Sunday, 24 May 2026

BAHASA MELAYU PINJAM 99 PERATUS DARI TAMIL?


Oleh Helmi Effendy II
The Patriots : 24/5/2026

Orang nak panggil boikot kedai mamat ni, tapi aku amik cara lain. Sebab rapuan Bahasa Melayu ada 99 peratus bahasa Tamil ni dah terlalu banyak disebarkan oleh geng-geng Chola kat luar sana.
Sebabnya ialah kerana Bahasa Melayu sendiri ada banyak pinjaman kosa kata bahasa Sanskrit, dan sedikit Bahasa Tamil. Geng-geng Chola ni mana faham yang pertama, Bahasa Tamil dan Bahasa Sanskrit adalah berbeza. Bahasa Sanskrit dalam keluarga bahasa Indo-Eropah, lebih dekat dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Yunani, Bahasa Slavik daripada bahasa Tamil yang dalam keluarga Dravidian.
Mereka juga tak tahu konsep pinjaman bahasa, dan betapa bahasa-bahasa seluruh dunia adalah berasaskan bahasa pinjaman. Sebagai contoh, Bahasa English meminjam daripada Bahasa Perancis sebanyak meminjam daripada Bahasa Perancis sekitar 30 peratus daripada kosa katanya, terutama selepas penaklukan Norman pada tahun 1066.
Ada kajian kamus yang meletakkan unsur Perancis dan Anglo-Norman sekitar 28 peratus, Latin sekitar 28 peratus, manakala unsur Germanic sekitar 25 peratus sahaja. Tapi adakah orang waras akan kata Bahasa Inggeris itu 99 peratus Bahasa Perancis? Tidak. Sebab bahasa tidak berfungsi begitu
Bahasa Korea pun meminjam. Mereka ada ribuan kata Sino-Korean daripada bahasa Cina klasik. Kata seperti hakgyo untuk sekolah, gukga untuk negara, munhwa untuk budaya, daehak untuk universiti, semuanya datang daripada akar Cina. Tapi tak ada orang waras kata Bahasa Korea itu 99 peratus Bahasa Cina. Orang Korea tetap bangsa Korea, bahasanya tetap Bahasa Korea.
Bahasa Jepun pun sama. Banyak gila kosa kata mereka datang daripada Cina. Sistem tulisan kanji pun mereka ambil daripada Cina. Lepas moden, mereka pinjam pula daripada Inggeris. Terebi daripada television, konpyuutaa daripada computer, biru daripada building. Tapi Jepun tetap Jepun. Tak ada orang kata Bahasa Jepun itu sebenarnya Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris.
Bahasa Sepanyol pula penuh dengan pinjaman Arab. Hampir 800 tahun Andalusia di bawah pemerintahan Islam meninggalkan ribuan kosa kata Arab. Alcalde daripada al-qadi, almohada daripada al-mikhaddah, aceite daripada al-zayt, azĂșcar daripada al-sukkar. Tapi Sepanyol tetap bahasa Roman daripada keluarga Indo-Eropah. Tak ada orang dakwa Bahasa Sepanyol itu 99 peratus Arab.
Dan jangan perasan sangat kalau ada pinjaman Sanskrit dan sedikit kosa Tamil sekalipun, Bahasa Melayu turut meminjam daripada Bahasa Arab, Parsi, Inggeris, Portugis dan bahasa Cina membentuk Bahasa Melayu moden yang kita kenal hari ini. Tapi Bahasa Melayu tetap dalam keluarga Austronesia, tak tercampak sama ada dalam keluarga bahasa Semitik, Dravidian, Indo-Eropah atau Sino Sibetian.
Jadi, maksudnya apa? Kalau bahasa anda tak meminjam, bermaksud bahasa anda terpencil, tidak berlaku pertembungan tamadun, tidak berlaku interaksi antarabangsa. Bermaksud tamadun anda terpencil terbangsat tidak ada siapa mahu berkunjung. Semudah itu.
Jadi, saya berharap geng Chola macam si Perumal janganlah dok sebarkan fakta-fakta mengarut pasal Bahasa Melayu saya. Apa kata encik Perumal, ambil kesempatan teguran saya ini dengan membeli buku-buku yang paparkan sejarah sebenar Bahasa Melayu yang boleh didapati di Shopee The Patriots sempena dengan PBAKL Online ni.
Atau terus dapatkan diskaun RM10 di laman web kami!

C&P
24/5/2026: 10.13 p.m

No comments: