Tuesday, 5 May 2026

BUNYI PERABOT MALAM-MALAM SEBAB GANGGUAN HANTU?

Oleh: Helmi Effendy II

Antara kisah hantu yang sangat terkenal aku baca kat media sosial ini ialah tentang bunyi seperti perabot ditarik atau digeser di ruang tamu, tetapi bila diperiksa, semuanya kekal di tempat asal? Atau bunyi tu boleh datang daripada tingkat atas, dan bila disemak keesokan harinya, rupa-rupanya rumah tu tak berpenghuni?
Ada pula yang mendengar bunyi seperti orang main guli, biji-biji kecil bergolek di atas lantai. Fenomena ini sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus, namun sebenarnya terdapat penjelasan saintifik yang sangat logik.
Punca utama bunyi misteri ini adalah proses thermal expansion and contraction. Pada waktu siang, perabot kayu, lantai, dinding konkrit, dan paip air menyerap haba lalu mengembang sedikit. Apabila malam menjelang dan suhu menurun, bahan-bahan ini mengecut semula. Pergerakan mikroskopik inilah yang menghasilkan bunyi "krek", "tuk", atau bunyi geseran seperti sesuatu sedang ditarik di atas lantai.
Bunyi seperti orang main guli pula sering berpunca daripada paip air dalam dinding atau siling. Fenomena yang dipanggil water hammer berlaku apabila aliran air berhenti mengejut, menyebabkan getaran dalam paip yang berbunyi seperti ketukan atau biji-biji bergolek. Selain itu, haiwan kecil seperti tikus atau cicak yang berlari di ruang siling juga boleh menghasilkan bunyi serupa, terutama apabila mereka menggugurkan biji-bijian atau najis kering.
Perabot kayu dan lantai parket sangat sensitif terhadap perubahan kelembapan udara. Pada waktu malam, kelembapan biasanya meningkat menyebabkan kayu menyerap lembapan dan bergerak sedikit. Sambungan-sambungan kayu yang bergeser inilah yang sering berbunyi seperti perabot ditarik.
Pada siang hari, bunyi-bunyi kecil ini tertelan oleh hingar trafik, bunyi kipas, televisyen, dan aktiviti harian. Apabila semua orang tidur dan persekitaran sunyi sepi, telinga kita menjadi lebih sensitif. Bunyi yang sama pada waktu siang menjadi lebih jelas dan menakutkan pada waktu malam.
Dan fenomena-fenomena ini sebenarnya antara perkara sains yang seringkali disalahfaham sebagai angkara Jin dan Setan, Hantu dan Mambang, padahal ada penjelasan sains disebaliknya. Sebab tu kami kat The Patriots terbit buku SAINS BUKAN SIHIR menjelaskan banyak fenomena-fenomena serupa, supaya kita mencari penjelasan sains disebalik setiap fenomena paranormal yang kita hadapi.
Makanya, anda boleh beli di laman web Patriots buku SAINS BUKAN SIHIR, ada diskaun RM5.00 untuk pembeli terawal: https://shorturl.at/5rsPC

C&P
5 MEI 2026: 7.05 P.M

No comments: