LUMUT, PERAK
Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Bersetentangan dengan Pulau Pangkor dan merupakan pintu masuk ke pulau tersebut selain Marina Island Pangkor Jeti Kompleks.
Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong (dulu Dinding), terletak kira-kira 84 km dari Ipoh.
Lumut memang tidak asing bagi saya sebagai bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia.Malah saya adalah dari Pengambilan 139/80 yang merupakan kumpulan rekrut pertama dilatih di Lumut, Perak.
- Zulheimy Maamor : 1980 - Pengkalan TLDM Lumut
- Zulheimy Maamor : Sejarah Pengkalan TLDM Lumut
Lumut tahun 1980 an
Foto-foto Pengkalan TLDM Lumut sekitar tahun 1980
Intake 139/80 - Intake TLDM yang pertama dilatih di Lumut, Perak pada Januari 1980
BUKIT UNGKU BUSU, LUMUT
Bukit Ungku Busu terletak berdekatan dengan pekan Lumut tidak jauh dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak. Jalan untuk masuk ke Starting Point adalah di hadapan Balai Polis Lama Lumut.
Bukit Engku Busu dinamakan sempena Raja Engku Busu dari Selangor yang dihantar untuk menumpaskan lanun di Selat Dindings sekitar tahun 1840-an, tetapi beliau terbunuh semasa misi tersebut.
Raja Engku Busu juga dikatakan membuka pekan Lumut yang sebelumnya dikenali sebagai "Tanah Merah".
Bukit ini menjulang setinggi 331.4331.4331.4 meter dan kini menjadi tumpuan aktiviti mendaki untuk menikmati pemandangan Bandar Lumut dari puncaknya.
2012: BLUE BAY RESORT, LUMUT
Saya bersama rakan sekerja menginap di Blue Bay Resort yang terletak berhampiran Pekan Lumut, Perak ketika program Kesihatan di Pulau Pangkor pada 7 April 2012.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2012: Pulau Pangkor
Foto Kenangan Bandar Lumut pada 2012
Pemandangan Lumut Base Jetty, Pengkalan TLDM dari Bot Ekspress Lumut-Pangkor
2013: GALAXY INN, LUMUT
Pada 20 September 2013 saya bersama Tuan Hj. Salehuddin Malek, Pengurus Progam telah hadir mesyuarat Penyelarasan Program di AEON Seri Manjung. Kami menginap di Galaxy Inn, Lumut, Perak.
Hotel ini terletak berhampiran kawasan Waterfront Lumut dan Jeti Lumut.
Pemandangan Bandar Lumut pada 2013.
2015: MARINA COVE, LUMUT
Kenangan percutian keluarga ke Lumut, Perak pada 5 September 2015.
Pekan Lumut pada tahun 2015
Marina Cove adalah merupakan destinasi percutian keluarga yang popular kerana lokasinya yang strategik berhampiran Pantai Teluk Batik dan kemudahan Taman Air miliknya sendiri.
Hanya 2 minit memandu ke Pantai Teluk Batik dan 8 minit ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor.
Pantai Teluk Batik merupakan salah satu destinasi pantai paling ikonik di Perak, terletak kira-kira 7 km dari bandar Lumut. Ia terkenal dengan pesisir pantai yang panjang, air yang tenang dan kemudahan yang lengkap untuk perkelahan.
Teluk Muroh adalah sebuah perkampungan nelayan tradisional yang terletak bersebelahan dengan Pantai Teluk Batik. Ia kini lebih dikenali sebagai pintu masuk ke Marina Island dan merupakan lokasi popular bagi peminat makanan laut serta aktiviti memancing.
Dari Teluk Muroh juga adalah pintu masuk ke Pengkalan TLDM Lumut (Gate 1 dan Gate 2).
SITIAWAN, PERAK
Sitiawan adalah bandar didalam daerah Manjung, Perak yang terkenal dengan komuniti Fuzhou (Foochow) yang kuat serta sejarahnya yang unik melibatkan "dua gajah setia". Rujuk Wikipedia
Bandar yang berdekatan dengan Sitiawan ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Seri Iskandar, Bota dan Ipoh.
1980: Sitiawan, Perak
2013: Sitiawan Perak (Menyuarat Penyelarasan Program di AEON Seri Manjung)
Daerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Di zaman era Penjajahan British, daerah Manjung ketika itu hanya meliputi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor.
Pada tahun 1973, daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama itu kekal sehingga kini.
Pusat Pentadbiran Daerah Manjung terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada tahun 1980'an.
Daerah Manjung kini meliputi beberapa kawasan bandar iaitu Sitiawan, Lumut, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir, Pulau Pangkor dan Beruas. Daerah Manjung kini dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.
Majlis Daerah Manjung telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001.
AEON SERI MANJUNG
Kenangan Program Minggu Jantung 2013 di AEON Seri Manjung anjuran Yayasan Jantung Malaysia berlansung dari 22-24 November 2013.
Sebelum dari tarikh itu saya telah pernah hadir mesyuarat penyelarasan program di AEON Seri Manjung.
Sepanjang Program dijalankan di AEON Seri Manjung, kami menetap di Hotel Lead View (sekarang Sfera Hotel) di Jalan Dato Yu Neh Huat, Taman Samudera, Seri Manjung. Ia terletak lebih kurang 3.6 km ke AEON Seri Manjung.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
12 Mei 2026: 5.23 p.m
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




.jpg)




No comments:
Post a Comment