Thursday, 28 May 2026

FOTO KENANGAN: SEREMBAN, N.S

Seremban ialah ibu negeri bagi Negeri Sembilan dan telah diisytiharkan sebagai bandaraya secara rasmi pada 20 Januari 2020. Terletak di bahagian barat Semenanjung Malaysia. 

Seremban memang tidak asing bagi saya kerana arwah Abang Sulong saya menetap di Seremban 2.

2011 & 2012: SEREMBAN 2
Kenangan makan tengahari & Makan Malam bersama keluarga di Restoran Cina Muslim di City Park Oriental di Seremban 2 pada 9 Julai 2011 (makan tengahari) dan 1 Disember 2012 (makan malam).



Restoran ini merupakan antara lokasi popular di Seremban 2 yang menyajikan hidangan Chinese Muslim Food. Meja bulat besar yang sinonim dengan gaya hidangan makan besar atau Chinese style. 


Pada 1 Disember 2012 saya dan keluarga telah bermalam di Hotel Seri Malaysia Seremban  yang terletak di sebuah bukit di tengah-tengah Bandar Seremban, Negeri Sembilan. 

2012: TERMINAL 1, SEREMBAN
Yayasan Jantung Malaysia telah menganjurkan "Minggu Jantung Seremban 2012" yang berlansung di Kompleks Membelibelah Terminal 1, di Seremban dari 19-21 Oktober 2012. 


Terminal One Shopping Centre, yang sebelumnya dikenali sebagai Terminal One Mall atau T1 oleh penduduk tempatan dibina pada tahun 1996. 


2 Gadis yang bekerja di sebuah kedai handphone didepan Booth kami



Kami menginap di Fame Hotel (sekarang My Fame Hotel) yang terletak di Terminal 2, Seremban sepanjang program di Terminal One Shopping Complex. Terletak berhampiran dengan Terminal 2 dan tidak jauh dari Terminal 1 Mall, hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan penginapan yang selesa. Saya masih ingat lagi bila saya buka tingkap hotel saya, akan kelihatan Jirat Cina disebelah kanan.

2013: KG. PANCHOR, SEREMBAN
Foto Kenangan ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung di Dewan Gerakan Daya Wawasan, Kg. Panchor, Seremban pada 16 Jun 2013. 
Rujuk: Zulheimy Maamor : 2013 - JKKK Kg. Panchor, Seremban




Kampung Panchor ialah sebuah kawasan penempatan tradisional dan perumahan yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

2013: SMK SEREMBAN 2
Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di Sek. Men. Keb. Seremban 2 dari 3 - 4 Julai 2013. 
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2013: SMK Seremban 2



Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2(SMK S2) terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan bersebelahan dengan Green Street Homes dan kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.
Datin Maznah Bt Yusof ialah pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 pertama En. Jamil B Mohd. Tahir dan diganti oleh Pn. Hjh. Sadariah Bt Md Jali pada bulan Julai 2003 serta En. Abdul Wahid B Abdul Ghani dan En. Mad Pazir B Md. Ahair selaku GPK Ko-kurikulum dan GPK Hal-Ewal Murid.

2014: SEREMBAN DAN SG. GADUT
Kenangan menaiki tren Komuter dari KL ke Seremban dalam perjalanan ke Masjid Tanah. Kami singgah rumah Abang Sulong kami di Seremban 2 dan kemudian akan menuju ke Masjid Tanah. 




Stesen Komuter Sungai Gadut : sebelum Ogos 2013, Stesen Sungai Gadut merupakan stesen terakhir bagi perkhidmatan KTM komuter dari Rawang. Bermula 30 Ogos 2013, KTMB telah melanjutkan perkhidmatan tren elektrik ini ke Stesen Rembau. 

2015: SMK SEREMBAN 2
Program Kesihatan di SMK Seremban 2 dijalankana pada 16-17 Jun 2015. 
Rujuk : Zulheimy Maamor: 2015 - SMK Seremban 2



Program di SMK Seremban 2 pada 2016

2015: CITY PARK ORIENTAL, SEREMBAN 2
Foto kenangan makan tengahari bersama keluarga di Restoran Cina Muslim di City Oriental Park di Seremban 2. 


2016: TERMINAL ONE SHOPPING CENTRE
Program "Minggu Jantung Seremban 2016" berlansung di Kompleks Membelibelah di Terminal One Shopping Centre dari 26-28 Ogos 2016. 



Ditahun 2016, ada program dijalankan oleh Yayasan Jantung Malaysia di daerah Seremban. Kami telah menginap di beberapa buah hotel di sepanjang program tersebut. 


Kami menginap di Hotel Carlton Star di Seremban ketika Program Minggu Jantung di Terminal One Shopping Centre. Terletak di Jalan Dato' Sheikh Ahmad di Seremban, berdekatan dengan Terminal One Shopping Centre, dan ini memudahkan kami untuk berulang alik dari hotel ke Terminal One. 


Saya tidak ingat tarikh sebenar dan program apa kami menginap di One Garden Hotel ini. Terletak di Jalan Bandar Senawang, Pusat Bandar Senawang, Seremban, N.S.


Kami menginap di hotel S2 ketika Program Kesihatan di SMK Seremban 2 pada 19 April 2016. Sebuah Hotel bajet bertaraf 2-bintang yang terletak di Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, berhampiran dengan AEON Mall Seremban 2 dalam jarak berjalan kaki sahaja. 

2017: SEK.KEB. LAVENDER HEIGHTS
Kenangan Program Kesedaran Penyakit Jantung di Sek.Keb.Lavender Heights, Taman Bandar Senawang pada 14 Mei 2017.



Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 3 Januari 2012. 
Berdasarkan kehadiran aset agensi penyelamat seperti jentera bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) serta kereta dan motosikal peronda (Polis Diraja Malaysia), program ini kelihatan lebih menjurus kepada Latihan Kebakaran (Fire Drill), Kesedaran Keselamatan, atau Hari Kerjaya bersama Agensi Penguatkuasa.


Kami menginap di One Garden Hotel yang terletak di Pusat Bandar Senawang, Seremban, N.S. sebuah hotel bertaraf 2 - 3 bintang. 
Terltak berhimpiran dengan kawasan komersial Taipan Senawang, Giang Hypermarket serta kemudahan akses mudah ke Stesen Komuter Senawang dan Stesen Keretapi Sungai Gadut. 

SMK SEREMBAN 2 - 2017 & 2018
Foto kenangan program Kesedaran Penyakit Jantung di Sek.Men. Keb. Seremban 2 pada tahun 2017  & 2018.
Rujuk:
  1. Zulheimy Maamor : 2017 - SMK Seremban 2
  2. Zulheimy Maamor : 2018: SMK Seremban 2




Sutera Hotel dimana kami menginap semasa program di SMK Seremban 2 yang terletak di Jalan S2 B1. 


Berurusan Hal Tanah Pusaka di Pejabat Daerah dan Tanah yang terletak di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban. 

2022: SEREMBAN GATEWAY
Makan tengahari bersama keluarga di Seremban Gateway, sebuah kompleks kemersial gaya hidup terbuka (shoplex) yang terletak di sepanjang Jalan Sungai Ujong, Seremban. Berhampiran susur keluar Lebuhraya KL-Seremban. 


Hj Zulheimy Maamor
28 May 2026: 1.28 p.m


No comments: