Monday 6 August 2018

2018 - TELUK INTAN,PERAK

PROGRAM : KOMUNITI 2018 
TEMPAT : MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN, PERAK
TARIKH : 6 OGOS 2018

Sambungan dari :
2018 - MASJID KG. KETIOR DALAM, KUALA KANGSAR

Selesai program Kesihatan di Kg. Ketior Dalam di Kuala Kangsar, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan, Perak untuk program Kesihatan seterusnya. 


Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan mengambil masa 2 jam dengan jarak perjalanan lebih kurang 150 km. 
Kami terus ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Lavender yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.





Jam 2.16 pagi masih tak boleh melelapkan mata.... 

Hotel Lavender
1, Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan
Perak
Tel: 05-621 5279

TELUK INTAN, PERAK
Bandar Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. 
Nama Teluk Intan dikatakan diambil dari nama seorang Janda yang sangat cantik iaitu Mak Intan, seorang saudagar yang berasal dari Mandailing, Sumatera. Beliau telah membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Kawasan ini asalnya dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Ketika zaman British, nama pekan Mak Intan telah ditukar kepada Teluk Anson, sempena nama Jeneral Archibald Anson, Gabenor Inggeris ketika itu. 
Pada 1 Januari 1982, bandar ini ditukar nama dari Teluk Anson kepada nama sekarang iaitu Teluk Intan. 

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Apabila berada di Teluk Intan, tentu saya tidak mahu lepas peluang untuk mengunjungi sebuah menara yang sangat sinonim dengan Teluk Intan, iaitu Menara Condong Teluk Intan
Menara ini telah dibina pada tahun 1885 sebagai menara tangki air yang kemudiannya dijadikan menara jam. Keunikan menara ini ialah ianya menyerupai Menara Condong Pisa di Italy. Menara ini mempunyai ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. 

Menara Condong Teluk Intan
Menara Pisa, Italy




PEMERIKSAAN KESIHATAN YAYASAN JANTUNG MALAYSIA
BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
6 OGOS 2018
Program pertama kami di Teluk Intan ialah di Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang terletak di Jalan Speedy, Teluk Intan. 



Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaik taraf dari Majlis Daerah Hilir Perak pada 23 April 2003. 





PROGRAM YJM PERINGKAT KOLEJ 2018
KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN
7 OGOS 2018
Program kami seterusnya ialah di Kolej Komuniti Teluk Intan yang terletak Taman Intanova, Teluk Intan. 

Kolej Komuniti Teluk Intan adalah merupakan salah satu Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia. Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau Institut Pengajian Tinggi yang lain.

Kursus yang ditawarkan di sini ialah Sijil Animasi 3D, Sijil Pastri, Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Penyejukan dan Penyaman udara. 




 Pendaftaran Pelajar dan Kakitangan Kolej

 Ujian Glukosa dan Kolesterol

 Nasihat Pemakanan dan Kesihatan



 Alat Muzik ciptaan pelajar KKTI yang kreatif


Selesai program di Kolej Komuniti Teluk Intan, kami meneruskan perjalanan pulang ke pejabat kami di Kuala Lumpur. 



No comments: