Friday 14 February 2020

Leftenan Ibrahim bin Sidek – Antara Wira Negara Semasa Perang Dunia Kedua

Kredit: Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan

Selain Leftenan Muda Adnan, Lt Ibrahim bin Sidek juga merupakan antara anggota Rejimen Askar Melayu yang dihukum bunuh oleh tentera Jepun akibat keengganan arwah untuk menanggalkan uniform tentera yang dipakai oleh beliau. Ini menimbulkan kemarahan kepada tentera Jepun dan menyebabkan arwah akhirnya dihukum bunuh oleh tentera Jepun.

Arwah Lt Ibrahim Sidek merupakan salah seorang daripada 25 orang anak Melayu yang terpilih dalam pemilihan awal semasa penubuhan askar Melayu pada 1 Mac 1933. Beliau memegang nombor badan No. 12 semasa menyertai askar Melayu. Daripada 25 orang Melayu yang terpilih menyertai askar Melayu tersebut, empat orang ditauliah sebagai pegawai dan salah seorang daripadanya ialah Lt Ibrahim bin Sidek.
Setelah tentera bersekutu di Tanah Melayu (British Army, Australian Army dan Rejimen Askar Melayu) yang diketuai oleh British Army menyerah kalah pada 15 Februari 1942, tujuh orang pegawai Askar Melayu termasuk Lt Ibrahim Sidek telah menjadi tawanan tentera Jepun. Tentera Jepun telah mengarahkan ketujuh-tujuh pegawai askar Melayu tersebut supaya melucutkan uniform tentera mereka kerana British telah menyerah kalah. Namun ketujuh-tujuh pegawai askar Melayu tersebut enggan melucutkan uniform mereka kerana bagi mereka, yang menyerah kalah ialah tentera British, bukan Rejimen Askar Melayu. Ini tanah tumpah darah mereka. Maka pada tanggal 28 Februari 1942, tentera Jepun telah melaksanakan hukuman bunuh terhadap ketujuh-tujuh pegawai Askar Melayu tersebut. Mereka yang terkorban dihukum bunuh tersebut ialah:
1. Lt Yazid Ahmad
2. Lt Ibrahim Sidek
3. Lt Abbas Mohamed Said
4. Lt Ariffin Hj Sulaiman
5. Lt Wahid Mat Kidam
6. Kapt Raja Aman Shah
7. Lt Abdullah Saad

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pemergian mereka yang telah berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
Foto arwah Leftenan Ibrahim bin Sidek daripada cucu beliau, Omar Din.
Kredit Malaysian Defence and Security Community

Copy and paste : 14 Februari 2020 / 21 Jamadil Akhir 1441H: 10.27 pm

1 comment:

the legend said...

MasyaAllah. Inilah pejuang yang berjuang untuk negara agama dan bangsa.

Beliau juga merupakan bekas pelajar KEVII School, Taiping.


Semoga Allah merahmati arwah.