Thursday, 13 February 2020

SOLAT SUNAT RAWATIB

Kredit : TaufiqHidayah
No photo description available.
Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua bahagian:
1. Sunat Rawatib yang "Muakkad"
2. Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad"
Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori:
1. Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
2. Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut:
• 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
• 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
• 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
• 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
• 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut:
• 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
• 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
• 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
• 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
• 2 Rakaat sebelum Isyak.
Dalil:
Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh." (Muttafaq alaih)
Niat Solat Sunat Rawatib:
1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut: قَبْلِيَّةً
2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut: بَعْدِيَّةً
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor/Asar/Isyak/Subuh) dua rakaat (Sebelum/Selepas) kerana Allah Taala.
Copy and paste:
13 Februari 2020 / 19 Jamadil Akhir 1441H : 4.12 am

No comments: