Thursday 6 February 2020

Penggunaan Kuasa Maritim Oleh Imperialis Barat :

Kisah 1: Penggunaan kuasa Maritim oleh Barat
GerakanTentangan Sultan Abdullah Terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris
Perjuangan menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris di Kedah dirintis oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798).
Penentangan baginda ini adalah terawal dalam sejarah perjuangan menentang British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah. Syarat yang tidak dipenuhi Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang Thailand atau Burma, dan memenuhi $30,000 Sepanyol setahun yang
dituntut Sultan Abdullah kerana melepaskan monopoli perdagangan baginda di Kedah.
Persaingan di antara Thailand dengan Burma telah mengheret sama Kedah ke dalam
persaingan politik mereka.

Tanpa memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari laut dan darat serta bayaran $30,000 Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah, Francis Light menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786. Sultan Abdullah menuntut syarat baginda daripada Francis Light. Namun Sultan Abdullah hanya mendapat jawapan pada tahun 1787 yang menyatakan bahawa Kompeni Hindia Timur Inggeris tidak akan memberi perlindungan kepada Kedah. Walaupun demikian Sultan Abdullah terus berunding mengenai syarat yang dikemukakannya itu.
Pada Mac 1791 Kapten Scott memaklumkan bahawa Francis Light sanggup membayar $10,000 Sepanyol setahun dan wang ini agak dihantar segera.
Pada 19 Mac 1791, kira-kira 20 buah perahu tiba di Perai dan 20 Mac 1971 pula kira-kira 90 perahu dibawa oleh Bendahara dan Laksamana bergabung di sini. Tuntutan dibuat supaya Francis Light membayar $10,000 Sepanyol sebagaimana yang dijanjikan. Francis Light pula hanya menghantar $5,000 Sepanyol dan baki $5,000 Sepanyol lagi akan dihantar sebaik sahaja pasuakan yang ada di Seberang Perai dibubarkan. Sikap Francis Light yang tidak menepati janji ini menyebabkan Sultan Abdullah menghantar wakilnya menemui Francis Light mengarahkan membayar baki $5,000 Sepanyol atau meninggalkan Pulau Pinang.
Sementara menunggu jawapan daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris, Francis Light menghantar kapal Dolphin, Princess Augusta, Valiant dan empat buah perahu perang (gun-boat) menyerang pasukan Kedah di Seberang Perai pada 12 April 1791. Pasukan Kedah berundur ke Sungai Perai. Walaupun mereka cuba menguatkan kedudukan kembali tetapi telah diserang lagi oleh pasukan Kompeni.
Kekalahan ini menyebabkan Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima bayaran $6,000 Sepanyol setahun. Kompeni Hindia Timur Inggeris boleh menduduki Pulau Pinang.
Sumber:
SEJARAH GERAKAN POLITIK AWAL DI KEDAH
Oleh
Abdullah Zakaria bin Ghazali
Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya

Kisah 2: Peggunaan kuasa Maritim Inggeris di Perak
Masalah juga timbul antara pembesar-pembesar Melayu dengan
orang Cina yang diberi hak pajak kecil untuk membalak. Sultan Jaafar juga menghadapi masalah dengan W.T. Lewis yang diberi pajakan wilayah Krian pada tahun 1861. Sultan terpaksa membatalkan pajakan tersebut atas desakan pembesar-pembesar.

Masalah lain yang dianggap lebih serius di Larut ialah pergaduhan antara pelombong-pelombong Cheng Sang (Hai San) dengan Fui Chew (Ghee Hin). Pihak Fui Chew yang sedikit bilangannya terpaksa melarikan diri apabila diserang. Ketua-ketua Ghee Hin di Pulau Pinang mendesak kerajaan Inggeris supaya Sultan Jaafar diberi ganti rugi. Pihak Inggeris menghantar kapal perang untuk
mengepung Sungai Larut. Ini memaksa Ngah Ibrahim bersetuju membayar ganti rugi. Bagaimanapun pihak Ghee Hin masih tidak
berpuas had kerana Ngah Ibrahim menaikkan cukai yang nampaknya lebih ditujukan kepada mereka. Sedangkan kumpulan Hai San mendapat layanan istimewa.

Kisah 3: Penggunaan kuasa Maritim inggeris dalam Perang Klang
Tengku Kudin menyedari kesukaran untuk mengalahkan Raja Mahadi walaupun telah banyak berhutang bagi membiayai peperangan tersebut. Oleh itu bantuan Inggeris diperlukan bagi memastikan beliau menjadi orang yang berkuasa di Selangor. Pihak Inggeris yang pasti kepentingan mereka akan lebih terjamin telah sanggup menolong. Kapal perang Teazer dihantar ke Selangor dan meriam dihalakan ke istana sultan. Tengku Kudin juga berjaya
menyingkirkan Raja Musa daripada jawatan Raja Muda dan menggantikannya dengan Raja Yaakop. Ini setelah didapati Raja Musa cuba berdamai dengan Raja Mahadi.

Kisah 4: Penggunaan kuasa Maritim oleh Inggeris dalam campurtangan hal ehwal perairan Selangor dan menerima Residen British.
Dalam usaha Inggeris bertapak di Selangor kekuatan kapal perang diperlukan. Ini bagi memastikan Sultan Abdul Samad tidak akan
menolak campur tangan Inggeris. Pada Februari Andrew Clarke menghantar enam buah kapal perang ke perairan Selangor. Tiga buah menyekat muara Sungai Jugra, dua buah ke Sungai Kelang dan empat buah memudiki Sungai Langat untuk berjumpa sultan Andre w Clarke telah mendesak Sultan Abdul Samad memberi kepercayaan penuh kepada Tengku Kudin untuk menghapuskan kegiatan lanun .

Kisah 5: Penggunaan Kuasa Maritim oleh Inggeris di Terengganu
Bekas Sultan Riau-Lingga di Terengganu.
Sultan Mahmud Muzaffar telah dipecat oleh Belanda dan baginda terpaksa berpindah dari setempat ke setempat dan diberi perlindungan oleh Sultan Umar. Kedua-dua mereka mempunyai hubungan keluarga. Sultan Mahmud dikatakan cuba mendapatkan
bantuan daripada Inggeris dan Siam supaya ditabalkan menjadi sultan di Pahang tetapi tidak berjaya. Pihak Inggeris bimbang ini akan menimbulkan perbalahan dengan pihak Belanda.

Sultan Mahmud telah memberi sokongan kepada Wan Ahmad dalam kes rebutan kuasa di Pahang dengan harapan kejayaan ini
akan membantunya menjadi sultan. Sultan Mahmud juga mempengaruhi Sultan Umar supaya memberi sokongan kepada Wan
Ahmad. Hal ini menyebabkan pihak Inggeris meminta Sultan Umar menyerahkan Sultan Mahmud yang bernaung di negerinya. Gabenor Cavenagh cuba memaksa Terengganu dengan menghantar kapal perang mengepung Kuala Terengganu dan kemudiannya telah
membedil bandar tersebut pada 11 dan 12 November 1862. Langkah Inggeris ini gagal kerana bekas Sultan Riau-Lingga itu telah diminta oleh Sultan Umar pergi berlindung di Besut.

Kisah 6 : Ugutan James Brooke kepada Brunei
James Brooke tiba cli Sarawak pada 15 Ogos 1839, dan diberitahu oleh Pangiran Muda Hashim tentang kekacauan yang dihadapi.
Pangiran Muda Hashim meminta Brooke tinggal di Sarawak untuk beberapa waktu sebagai satu demonstrasi kekuatan kepada pemberontak-pemberontak sehingga bulan September. Brooke kembali semula ke Sarawak pada bulan Ogos 1839 dan didapati kekacauan semakin buruk. Kali ini Pangiran Muda Hashim meminta bantuan Brooke membantu menghapuskan pemberontakan dengan menawarkan daerah Seniawan dan Kuching serta melantik Brooke sebagai pemerintah. Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan memakai gelaran residen pada bulan Februari 1841 dan pada bulan September menjadi penguasa penuh. Pada mulanya Pengiran Muda Hashim melambat-lambatkan pelantikan tersebut sehingga Brooke membuat ugutan dan mengepung tempat kediaman Pangiran Hashim. Di sini jelas unsur paksaan digunakan. Setelah itu barulah beliau dilantik sebagai raja dan gabenor Brunei setelah
mengugut akan membedil bandar Brunei dengan Kapal H.M. S Phlegethon.

SEJARAH MALAYSIA (1800-1963)
Mohd . Isa Othman
Sejarah Malaysia / oleh Mohd . Isa Othman.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Terbitan Pertama 2002

Tujuan penceritaan ini bukanlah utk mengagungkan British superiority dari segi ketenteraan berbanding orang Melayu. Tetapi adalah untuk memberikan contoh bagaimana kuasa maritim yang diabaikan oleh Kerajaan-kerajaan Melayu telah dieksploitasikan oleh barat dengan strategi "Gunboat diplomacy" yg meletakkan mereka di posisi yg menguntungkan ketika membuat rundingan atau desakan. Kekuatan Maritim mereka bukanlah satu2nya faktor satu demi satu kerajaan di nusantara ini tumbang. Tetapi ianya adalah salah satu elemen penting yang mempengaruhinya.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat diatas kekhilafan leluhur kita dimasa lalu dan kita pewarisnya mengambil pengajaran dari kesilapan generasi terdahulu.
Al-Fatihah
"Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskipun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang.
Buya Hamka,
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Copy and paste: 6/2/2020 : 8.43 pm

No comments: