Disebabkan kita digemparkan dengan kematian Ashraf Sinclair yang berpunca daripada serangan jantung dan dia meninggal dunia pada usia 41 tahun, aku nak share dengan korang tanda-tanda sakit jantung supaya kita semua boleh peka sama ada kita ni sendiri mungkin boleh kena serangan jantung.
Ini sumber yang diperolehi dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL. Bukan aku tulis sendiri ye. Aku bukan doktor. Aku kuat merapu je, tapi ni benda serius ok.
Jemputlah baca.
🔸Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
🔸Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
🔸Lidah terasa tegang dan pendek.
🔸Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
🔸Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
🔸Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
🔸Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
🔸Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
🔸Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
🔸Rasa keletihan sepanjang masa.
🔸Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
🔸Degupan jantung tidak menentu.
🔸Nafas terasa pendek.
🔸Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
🔸Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
🔸Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Jadi, jika selepas baca dan korang dapati tanda-tanda yang disebutkan di atas ada pada korang, maka korang kena mula ambil langkah berjaga-jaga.
Salah satu langkahnya ialah dengan berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan, ok
- sharing is caring-🥰
Copy and paste: 23 Februari 2020 / 29 Jamadil Akhir 1441H : 11.56 AM
No comments:
Post a Comment