Versi Kemaskini Februari 2017
Olahan Artikel dan Terjemahan: Ibn Shah
Dari tahun 1991 - 1996 menyaksikan episod sedih dan menyayat hati dimana hasil perpecahan negara Yugoslavia, etnik Bosniak beragama Islam disembelih dalam kempen penghapusan etnik, satu konflik berdarah yang dianggap paling kejam di Eropah setelah penghapusan etnik Yahudi Eropah oleh rejim Nazi Jerman pimpinan Hitler pada Perang Dunia Kedua.
Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) ditubuhkan pada 15 April 1992 dan amatlah dhaif dimana tiada masa latihan formal ketenteraan dapat diberikan kepada anggota pejuang Bosniak Muslim, organisasi yang masih kerdil dengan persenjataan yang minimal. Sebelum penubuhannya, ramai pejuang Bosniak Muslim bernaung di bawah unit2 kecil gerila dengan nama2 gelaran Territorial Defense, Green Berets, Patriotic League, Civil Defense & banyak lagi unit pertahanan militia mengikut kawasan masing2, geng2 penyangak serta sebahagian unit tentera profesional.
Apabila penubuhannya telah dirasmikan, kebanyakan unit2 pejuang ini menjadi sebahagian daripada ARBiH. Angkatan Tentera ini kemudiannya dibahagikan mengikut kor masing2 dan setiap kor diletakkan di setiap kawasan yang berbeza di seluruh Bosnia. Komander ARBiH yang pertama ialah Komander Sefer Halilovic yang memegang jawatan sehingga 8 Jun 1993 sehinggalah digantikan dengan Allahyarham Komander Rasim Delic, yang memegang jawatan tertinggi ARBiH sehingga tamatnya peperangan di Bosnia.
Pada tempoh berakhirnya peperangan di hujung 1995, ARBiH menjadi satu angkatan bersenjata yang dihormati & mempunyai moral yang tinggi - suatu kebanggaan bagi sesiapa sahaja yang bergelar bangsa Bosniak Muslim. Walaupun dengan segala kekurangan dari segi formasi & kelengkapan persenjataan pada awal penubuhannya, pada penghujung konflik, ARBiH memiliki kekuatan anggota seramai 228,000, dibahagikan kepada lebih 100 briged, dipersenjatai dengan 101,580 senjata infantri pelbagai jenis, 2,939 meriam artileri dan 90 buah kereta kebal.
Setelah perang Bosnia tamat, seramai 25,196 anggota ARBiH telah mati syahid (KIA - Killed in Action), 16,000 menjadi kurang upaya (OKU) akibat kecederaan masa peperangan dan anggaran seramai 5,000 anggota dilaporkan hilang (MIA - Missing in Action). Begitu jelas sekali banyak nyawa telah dikorbankan demi mempertahankan kepelbagaian etnik & warisan Bosnia Herzegovina. Melihat kembali sejarah akan niat keji, penghapusan etnik & penyembelihan oleh kaum Serbia, kita tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada etnik Bosniaks & kedaulatan Bosnia tanpa penubuhan ARBiH.
Pada akhir tahun 1995, unit2 Mujahideen di Bosnia Herzegovina ialah:
- Unit Mujahideen dalam Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)
Selain itu turut dilaporkan ribuan pakar ketenteraan dari Iran, Turki, Pakistan, Mesir, Malaysia, dan negara Islam lainnya yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) dengan jawatan2 penting. Mereka ini dianggap sebagai anggota tentera tetap Bosnia dan mempunyai kepakaran & kemahiran dalam artileri, pertahanan udara, lojistik dll. Jumlah pakar2 ketenteraan asing dalam unit2 tetap Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) tidak dimasukkan dalam anggaran sukarelawan Mujahideen yang lain. Pada akhir Disember 1995, tiada indikasi pakar ketenteraan asing ini akan meninggalkan Bosnia untuk pulang ke negara masing2. Difahamkan sebahagian besar mereka ini diberikan status kewarganegaraan Bosnia Herzegovina di atas jasa mereka mempertahankan Bosnia.
Apa yang menarik, seorang bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia telah ditawarkan jawatan sebagai penasihat ketenteraan kepada Presiden Bosnia Alija Izetbegovic dan diserap masuk ke dalam Angkatan Tentera Bosnia. Beliau ialah Lt. Kolonel (B) Abdul Manaf Kasmuri yang mengarang buku Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti. Beliau pernah ditahan dibawah ISA pada 2003-2006. Tapi fitnah ke atas beliau kononnya ejen Al-Qaeda telah terungkai apabila semakan ringkas melalui database UN aka pangkalan data PBB mendapati Lt Kol (B) Abdul Manaf Kasmuri telah dikeluarkan dari senarai pengganas Al-Qaeda sejak 2013 lagi.
- Armija Republike BH 3, Korpus Odred 'el-Mudzahidin' (Bosnia Herzegovina's Republic Army 3 - Corps Order al-Mujahideen)
Ketumbukan utama unit Mujahideen, berkhidmat sebagai unit tempur utama bagi Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH). Mempunyai IbuPejabat di Zenica, Kor Mujahideen ke-3 (3rd Mujahedin Corps) terdiri dari 3 briged yang setiap satunya dengan kekuatan 1500 orang anggota iaitu Briged Pembebasan Muslim ke 7 (7th Muslim Liberation Brigade - ditubuhkan pada 20 Disember 1985) di Zenica, Briged Pembebasan Muslim ke 9 (9th Muslim Liberation Brigade) di Travnik dan Briged Pembebasan Muslim ke 4 (4th Muslim Liberation Brigade) yang dulunya ditempatkan di barisan tempur hadapan di wilayah Botsilo sebelum dipindahkan ke Konjic. Briged Pembebasan Muslim ke 807 (807th Muslim Liberation Brigade) adalah komponen sokongan kepada Divisyen ke 81 (81st Division) bertempat di Gorazde.
- Volunteer Mujahedin Battalion - Ansar
Unit elit lainnya di wilayah Zenica-Travnik dikenali sebagai Battalion Sukarelawan Mujahideen - Ansar. Pasukan elit ini mempunyai kekuatan dari 300 hingga 600 anggota. Ibu Pejabat pasukan Ansar adalah di bangunan kilang Vatrostalno di Podbrijezje berhampiran Zenica. Selain itu, sebuah kem baru pasukan Ansar yang ditubuhkan pada musim bunga 1995 dikenali sebagai Detasmen Syahid (Martyrs' Detachment) telah menyerap ratusan Mujahideen asing yang pakar dalam peperangan gerila yang berasal dari Pakistan, Iran & Afghanistan.
- Kata 'eb al-Manikin (Battalions of Believers)
Sebuah pasukan elit khas yang ditubuhkan pada akhir 1995 ialah Kata 'eb al-Manikin. Keanggotaannya terdiri daripada pejuang Arab, Afghan & dilatih di Sudan. Pegawai unit ini datangnya dari Pakistan & Afghanistan manakala jurulatih & pegawai pemerintah pula daripada Iran. Setiap battalion mempunyai kekuatan dari 300 hingga 600 anggota. Battalion yang pertama beroperasi ditempatkan di kawasan Buzim. Sebuah battalion lagi pula diserap sebagai pasukan khas (special forces) bagi Kor ke 2 (2nd Corps) di kawasan Tuzla manakala battalion2 lain diaturgerak di seluruh Bosnia-Herzegovina.
Abu-Ma'ali, Komander Mujahideen di Bosnia menyatakan kekuatan anggota pasukan Mujahideen adalah seramai 5000 hingga 6000 orang tetapi sumber Yugoslavia, Croatia & sumber ketenteraan Muslim Bosnia menganggarkan ketumbukan Mujahideen di Bosnia adalah lebih dari 7000 orang.
- Handzar Division (Divisyen Handzar)
Sebuah lagi pasukan Mujahideen di Bosnia iaitu Divisyen Handzar dinamakan bersempena nama unit Muslim tentera Jerman yang dianggotai orang Islam Eropah pada perang dunia kedua iaitu 13th SS Handzar Division. Divisyen Handzar di Bosnia merupakan pasukan elit bertempat di Sarajevo & mempunyai kekuatan seramai 2500-3000 pejuang elit di Sarajevo manakala lebih daripada 6000 - 7500 anggota pasukan simpanan ditempatkan di pusat latihan ketenteran di Fojnica sebelum dihantar ke seluruh barisan hadapan di Bosnia. Majoriti pejuang Divisyen Handzar rata2nya adalah Muslim Albania yang dipimpin pegawai veteran dari Pakistan & Afghanistan.
Pada kemuncak konflik pada 1995, elemen-elemen dari Divisyen Handzar menjadi pasukan khas yang mempertahankan kawasan Sarajevo, Tuzla & kawasan barat Bosnia. Dalam banyak kes, terutama ketika gerakan ofensif di barat Bosnia Herzegovina pada musim panas - musim luruh 1995, Divisyen Handzar beroperasi dengan kerjasama unit2 Mujahideen daripada Eropah Timur.
- Pejuang Iran di Bosnia
Selain itu turut terdapat sebahagian pejuang Islam Parsi yang berasal dari Iran yang terlibat dengan gerakan subversif di Bosnia. Sebahagiannya berselindung di sebalik badan2 kebajikan & organisasi kemanusiaan yang dikenalpasti ditaja oleh badan perisikan Iram. Kebanyakannya beroperasi di Zagreb, Croatia dengan kerjasama pegawai risikan Iran & wakil Hezbollah. Mohammad Javad Asayesh adalah seorang diplomat di Kedutaan Iran di Zagreb yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau operasi perisikan & serangan sekitar Balkan & Eropah yang berselindung di sebalik aktiviti kemanusiaan. "Badan2 kebajikan" ini kebanyakannya dijalankan oleh Yayasan Mostazafin (organisasi bayangan risikan Iran).
---------
Pada musim sejuk 1995/96, Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) melancarkan program rahsia bagi menyembunyikan kehadiran pejuang mujahideen dalam keanggotaannya. Majoriti mujahideen dengan kepakaran & pengalaman perang yang rata2nya berbangsa Pakistan, Afghanistan & Iran telah diserap sebagai anggota tetap Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) & ditempatkan dalam pelbagai unit & kor dalam Angkatan Tentera ini bersama2 etnik Bosnia Muslim. Bagi pejuang Islam yang rata2nya berbangsa Arab pula dibenarkan berjuang dalam unit masing2 samada dalam unit yang besar atau sebagai entiti bukan ketenteraan.
Pada akhir Januari 1996, Jeneral Zivko Budimir, Pegawai Pemerintah HVO (Angkatan Tentera Crotia) menegaskan bahawa sebahagian besar pejuang sukarelawan Islam "masih belum meninggalkan" Bosnia-Herzegovina walaupun kor2 utama mujahideen telah "dibubarkan".
Menjelang pertengahan Februari 1996, sejumlah besar "bekas anggota mujahideen" berbangsa Arab terutamanya yang diserap ke dalam pasukan elit Tentera Darat Bosnia, Angkatan Tentera Bosnia Herzegovina (BiH) dilaporkan ditukarkan status mereka kepada "staf kemanusiaan & kebajikan" di bawah oragnisasi antarabangsa yang diiktiraf badan2 antarabangsa & mendapat sokongan kerajaan Bosnia di Sarajevo. Dalam kapasiti ini, bekas2 pejuang Mujahideen masih dapat ditempatkan di pangkalan tentera masing terutamanya di kawasan tengah Bosnia.
Pada 20 Februari 1996, pasukan keselamatan Croatia di Mostar memberi amaran bahawa "Pejuang Islam, mujahedin, yang sepatutnya sudah meninggalkan Bosnia-Herzegovina sebagaimana termaktub dalam perjanjian damai Dayton, masih lagi belum meninggalkan Bosnia."
Selain itu, mekanisme yang cukup berkesan & terbukti bagi membolehkan kehadiran mujahideen diiktiraf oleh kerajaan Bosnia adalah menerusi perkahwinan dengan wanita Bsonia Muslim supaya pejuang Mujahideen mendapat status warganegara semakin berleluasa.Wakil keselamatan dari Croatia melaporkan sejak akhir 1995 "sejumlah besar mujahideen berkahwin di Bosnia & diberi dokumen2 yang diperlukan untuk menetap di Bosnia."
Jumlah sebenar mujahideen yang menggunakan perkahwinan dengan wanita tempatan untuk terus menetap di Bosnia tidak diketahui dengan jelas malah badan perisikan Croatia & Serbia menganggarkan angka yang mencecah beberapa ribu.
Memandangkan secara anggaran total seramai 40,000 pejuang Islam yang berkhidmat di Bosnia-Herzegovina sejak awal 1990an, anggaran mujahideen yang berkahwin dengan wanita Bosnia & menetap di Bosnia mencecah angka beberapa ribu iaitu 10 - 15% dari keseluruhan mujahideen asing sepanjang konflik berkenaan.
Terdapat satu kajian statistik yang telah disahkan dimana unit2 pejuang Islam dari Lubnan dihantar ke Bosnia pada tahun 1992 untuk tempoh khidmat sukarela selama 2 tahun. Dari jumlah seramai 300 mujahideen, hanya 200 anggota sukarelawan telah pulang ke Lubnan setelah menamatkan misi mereka manakala baki dalam anggaran 50 orang lagi telah berkahwin dengan wanita Bosnia & menetap terus di Bosnia-Herzegovina (baki 50 lg mungkin terkorban dalam konflik (?) ).
Kredit Muhammad Anwar
Copy and paste: 6/2/2020 : 1.21 pm
No comments:
Post a Comment