Saturday, 30 May 2026

FOTO KENANGAN: PORT DICKSON, N.S

Port Dickson (atau lebih dikenali sebagai PD) ialah sebuah bandar dan daerah pesisir pantai yang amat popular di Negeri Sembilan, Malaysia. Terletak menghadap Selat Melaka, destinasi ini merupakan pilihan utama warga kota untuk percutian hujung minggu kerana jaraknya yang dekat—sekitar satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Dahulu dikenali sebagai Tanjung oleh masyarakat Melayu tempat. Dinamakan nama pegawai tinggi British, Sir John Frederick Dickson pada akhir abad ke-19.

1996: KEMANG CONDOMINIUM
Kenangan percutian keluarga di Kemang Condominium pada 9 November 1996. 


2006: PORT DICKSON GOLF AND COUNTRY CLUB
Kenangan ketika menghadiri Leadership Retreat anjuran Mechanical Engineering Technical Division, The Institution of Engineers, Malaysia di Port Dickson Golf and Country Club pada tahun 2006. 
Terletak di Batu 5 1/2 Jalan Pantai, Rusa, P.D, mempunyai golf awam 18-lubang (Par 72) yang dibina pada tahun 1992. 



2012: CASA RACHADO BEACH RESORT
Foto kenangan ketika menghadiri Kursus Motivasi anjuran Yayasan Jantung Malaysia dari 11-12 Februari 2012 di Casa Rachado Beach Resort. 
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2012 - Kursus Motivasi Port Dickson


Sepanjang berkursus kami menetap di Casa Rachado Beach Resort.
Casa Rachado Beach Resort adalah sebuah resort Caribbean bertemakan latihan di Pantai Cermin, pantai betul-betul di belakang Blue Lagoon di batu 10 Port Dickson. Hotel bajet ini menawarkan penginapan di dalam bilik tunggal, bersama-sama dengan unit-unit pangsapuri bilik tidur double dan triple. Kebanyakan kemudahan berfungsi, tetapi kemuncak penginapan di sini adalah ketenangan persekitaran, subur semula jadi, yang terletak bersebelahan dengan Cape Rachado hutan simpan. Juga, terdapat banyak aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh resort termasuk memancing, berakit, terbang musang, berkanu, kursus halangan, meredah hutan dan banyak lagi. Ini menjadikan ia satu tempat yang popular untuk perjalanan pembinaan pasukan kasual untuk kumpulan besar tetamu.




Antara modul kursus termasuklah Team Building yang bertujuan mewujudkan semangat kerjasama antara pasukan. Dalam latihan ini para peserta kursus dikehendaki membina rakit dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama menyiapkan rakit dianggap mempunyai semangat kerjasama yang kuat.


Satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah mendaki bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan. Latihan ini agak mencabar memandangkan sebahagian setaf YJM sudah agak berumur... namun umur bukanlah penghalangnya... kami semua berjaya sampai ke puncaknya iaitu dimana terletaknya rumah api Tanjung Tuan.
Hutan Lipur Tanjung Tuan merupakan kawasan hutan simpan yang kaya dengan Flora dan fauna, serta menjadi laluan utama migrasi burung pemangsa (raptors) setiap tahun antara Februari dan Mac. 


Tanjung Tuan dahulunya dikenali sebagai Cape Rachado ialah sebuah kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka.
Kawasan ini merupakan kawasan bersejarah dimana disini pernah berlaku satu pertempuran hebat iaitu "Battle of Cape Rachado" antara armada Portugis dan Armada Belanda pada tahun 1606. 
Rumah Api Tanjung merupakan rumah api tertua di Malaysia yang dibina oleh pihak Portugis pada abad ke-16 Masihi (Sekitar 1528) untuk mengemudi kapal di Selat Melaka. 


Foto Matahari terbenam (Sunset) diambil dari kawasan Rumah Api Tanjung Tuan pada 12 Februari 2012. Tanjung Tuan adalah salah satu lokasi terbaik di pantai barat Malaysia untuk menikmati pemandangan laut yang luas dan matahari terbenam yang dramatik kerana kedudukannya yang tinggi di atas bukit. 


Saya dan rakan-rakan singgah di Port Dickson dalam perjalan kami ke Linggi untuk program kesihatan disana. 


Isteri saya ketika mengikuti rombongan ke Port Dickson pada 2 Oktober 2024

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
30 Mei 2026: 2.57 p.m 

No comments: