Oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
SUDAH terlalu lama sejarah pemerintahan Melayu dilihat melalui lensa kolonial. Kita diajar untuk mempercayai bahawa perlembagaan, etika pemerintahan, dan kedaulatan undang-undang hanya muncul bersama pentadbiran kolonial dan negara bangsa moden.
Namun, berabad-abad sebelum campur tangan penjajah, alam Melayu telah pun membangunkan tradisi ketatanegaraan dan perlembagaan yang tersendiri, berakar daripada Islam, keadilan, akhlak dan tata kelola pemerintahan.
Buktinya terletak dalam Hukum Kanun Melaka (HKM), Hukum Kanun Pahang (HKP), serta khazanah persuratan politik Melayu seperti Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan karya-karya Raja Ali Haji mengenai ketatanegaraan dan pemerintahan.
Ditulis di Bumi Melayu, oleh orang Melayu, dalam bahasa Melayu, menggunakan tulisan Jawi Melayu, karya-karya ini memperlihatkan sesuatu yang luar biasa, orang Melayu telah pun membicarakan etika perlembagaan, seni pemerintahan, keadilan, akauntabiliti dan kepimpinan bermoral lebih 500 tahun dahulu.
Kesemua karya ini membentuk suatu kesinambungan tradisi intelektual Melayu yang merentasi berabad-abad sejarah.
HKM dan HKP bukan sekadar himpunan hukuman atau titah diraja. Ia merupakan kerangka undang-undang dan perlembagaan yang menyeluruh, mengatur soal pemerintahan, perdagangan, hal ehwal maritim, percukaian, tatacara kehakiman, kekeluargaan, diplomasi dan etika masyarakat.
Lebih penting lagi, manuskrip-manuskrip ini sentiasa mengingatkan bahawa kuasa merupakan suatu amanah yang dikurniakan oleh Allah.
Di sebalik semua manuskrip ini, satu mesej sentiasa diulang, Sultan sebagai khalifah bertanggungjawab di hadapan Allah.
Sultan tidak pernah digambarkan sebagai pemerintah zalim yang bebas bertindak menurut kehendak peribadi. Sebaliknya, baginda terikat dengan hukum Allah, syariah dan tanggungjawab moral. Keadilan bukan pilihan, tetapi kewajipan.
Sultan diingatkan supaya memerintah dengan adil, menghindari kezaliman, melindungi rakyat, memelihara agama dan pembela rakyat. Begitu juga dengan pembesar-pembesar, mereka merupakan sebahagian daripada sistem pemerintahan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab etika yang jelas.
Lebih mengagumkan ialah dimensi moral yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip ini. Sultan menasihati para pembesarnya dan para pembesar pula menasihati Sultan. Raja tidak dilihat semata-mata sebagai pewaris takhta, tetapi pemegang amanah yang suci.
Manuskrip-manuskrip ini berulang kali menekankan sifat-sifat yang wajib ada dalam pemerintahan, keikhlasan, kebijaksanaan, kesabaran, amanah, keberanian, keadilan dan ketaatan kepada agama.
Inilah yang menjadikan manuskrip-manuskrip ini begitu luar biasa. Ia bukan sekadar memperlihatkan suatu sistem undang-undang, tetapi sebuah tamadun yang amat menitikberatkan etika perlembagaan dan moral pemerintahan.
Yang paling penting, kanun-kanun ini bukan undang-undang untuk raja semata-mata. Dari istana kepada rakyat, pemerintahan yang baik dan keadilan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Melayu.
Keadilan bukan sekadar tanggungjawab politik, tetapi amanah diraja yang dipikul demi kesejahteraan negeri dan rakyat jelata. Ia mengatur hubungan antara pemerintah dan rakyat, antara pembesar dan kerajaan, antara perdagangan dan moral, antara keadilan dan masyarakat.
Sebab itu tidak memadai lagi untuk kita menyifatkan HKM dan HKP sekadar sebagai “undang-undang lama”. Ia sebenarnya merupakan dokumen perlembagaan sebuah tamadun Melayu-Islam yang berfungsi.
Apakah maknanya kepada kita hari ini?
Ia membuktikan bahawa orang Melayu bukan bangsa yang tiada sistem, tiada undang-undang, atau tiada pemikiran politik. Mereka bukan masyarakat primitif yang menunggu Eropah untuk mengajar tentang pemerintahan.
Orang Melayu memiliki tradisi perlembagaan mereka sendiri yang berakar daripada Islam.
500 tahun dahulu, orang Melayu telah pun memahami bahawa pemerintahan ialah suatu tanggungjawab moral yang berkait rapat dengan iman. Islam tidak dipisahkan daripada pemerintahan, etika, atau undang-undang, menjadi asas yang mengikat semuanya.
Kerajaan difahami bukan sekadar kuasa politik, tetapi suatu amanah yang dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.
Mungkin tragedi terbesar bukanlah manuskrip-manuskrip ini dilupakan, tetapi hikmah dan kebijaksanaan di dalamnya yang dilupakan.
Berabad-abad lamanya, nenek moyang kita meninggalkan peringatan tentang bagaimana sesebuah kerajaan harus diperintah, dengan keadilan, amanah, hikmah, kesederhanaan dan tanggungjawab di hadapan Allah.
Mereka mengingatkan Sultan agar tidak berlaku zalim, pembesar agar tidak mengkhianati amanah, hakim agar tidak meninggalkan keadilan, dan masyarakat agar tidak meninggalkan moral. Ini bukan tulisan kosong untuk kemegahan istana semata-mata.
Ia adalah panduan hidup bagi pemerintahan dan tamadun.
Hari ini, ketika masyarakat bergelut dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, perpecahan dan kemerosotan etika dalam kehidupan awam, mungkin jawapan yang kita cari bukanlah sesuatu yang baharu. Mungkin sebahagiannya telah pun ditulis ratusan tahun dahulu oleh nenek moyang kita sendiri.
Asas pemerintahan yang mereka bina tidak pernah lapuk ditelan zaman. Keadilan tidak menjadi usang. Kepimpinan bermoral tidak mempunyai tarikh luput. Amanah tidak pernah hilang relevannya. Prinsip-prinsip ketatanegaraan yang terkandung dalam HKM, HKP, masih sangat relevan sehingga hari ini.
Sudah tiba masanya kita kembali kepada akar kita, bukan sekadar untuk mengaguminya sebagai artifak sejarah, tetapi untuk belajar daripadanya. Manuskrip-manuskrip ini tidak seharusnya terus tersimpan di muzium atau di rak akademik semata-mata.
Ia perlu dikaji di universiti, diperkenalkan di sekolah, dibincangkan dalam institusi perundangan dan pentadbiran, serta diiktiraf sebagai sebahagian daripada asas intelektual negara ini.
Kerana manuskrip-manuskrip ini lebih daripada sekadar tinggalan masa silam. Ia adalah peringatan tentang siapa kita suatu ketika dahulu dan mungkin juga tentang siapa yang kita mampu menjadi sekali lagi.
Dari Melaka ke Pahang, ke Johor-Riau-Lingga, alam Melayu telah pun membangunkan suatu wacana ketatanegaraan dan etika perlembagaan yang canggih jauh sebelum merdeka.
Campur tangan orang asing di Tanah Melayu, mungkin telah mengganggu sistem kerajaan dan melemahkan sebahagian kesinambungan intelektual kita, tetapi ia tidak pernah memadamkan kebijaksanaan yang diwariskan oleh nenek moyang kita.
Mungkin kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia, menemukan kembali warisan yang terlupakan ini. Kerana di dalam manuskrip-manuskrip inilah terletaknya bukti bahawa alam Melayu suatu ketika dahulu bukan sahaja memiliki kedaulatan politik, tetapi juga kedaulatan intelektual.
Dan mungkin, dengan mengingatinya semula, kita juga akan kembali mengingati diri kita sendiri.
KEBAWAH Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Calon Ijazah Sarjana, Ketua Perlembagaan, Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM).

Apakah maknanya kepada kita hari ini? Ia membuktikan bahawa orang Melayu bukan bangsa yang tiada sistem, tiada undang-undang, atau tiada pemikiran politik. Mereka bukan masyarakat primitif yang menunggu Eropah untuk mengajar tentang pemerintahan.

C&P
23 Mei 2026: 12.06 a.m
No comments:
Post a Comment