Kredit : Roujin d'Umi
Kenapa Bangsa ini MESTI di Takluki, di Pecahkan, di Murtadkan atau di Sekularkan ?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Roujin d'Umi
18 Jumadil Akhir 1441 H
12 February 2020 M; 00:09
1] BANGSA MELAYU
(The Malay Race)
Dahulu Kepulauan Melayu (Malay Archipelagos) memang popular di dunia dengan perairan dan lautan yang dikuasai oleh Kuasa Maritim dan Pembina kapal-kapal yang jauh lebih hebat dari teknologi pembinaan kapal Barat dengan teknologi logam besi dan emas (Metallurgy) yang jauh lebih canggih dari teknologi Eropah.
Bangsa Melayu Nusantara memang hebat dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Kesultanan-Kesultanan Islam dan Syiwa-Buddha sebelum dijajah dan dipecah-pecahkan oleh Penjajah Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol dan akhirnya Amerika.
Sehingga kini, Fatani masih dijajah oleh Thailand hasil "Ayer Tangan Inggeris" dengan "Perjanjian Bangkok, 1909".
Kesultanan Melayu akhirnya terpecah-pecah kepada Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Fatani, yang masih dibawah Jajahan Thailand.
...
2] LINGUA FRANCA
Bahasa Perantara
Bahasa Perantara (Lingua Franca) ketika itu adalah bahasa Melayu walaupun kita berbeza-beza dari segi dialek etnik Aceh, Minangkabau, Sunda, Jawa, Madura, Sulawesi (Bugis, Gowa dan Makassar), Tausug (Sulu, Mindanao) dan Tagalog (Filipina).
Namun Bangsa Melayu semuanya tahu berbahasa Melayu sehinggakan di Indonesia kini lagu-lagu popularnya dinyanyikan dalam bahasa Melayu baku, dan tidak dalam bahasa Belanda, Inggeris atau bahasa ke-etnikan atau kedaerahan.
Cuma di Indonesia kini bahasa Melayu kesatuan republik disebut Bahasa Indonesia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[3] UGAMA BANGSA MELAYU SEBELUM MENERIMA ISLAM :
REKOD PENGEMBARAAN I-TSING
Berita tentang kerajaan Melayu antara lain diketahui dari dua buah buku karya Pendeta I-Tsing atau I-Ching (義淨; pinyin Yì Jìng, 634-713 M), yang termasyhur yaitu,
1) "Nan-hai Chi-kuei Nei-fa Chuan"
(Catatan Ajaran Buddha yang dikirimkan dari Laut Selatan);
2) "Ta-T’ang Hsi-yu Ch’iu-fa Kao-seng Chuan"
(Catatan Pendeta-pendeta yang menuntut ilmu di India zaman Dinasti Tang);
Dalam pelayarannya dari China ke India pada tahun 671 M, l-Tsing telah singgah di Sriwijaya 6 bulan lamanya untuk mempelajari "Sabdawidya", bahasa Sanskrit dan menterjemahkan naskah-naskah Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa China.
Kisah pelayaran I-Tsing dari Kanton tahun 671 M diceritakannya sendiri, dengan terjemahan sebagai berikut,
“Ketika angin timur laut mulai bertiup, kami belayar meninggalkan Kanton menuju selatan .... Setelah lebih kurang 20 hari belayar, kami tiba di negeri Sriwijaya. Di sana kami bermukim selama 6 bulan untuk belajar "Sabdawidya". Sri Baginda sangat baik kepada kami. Beliau menolong mengirimkan kami ke negeri Malayu, di mana kami telah singgah selama 2 bulan. Kemudian kami kembali meneruskan belayar ke Kedah .... Belayar dari Kedah menuju utara lebih dari 10 hari, kami sampai di Kepulauan Orang Telanjang (Nikobar) ... Dari sini belayar ke arah barat laut selama setengah bulan, lalu kami sampai di Tamralipti (pantai timur India)”
Perjalanan pulang dari India pada tahun 685 M diceritakan oleh I-Tsing sebagai berikut,
“Tamralipti adalah tempat kami naik kapal untuk kembali ke Tiongkok. Belayar dari sini menuju tenggara, dalam dua bulan kami sampai di Kedah. Tempat ini sekarang telah menjadi Jajahan Sriwijaya. Saat kapal tiba adalah bulan pertama
atau kedua ... Kami tinggal di Kedah sampai musim dingin, lalu naik kapal ke arah selatan. Kira- kira sebulan, kami sampai di negeri Malayu, yang sekarang menjadi bagian Sriwijaya.
Kapal-kapal umumnya tiba pada bulan pertama atau kedua. Kapal- kapal itu senantiasa tinggal di Malayu sampai pertengahan musim panas, lalu mereka berlayar ke arah utara, dan mencapai Kanton dalam waktu sebulan".
Menurut catatan I-Tsing, Sriwijaya menganut agama SIWA-BUDDHA aliran HINAYANA, KECUALI Ma-la-yu.
Tidak disebutkan dengan jelas agama apa yang dianut oleh Kerajaan Melayu dan Tanah Melayu di dalam catatan I-Tsing kerana agama mereka agak asing dari Siwa-Buddha.
Berita lain mengenai kerajaan Melayu berasal dari T'ang-Hui-Yao yang disusun oleh Wang P'u pada tahun 961 M.
T'ang-Hui-Yao merekodkan Kerajaan Melayu mengirimkan utusan ke China pada tahun 645 M untuk pertama kalinya, tetapi setelah munculnya Sriwijaya sekitar 670 M, kerajaan Melayu tidak lagi mengirimkan utusan ke China.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[4] LANTAS KENAPAKAH BANGSA INI MESTI DILUMPUHKAN ?
Barat tidak bimbang selagi Bangsa Melayu menganut agama Siwa-Buddha atau Hindu. Tetapi bila Bangsa Melayu dengan rela memeluk ugama Islam, berita ini amat membimbangkan kerana mereka juga mengkaji "Nubuat Nabi" Muhammad ﷺ melalui Hadis-Hadis ini.
HADIS 1 :
Daripada Tsauban r.a. katanya: Rasulullah ﷺ bersabda: Tiga orang akan berbunuh-bunuhan pada harta simpanan, kesemua mereka adalah anak Pemerintah tetapi tidak seorang pun memperolehinya, kemudian muncul Panji-Panji Hitam dari Timur memerangi mereka dalam peperangan yang tiada tolok bandingnya kemudian dia menyebut sesuatu, dan sabda Rasulullah ﷺ lagi : Bila kamu melihatnya berbaiahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak diatas salji kerana sesungguhnya dialah Khalifah Allah Imam Mahdi."
- Mustadrak Al Hakim (Hadis 8432);
- Misbah Azzujajah (Juzuk 4 m/s 203);
- Kitab Annihayah oleh Ibnu Katsir (Juzuk 1 m/s 29).
HADIS 2 :
Al Hasan bin Sufyan dan Abu Nuaim telah meriwayatkan dari Tsauban r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah ﷺ: "Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) seperti kepingan-kepingan besi (berjiwa berani), barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbaia'hlah kepada mereka sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."
- Alurful Wardi (m/s 64);
- Alburhan (Bab 7 Hadis 5);
- Uqdud Durar (m/s 95).
Lantas, inilah MAKSUD SEBENAR Penjajahan demi Penjajahan untuk menghalang Bangsa Timur ini (Bangsa Melayu) dari menegakkan SYI'AR ISLAM dan membantu "PASUKAN PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR".
MAKA, inilah maksud sebenar kenapa Kepulauan Melayu Jawi Nusantara MESTI DIJAJAH dan DIMURTADKAN.
Dengan demikian, perlu ada satu pelan terancang untuk melemahkan Bangsa Melayu ini dengan satu MASTERPLAN yang cukup teliti dan terancang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[5] THE MASTERPLAN :
[5a] PORTUGIS :
Portugis ditugaskan untuk menakluki Melaka dan Wilayah Empayarnya dengan objektif berikut;
a) Musnahkan Melaka dan sistem feudal di mana Raja dan Sultan sebagai Khalifah Islam hancur.
- Matlamat TERCAPAI.
b) Musnahkan segala manuskript-manuskript Ilmu Logam & Senjata, Ilmu Sejarah Bangsa, Ilmu-Ilmu Perubatan dll.
- Matlamat SEPARA TERCAPAI.
c) Kristiankan atau murtadkan umat Islam Melaka dan Empayar Melaka.
- Matlamat GAGAL.
...
[5b] BELANDA :
Belanda pula ditugaskan untuk menakluki Melaka dan Wilayah Kepulauan Melayu dengan objektif berikut;
a) Kristiankan atau murtadkan umat Islam Melaka dan Wilayah Kepulauan Melayu.
- Matlamat GAGAL.
b) Musnahkan sistem feudal Malaka (Sistem Kesultanan ISLAM) dan Kepulauan Melayu Nusantara di mana Raja dan Sultan sebagai Khalifah Islam.
- Matlamat SEPARA TERCAPAI.
c) Musnahkan segala manuskript-manuskript Ilmu Logam & Senjata, Ilmu Sejarah Bangsa, Ilmu-Ilmu Perubatan dll. dan ubah atau palsukan SEJARAH MELAYU.
- Matlamat SEPARA TERCAPAI.
...
[5c] BRITISH (INGGERIS) :
Setelah Portugis dan Belanda gagal untuk meMurtadkan umat Islam di Tanah Melayu khususnya, dan di Kepulauan Melayu Nusantara, British pula ditugaskan KHAS untuk menakluki Wilayah Tanah Melayu dengan objektif berikut;
a) Lemahkan Sistem Feudal Melayu (Sistem Kesultanan ISLAM) di mana Raja dan Sultan hanya berfungsi sebagai Khalifah Islam dalam bab-bab urusan ugama dan ibadah ritual Islam sahaja.
- Matlamat TERCAPAI.
b) Miskinkan bangsa Melayu dan pisahkan mereka dari industri-industri utama perlombongan, perladangan dan perusahaan utama dengan cara :-
- mengimport buruh kerja asing;
- majukan sistem prasarana
bandar-bandar dan membiarkan kampong-kampong terus mundur dan terpisah dari aktiviti industri utama.
- Matlamat TERCAPAI.
c) Musnahkan segala manuskript-manuskript Ilmu Logam & Senjata, Ilmu Sejarah Bangsa, Ilmu-Ilmu Perubatan dll. dan ubah atau palsukan SEJARAH MELAYU.
- Matlamat TERCAPAI.
d) RUMI kan literasi pembacaan umat dengan "Romanised Alphabet" dan BUTA kan mereka dari tulisan JAWI kerana hampir kesemua manuskript-manuskript purba Melayu yang disimpan di University Cambridge dan Oxford, juga yang bersepah di serata universiti dunia adalah dalam tulisan JAWI atau dalam bahasa Sanskrit.
Jika umat Islam Melayu terpaksa membaca Al Quran dalam Versi RUMI, itulah KEJAYAAN TERBESAR PENJAJAHAN.
- Matlamat HAMPIR TERCAPAI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[6] THE BACK-UP PLAN :
(The Grand Design)
Tugas terakhir dan lebih UTAMA British ke atas Bangsa Melayu adalah;
"LIBERAL" kan bangsa Melayu dari agamanya dan budaya yang berasas kan Islam dan menjadikan mereka "BANGSA YANG SEKULAR".
METODE :
a) Muliakan Sistem Pendidikan Sekular dengan tajaan pendidikan di luar negeri untuk anak-anak raja, anak-anak pembesar negeri dan orangkaya-kaya yang bakal jadi pemimpin dan para pentadbir negara bila di Merdekakan.
Sistem Pendidikan Sekular telah berjaya dimuliakan mengatasi Sistem Pengajian Pondok di mana Graduan Sekular diutamakan dan diserapkan ke dalam jawatan-jawatan penting Pentadbiran Kerajaan Tanah Melayu.
b) Tegakkan Sistem Pemerintahan Sekular dan lemahkan Sistem KeSultanan Islam dengan;
- Demokrasi BerParlimen;
- Sistem Perundangan Civil;
- Sistem Mahkamah Civil;
- Sistem Pendidikan Sekular;
- Sistem Perbankan Kapitalis;
- Sistem Kewangan Kapitalis;
Matlamat dijangka TERCAPAI
Dalam tempoh 100 tahun selepas Tanah Melayu MERDEKA.
PRODUK UTAMA :
"BANGSA MELAYU ISLAM SEKULAR & LIBERAL"
AGENDA UTAMA :
Mencegah kemunculan "PANJI HITAM" dari Timur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[7] FAHAMAN ISLAM LIBERAL :
- pusatislam. usm. my
Terdapat dua fenomena utama yang mempengaruhi psikologi dan jiwa umat Islam.
Pertama :
Fenomena penjajahan barat ke atas negara-negara Islam merangkumi penjajahan dalam bentuk pemikiran, penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya.
Kedua :
Fenomena kemunduran dan ketinggalan umat Islam dalam bidang teknologi dan kemajuan masa kini.
...
Akibat dua fenomena ini, umat Islam secara umumnya terbahagi kepada 4 kumpulan.
[1] Kumpulan pertama adalah mereka yang putus asa secara menyeluruh dan menerima hakikat bahawa umat Islam sememangnya lemah dan tidak akan mampu menyaingi barat untuk selama-lamanya. Maka hiduplah mereka ibarat "melukut di tepi gantang", adanya tidak beri tambah, tiadanya tidak mengurang. Mereka menumpang di penjuru dunia tanpa mengganggu sesiapa dan tidak mahu sesiapapun juga mengganggu mereka.
[2] Kumpulan kedua adalah mereka yang mengambil kesimpulan bahawa agama adalah faktor penghalang utama bagi mengejar kemajuan barat dan agama mesti dipisahkan daripada kehidupan harian jika berhajat untuk sebaris
dengan kemajuan barat.
Kumpulan ini lebih dikenali sebagai golongan yang berfahaman sekular. Golongan ini cuba mengasingkan agama dari kehidupan mereka dan mengasingkan agama di masjid-masjid dan di institusi-institusi agama sahaja.
[3] Kumpulan ketiga adalah mereka yang juga menganggap agama sebagai penghalang tetapi juga berpendapat penyelesaiannya adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada tafsiran lama yang dikatakan jumud dan tidak upaya menjadi pemangkin kepada kemajuan Umat.
Golongan inilah yang dikenali sebagai golongan Muslim Liberal yang dipelopori oleh golongan cendikiawan dan intelek yang di didik dengan sistem pendidikan sekular dan merasa mereka telah pandai dengan kehebatan ilmu sekular dan pemikiran mereka yang dirasakan terlalu hebat.
Mereka tidak mahu memisahkan diri dengan agama, namun ingin menggunakan agama sebagai agenda pelindung terhadap kekacauan pemikiran mereka.
Mereka amat memerlukan agama tetapi agama sekadar dijadikan kosmetik untuk mencapai tujuan kepentingan dunia dan mereka menganggap merekalah sebenar nya pejuang agama.
[4] Manakala kumpulan keempat adalah mereka yang mengakui kelemahan dan kemunduran umat Islam tetapi tidak pernah menyalahkan agama terhadap kemunduran tersebut.
Mereka memuhasabah atas diri mereka sendiri dan menyalahkan kelekaan mereka dalam ilmu memahami ajaran Islam serta kegagalan mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka.
Golongan terakhir inilah sebenar nya yang dapat diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam sepenuhnya.
Artikel ini hanya akan menumpukan perbincangan kepada kumpulan yang Ketiga iaitu kumpulan MuslimLiberal.
Hal ini kerana kumpulan ini terlalu berbahaya kepada kesucian ajaran Islam dan umat seluruhnya. Walaupun kumpulan ini tidak menamakan kumpulan mereka secara jelas tetapi manhaj dan pendirian mereka sama sahaja dan amat mudah dikenali.
Antara pendirian mereka bahawa Islam adalah agama yang benar, namun dalam waktu yang sama agama selain Islam juga benar. Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang mendakwa hanya tuhannya dan ajaran agamanya sahaja yang betul, maka dakwaan tersebut adalah bersifat relatif dan terhad dalam konteks agamanya sahaja.
Hakikat sebenar kebenaran tiada sesiapapun yang mengetahuinya dan manusia tidak perlu membuang masa dan membazirkan usaha untuk membenarkan dan mengagongkan agama mereka sahaja.
Kumpulan Muslim Liberal ini juga membahagikan wahyu kepada dua;
iaitu
- wahyu secara bertulis (al-Quran);
- wahyu tidak bertulis (Akal Manusia).
Mereka mengatakan bahawa akallah yang sebenarnya yang menghidupkan Teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana semasa. Oleh itu al-Quran dikatakan hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang sebenarnya bertanggungjawab menyesuaikan al-Quran dengan kehendak kontemporari.
Sebagai contohnya ayat-ayat tentang hukum jenayah Islam dikatakan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sedangkan bentuk hukuman seharusnya ditentukan oleh akal manusia selaras dengan peradaban dan ketamadunan manusia.
Mereka bermaksud membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran daripada tafsiran silam yang muktabar untuk memajukan umat manusia. Malah mereka menyindir ulama’ yang berpegang kuat kepada tafsiran muktabar dan disiplin ilmu yang ketat sebagai "penyembah teks al-Quran" semata-mata.
Pemikiran ini jika dibiarkan akan menjerumuskan mereka kepada takwilan akal sendiri terhadap al-Quran yang amat menyimpang sehingga ada yang mengatakan bahawa syaitan dan malaikat hakikatnya tidak wujud melainkan sikap buruk dan sikap baik yang saling bertentangan dalam jiwa manusia.
Syurga dan neraka juga dikatakan sebagai kesan psikologi kegembiraan, kepuasan dan kekecewaan manusia dalam kehidupan. Cerita-cerita ghaib dan alam akhirat dianggap semata-mata rekaan ulama’ sebagai strategi menambahkan keberkesanan dakwah.
Golongan liberal juga mengatakan disiplin ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Mustalah Hadis dan sebagainya adalah buatan ulama’ yang tidak sunyi daripada kecacatan. Segala hukum yang dinyatakan oleh ulama’ semuanya adalah bersifat ijtihadi dan boleh diterima atau ditolak.
Penetapan sesuatu hadis samada mutawatir, sahih atau dhaif juga adalah pandangan ulama’ yang boleh ditolak dan dipertikaikan.
Malah, mereka mempunyai kaedah usul fiqh tersendiri iaitu yang penting adalah tujuan hukum disyariatkan bukan hukum atau syariat itu sendiri. Maka lahirlah hukum-hukum pelik seperti hak dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan, arak tidak haram jika tidak memabukkan, aurat wanita perlu disesuaikan dengan zaman, azab kubur adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan berbagai-bagai lagi hukum yang tidak pernah dijangkakan akan dilemparkan kepada masyarakat.
Golongan liberal ini tetap ada di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Walaupun nama dan identiti mereka berbeza, namun manhaj dan pembawaan mereka sama sahaja. Kesemua mereka mendapat didikan dari barat atau pernah berkhidmat dalam mana-mana institusi di barat.
Negara-negara Timur Tengah banyak menyaksikan lahirnya golongan ini yang sebahagiannya ada yang ditarik balik kelulusan dan ijazah mereka oleh universiti asal pengajian mereka. Maka apakah jaminan bahawa golongan ini tidak akan wujud dan berkembang di negara kita yang tercinta ini?
Golongan ini sudah pun muncul dan mula memasukkan jarum "anaesthetic" mereka di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) seperti yang telah berlaku pada Pertandingan Debat Piala Tun Razak bertempat di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Seremban. Penganjur debat cuba berselindung di sebalik nama sekolah tempat di mana pertandingan debat itu berlangsung.
Satu daripada tajuk debat, "ISLAM TIDAK MENGHALANG HOMOSEKSUAL" telah diundi untuk dicadang oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), namun peserta debat bertindak bijaksana apabila berdiam diri di sepanjang debat tersebut.
Kes ini masih disiasat sekarang.
Bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang tulen dan tidak memberikan sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini untuk menimbulkan keraguan terhadap agama Islam.
Inilah yang berlaku terhadap kita yang masih berada dalam lingkungan zon selesa, masih bermaharajakan hiburan yang melampau, meninggalkan masjid-masjid sunyi sepi sedangkan stadium bolasepak dan panggung wayang penuh sesak.
Justeru, umat Islam wajib bangkit dengan ilmu dan wajib beramal dengan tuntutan ALLAH swt serta perlu segera kembali mempertahankan kedaulatan Islam.
Sumber :
[1] THE MASTERPLAN:
Cetusan idea penulis, Roujin d'Umi.
[2] FAHAMAN ISLAM LIBERAL:
Teks: Mohd Zamrus Mohd Ali
Adaptasi oleh Nazrul Hassan dari Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali al-Hafiz, Imam Besar Masjid al-Malik Khalid, Pusat Islam USM.
Copy and paste:
12 Februari 2020 / 19 Jamadil Akhir 1441H
No comments:
Post a Comment