boleh memasuki Raudhah melalui pintu 25 dan perlu berjalan agak jauh ke ruangan menunggu yang akan dihadang oleh kain rentang berwarna putih. Buat masa sekarang pintu Raudhah hanya dibuka selepas Subuh sehingga sebelum Zohor dan selepas Isyak sehingga sebelum fajar bergantung kepada pihak pengurusan masjid. Waktu penutupan ini juga berubah mengikut pengurusan mereka. Untuk mengelakan dari kesesakkan, selalu saya galakkan agar jemaah pulang dulu selepas solat fardhu subuh atau Isyak dan pergi semula selepas 1 jam kerana ketika itu lebih tenang kerana kurang berlaku asakan dan tolak menolak.
Sangat digalakkan memperbanyakkan selawat keatas Rasul junjungan Kita semoga Rasulullah memberikan syafaat kepada kita di Akhirat kelak kerana Rasulullah ﷺ pernah bersabda: "Umatku yang menziarahi Aku selepas kematianKu seumpama dia menziarahiKu semasa Aku hidup"
Harap ini menjadi panduan buat semua Duyufurahman.

Copy and paste:
8 Februari 2020/14 Jamadil Akhir 1441H 
3.40 pagi

No comments: