Thursday, 6 February 2020

MENGAPA BIDAAH PERLU DITENTANG ? BAGAIMANA MUNCULNYA REFORMIS ATAU GOLONGAN TAJDID DALAM AGAMA ?


Mengapa ? Kenapa ? Mengapa Nabi mengatakan Bidaah itu sesat dan Nabi melarang keras ia dilakukan ?
Tidak ada sebab lain kalau bukan ia memudaratkan agama dan menjadi Pintu kepada kesyirikan.
Lihat sahaja sejarah manusia, kaum yang pertama sekali ditimpa bala adalah kaum Nabi Nuh a.s di mana seluruh kaumnya ditenggelamkan oleh banjir besar. Apa kesalahan mereka ? Tidak lain lagi apabila mereka mula menyembah dan memuja berhala datuk nenek moyang mereka.
Kita selusuri sejarah agama, Sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia, Nabi Adam membawa akidah dan fahaman yang telah Allah tetapkan iaitu Tauhid, tiada Tuhan selain Allah dan Allah itu Esa. Akidah itu diteruskan oleh Nabi seterusnya iaitu Nabi Idris a.s. Dikatakan Nabi Idris sempat berjumpa dengan Nabi Adam a.s sebelum Nabi Adam a.s wafat maka dari situ akidah tauhid manusia masih lagi terpelihara.
Sewaktu di zaman Nabi Nuh a.s, manusia mula melakukan syirik. Mereka mengangkat dan menagungkan Datuk Nenek moyang Mereka yang dianggap sebagai suci, karomah, serta dihormati masyarakat. Mereka mula membina patung-patung dengan harapan mereka boleh mengingati jasa-jasa datuk nenek mereka. Generasi ke generasi manusia semakin lupa dan taksub sehingga mereka mula meminta-meminta kepada patung tersebut dan akhirnya manusia mula memuja dan menyembahnya
Perbuatan itu sama dengan masyarakat zaman sekarang yang memuja kubur, lepastu menganggap ia adalah sebahagian dari agama. Golongan ini sudah lama membiak disekeliling kita terutamanya bila ada hari-hari tertentu mereka akan berkumpul bersama beramai-ramai di makam-makam yang dikatakan milik Wali atau Pendekar.
Bidaah bukan dilihat dari sudut aqidah tauhid saja tetapi menambah-nambah sesuatu perkara yang tidak diajarkan oleh Nabi contohnya, Islam yang dibawa oleh setiap Nabi dan Rasul tidak membezakan warna kulit, darjat dan pangkat, malah nasab keturunan. Setiap manusia itu sama disisi Allah, apa yang membezakan di antara mereka adalah iman dan takwa.

Perkara ini juga dibawa oleh setiap Nabi, tetapi ada agama mengamalkan sistem yang membeza-bezakan setiap penganutnya, dalam agama mereka mempunya satu herarki yang dipanggil Kasta, ditingkat tertinggi adalah golongan yang paling mulia dan terbawah adalah yang paling hina. Hal ini ditentang oleh Siddharta Gautama, seorang Putera Raja yang tidak bersetuju dengan konsep agama yang dianutinya sejak lahir.

Siddharta cuba membawa ajaran agama yang sebenar dengan mengikut apa yang tertulis di dalam Kitab tetapi usahanya ditentang oleh masyarakat setempat dan golongan agamawan yang memegang gelaran Brahma paling keras menentangnya. Kesudahannya ajaran Siddharta kurang mendapat sambutan ditempatnya berbanding negara di timur iaitu china dan Asia Tenggara yang menerima ajarannya sekitar 500 SM.

Jika kita lihat dari sudut sejarahnya agama ini juga menekankan konsep Tauhid yang sama dengan Islam. Tetapi mungkin ia sudah berasimilasi dengan budaya setempat dan mengalami perubahan dengan menambah-nambah perkara baru maka ia sudah terkeluar dari konsep monotesm dan beralih kepada Polythisme dan Panthisme.
Lihat pula pada Kristian, di dalam Bible jelas mengatakan yang Tuhan itu esa. Tetapi agamawan pula membawa konsep yang tidak ada dalam bible dengan mengatakan Tuhan itu 3 dalam 1. Ada banyak lagi penambahan dalam agama yang tidak tertulis dalam bible, hal ini pernah ditentang oleh satu kelompok yang tidak setuju dengan doktrin-doktrin baru yang dibawa oleh Paderi mereka. Golongan ini cuba membawa pembaharuan dan cuba mengikut setiap ajaran yang tertulis di dalam bible.

Mereka cuba membawa idea dan ajaran sebenar Jesus untuk diterapkan dalam pemikiran masyarakat yang sebelum ini percaya bulat-bulat terhadap apa yang gereja katakan. Kelompok ini muncul dan membentuk fahaman yang berbeza dari amalan nenek moyang mereka, mereka ini di gelar Protestant oleh penganut Katolik. Mereka dipimpin seorang tokoh bernama Martin Luther.
Hasil daripada Gerakan Protestan, Eropah mula keluar dari cengkaman gereja dan juga keluar dari zaman kegelapan malah muncul sebuah benua yang bertamadun sehingga kini.
Bagaimana pula dengan Socrates ? Seorang ahli falsafah Yunani yang cukup terkenal sehingga kini. Socrates merupakan seorang daripada 3 ahli falsafah terkemuka dalam sejarah Yunani selain dari itu anak muridnya Plato dan Aristotle. Apa kisah mengenainya ?
Socrates mati akibat menentang perkara bidaah yang dilakukan pada masyarakat ketika, masyarakat ketika itu telah melakukan syirik dengan menyembah kepada Dewa-Dewi yang dianuti oleh Tok nenek moyang mereka, Socrates pada ketika itu telah mengeluarkan idea yang bertentangan dengan masyarakat ketika itu berkenaan konsep ketuhanan. Di mana dia telah mengajarkan kepada anak muridnya bahawa tuhan itu Esa.

Disebabkan idea itu bertentangan dengan norma masyarakat setempat beliau telah ditangkap oleh pemerintah dengan tuduhan cuba merosakkan pemikiran masyarakat, beliau dihukum mati dengan diberikan racun untuk diminum. Pada ketika itu Socrates berpeluang untuk melarikan diri tetapi dia menolak untuk melakukannya, bagi beliau melarikan diri seperti manusia yang tidak yakin dengan akidah dan pendiriannya. Beliau telah bertindak dengan mengambil sendiri cawan yang berisi racun dan terus meminumnya.

Socrates mati pada tahun 399 SM ketika berusia 71 tahun.

Nota tambahan

Socrates merupakan Guru kepada Plato dan Plato adalah Guru kepada Aristotle. Aristotle pula merupakan Guru kepada Alexander The Great seorang Raja agung yang mempunyai Empayar Timur dan Barat meliputi Mesir sehingga India.

Sejarahwan masih berdebat mengenai susuk sebenar Dzulkarnain seperti yang disebut di dalam Surah AlKahf. Pada pendapat aku dengan ciri dan beberapa kajian aku berpendapat bahawa Alexander The Great adalah Individu yang sesuai dengan susuk Dzulkarnain seperti yang disebut di dalam Alquran.

Di dalam Islam juga terdapat ramai Tajdid atau Reformis salah seorangnya Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, baginda merupakan Reformis terbesar dalam sejarah islam, baginda menentang amalan bidaah yang terdapat di dalam agama Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Baginda menentang amalan-amalan karut dan syirik yang dilakukan oleh masyarakat Arab pada ketika itu, Baginda membawa risalah Al Quran kepada ummat sehingga kini risalah itu tetap utuh dan asli walaupun sudah berusia 1400 tahun. Hasil dari Dakwah Baginda islam tersebar seluruh dunia dan pernah memiliki empayar seluas 1/3 dunia.

Selain Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan pencetus awal kepada kebangkitan islam dan bangsa Arab. Ada banyak lagi golongan Reformis dan Tajdid di dalam sejarah Islam, seperti Ibn Taimmiyah, Muhammad Ibnu Wahab, Hassan Al Banna dan banyak lagi Ulama besar yang menjadi penggerak kepada corak pemikiran sosial pada ketika itu dalam memberi kaedah beragama yang betul.

Mereka ini muncul apabila masyarakat pada ketika mula melakukan banyak perkara bidaah dan sesat, seperti contoh golongan Sufi yang sehingga harini masih mengamalkan upacara-upacara pelik di kuburan. Serta mereka percaya dan taksub kepada Wali-wali sehingga meninggalkan syariat yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ada banyak lagi perkara boleh dihujahkan berkenaan bidaah yang menjadi punca kepada rosaknya agama tapi cukup sekadar ini dahulu

Jadi jika dilihat, adakah Bidaah itu satu perkara yang biasa sehingga tidak perlu ditentang akan halnya ?

Fikir-fikirkan
Copy and paste:
6/2/2020 : 12.48 pm



No comments: