LINGGI, NEGERI SEMBILAN
Linggi adalah sebuah mukim dalam daerah Port Dickson. Nama Linggi diambil dari Sungai Linggi yang menjadi sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Dikatakan juga bahawa Yang Di Pertuan Negeri Sembilan yang pertama iaitu Raja Melawar datang dari Pagar Ruyung di Sumatera Indonesia dan mudik melalui Sungai Linggi.
2015: LINGGI, NEGERI SEMBILAN
Foto kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung Pusat Internet 1 Malaysia di Linggi, Negeri Sembilan.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2015 - Negeri Sembilan: Linggi, Port Dickson, Sendayan dan Rembau.
Program Kesedaran Penyakit Jantung di Linggi
PENGKALAN KEMPAS
Komplek Sejarah Pengkalan Kempas ini terletak kira-kira 35 km dari bandar Port Dickson. Ianya adalah sebuah perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Para sejarahwan percaya bahawa perkuburan ini wujud sejak abad ke 2 atau ke 3 masehi.
Di sini juga terdapat Keramat Sungai Udang iaitu makam seorang ahli agama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun yang telah menentang Sultan Mansur Shah Melaka (1457-1477). Batu nisan ini bertulisan Arab dan Kawi (tulisan Sumatera Kuno).
Kajian arkeologi pertama di tapak ini dilakukan oleh I.H.H. Evans pada tahun 1919, yang menemui sekitar 15 jenis batu granit, tiga menhir utama dan batu laterit dalam pelbagai keadaan.
Pada 2 April 2016 saya, isteri dan kakak nombor bersama anak saudara saya telah singgah makan di warung milik sepupu saya sebelah ayah yang berniaga makanan di Linggi. Kami singgah ketika dalam perjalanan menuju ke Telok Berembang di Lubok Cina, Negeri Sembilan untuk menziarahi ibu saudara kami yang sedang sakit.
Foto Kenangan di Tol Pedas Linggi yang merupakan pintu masuk utama ke daerah Rembau, Pedas dan Kawasan Linggi. Sebaik sahaja keluar dari Plaza Tol, terdapat banyak gerai tepi jalan yang menjual hidangan salai tradisional Negeri Sembilan seperti Daging Salai, Puyuh Salai dan Ikan Sembilang salai.
LUBOK CINA, NEGERI SEMBILAN
Lubok China sebuah pekan yang terletak dalam 2 buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan Lubok China terletak di daerah Rembau berhampiran pekan Linggi. Ianya bersempadan dengan Daerah Alor Gajah, Melaka.
Lubok China adalah kampung arwah ayah dan arwah Ibu saya. Arwah Ayah saya di Kg.Nerambai, Lubok China, N.S manakala arwah Ibu saya di Kg.Sungai Siput, Lubok China, Melaka. Manakala kampung isteri saya di Kg.Semin, Lubok China, N.S (juga kampung kakak ipar saya).
Kg. Sungai Timun, Lubok China sebuah perkampungan tradisional yang terletak di kawasan sempadan antara Rembau, Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka berhampiran pekan Lubok China. Foto di atas ialah ketika saya dan keluarga berkunjung ke rumah Maklong kami sekitar 70 an.
Sungai Timun terkenal dalam kalangan kaki pancing dari seluruh negara sebagai lokasi utama untuk mencandat atau memancing udang galah gergasi.
Kampung ini sekarang merupakan produk ekopelanconan popular di Negeri Sembilan yang menawarkan aktiviti menyusuri sungai pada waktu malam menggunakan bot (firefly cruise) untuk melihat kelip-kelip.
Rumah tradisional arwah Paklong yang terletak di Kg. Nerambai, Lubok China , Negeri Sembilan.
Rumah arwah Atok dan Nenek isteri saya di Kg. Semin, Lubok China, Negeri Sembilan.
Berhari raya di rumah Mertua Abang Sulong yang terletak tidak jauh dari rumah Atok dan Nenek wife saya di Kg.Semin, Lubok China, N.S
Abang Sulong saya, Allahyarham Norajelan Maamor yang meninggal dunia pada 28 April 2024 di Hospital Seremban dan dikebumikan di Kg.Semin, Lubok China, Negeri Sembilan, di kampung isterinya (kakak ipar saya).
Foto kenangan di Kg.Semin, Lubok China, Negeri Sembilan. Kg. Semin merupakan sebuah kampung tradisional Melayu terletak dibawah daerah Rembau, Negeri Sembilan, tetapi komuniti dan aktiviti hariannya amat berkait rapat dengan pekan Lubok China, Melaka.
Satu peninggalan sejarah Negeri Sembilan yang ada kena mengena dengan waris keluarga Tok Sudin / Siti Hawa adalah Meriam pusaka peninggalah Moyang kami.
Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) pernah menjalankan kajian mengenai 4 pucuk meriam pusaka milik Moyang kami, Dato' Shahbandar Haji Mohd Seth yang terletak di Kampong Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. Meriam ini dianggarkan berusia lelbih 500 tahun. Dato Shahbandar Hj Mohd Seth mengikut sejarah telah berundur ke sini selepas Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Dikatakan beliau turut membawa keempat-empat meriam ini dan diletakkan di tempatnya sekarang ini.
Kajian dijalankan oleh Encik Mohd Nazim bin Abdul Gaman, Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti LMNS dan Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator unit Adat Perpatih.
Kisah misteri meriam pernah disiarkan dalam rancangan "Misteri Nusantara" terbitan TV3 dan turut diterbitkan dalam majalah Variasari.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
25 Mei 2026:12.26 p.m
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment