Friday, 15 May 2026

FOTO KENANGAN : KUALA KANGSAR & TELUK INTAN,PERAK

2003 : MASJID UBUDIAH, KUALA KANGSAR
Kenangan pertama saya di Kuala Kangsar ialah singgah solat di Masjid Ubudiah dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Taiping. Kami ke Taiping adalah untuk percutian keluarga ke Taiping, Perak pada 2003. 
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2003 - Taiping, Perak


Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak adalah mercu tanda Kuala Kangsar yang mempunyai nilai sejarah, dibina pada tahun 1917 dengan kubah emas rekaan Arthur Benison Hubback.Terletak bersebelahan dengan Makam DiRaja Bukit Chandan, yang menempatkan makam para sultan Perak terdahulu.

2018: KUALA KANGSAR

2018: MASJID AZIZIAH, KG. KETIOR DALAM, KUALA KANGSAR
Kenangan Program Kesihatan pada 5 Ogos 2018 di Masjid Aziziah,Kg. Ketior Dalam, Kuala Kangsar. Dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia.





Kami menginap di Sayong Resort yang terletak di Kg.Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Sayong Resort diasaskan oleh Allahyarham Dato' Seri Ismail Shahudin dan Isteri beliau Datin Seri Azimah Othman pada tahun 2014. 


Foto Kuala Kangsar di atas ialah arca replika Labu Sayong gergasi yang terletak di persimpangan jalan utama Kuala Kangsar. Manakala jambatan yang kelihatan itu ialah Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan kawasan Sayong di seberang Sungai Perak. Kelihatan juga adalah Jeti / Dataran Sungai Perak, kawasan rekreasi tepian air terletak di Riverfront Kuala Kangsar. 


Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak. Terletak 48 km ke utara dari Ipoh, Kuala Kangsar mendapat namanya dari pokok Kangsar yang tumbuh ditebing sungai. 

2018 : TELUK INTAN
Dua event Kesihatan kami berlansung di Teluk Intan, Perak iaitu pada 6 Ogos 2018 di Majlis Perbandaran Teluk Intan, dan pada 7 Ogos di Kolej Komuniti Teluk Intan. 


Program Kesihatan yang berlansung di Majlis Perbandaran Teluk Intan pada 6 Ogos 2018. Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir bandar Teluk Intan dan kawasan sekitarnya di daerah Hilir Perak, Perak, Malaysia. Terletak di Jalan Speedy, Teluk Intan, Perak.
Rujuk: 


Program Kesihatan seterusnya berlansung di Kolej Komuniti Teluk Intan yang terletak in Taman Intanova, Teluk Intan. Program berlansung pada 7 Ogos 2018. 


Kami menginap di Hotel Lavender yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan. 
**maklumat terkini May 2025: hotel ini sudah tidak beroperasi. 


Apabila berada di Teluk Intan, tentu saya tidak mahu lepas peluang untuk mengunjungi sebuah menara yang sangat sinonim dengan Teluk Intan, iaitu Menara Condong Teluk Intan
Menara ini telah dibina pada tahun 1885 sebagai menara tangki air yang kemudiannya dijadikan menara jam. Keunikan menara ini ialah ianya menyerupai Menara Condong Pisa di Italy. Menara ini mempunyai ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. 

TELUK INTAN, PERAK
Bandar Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. 
Nama Teluk Intan dikatakan diambil dari nama seorang Janda yang sangat cantik iaitu Mak Intan, seorang saudagar yang berasal dari Mandailing, Sumatera. Beliau telah membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Kawasan ini asalnya dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Ketika zaman British, nama pekan Mak Intan telah ditukar kepada Teluk Anson, sempena nama Jeneral Archibald Anson, Gabenor Inggeris ketika itu. 
Pada 1 Januari 1982, bandar ini ditukar nama dari Teluk Anson kepada nama sekarang iaitu Teluk Intan. 
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2018 - Teluk Intan, Perak

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
15 Mei 2026: 12.18 a.m









No comments: