Tuesday, 19 May 2026

FOTO KENANGAN : MELAKA - AYER KEROH & BANDAR HILIR

Ayer Keroh merupakan sebuah bandar satelit dan pusat pentadbiran bagi Daerah Melaka Tengah. Ia terletak kira-kira 11 kilometer ke utara pusat bandar raya Melaka dan bertindak sebagai pintu masuk utama ke negeri Melaka kerana lokasinya yang strategik bersebelahan dengan susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

1994: PLTA AYER KEROH
Kenangan ketika menghadiri Kursus Ternakan Ayam Penelor Komersial di Pusat Latihan Ternakan Ayam (PLTA) Ayer Keroh, Melaka pada 1994.


Pusat Latihan Ternakan Ayam Ayer Keroh (PLTA Ayer Keroh) telah ditutup dengan rasminya pada tahun 2009. Ia kini digantikan dengan Institut Teknologi Unggas (ITU) yang mula beroperasi pada tahun 2007. 


Kenangan lawatan ke Ladang Ternakan Ayam En. Abbas di Jasin, Melaka, Perigi Hang Tuah di Kg.Duyong dan Makam Tun Teja di Merlimau, Melaka pada 26 September 1994. 
Lawatan ke sekitar bandar Melaka.

BANDAR HILIR (1994 & 1998)
Bandar Hilir merupakan kawasan pelancongan di Melaka. Terletak di Bandaraya Melaka dalam daerah Melaka Tengah, bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya. 


1998: MALACCA PARADISE VILLAGE
Foto kenangan percutian keluarga ke Melaka pada tahun 1998. Kami menginap di Paradise Malacca Village,yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. 
Dibuka sekitar akhir tahun 1980-an atau awal 1990-an, resort ini menjadi lokasi kegemaran para pelancong di era tersebut.


Status terkini Paradise Malacca Village pada 2026, kekal sebagai bangunan terbengkalai, rosak teruk dan terbiar sepenuhnya.
Disebabkan terbiar begitu lama, tapak ini kini popular dalam kalangan penggemar paranormal.

Rujukan:
  1. Southern Entity Research Crew : Paradise Village Hotel (Gabungan Paranormal JB).
  2.  Paradise Malacca Resort : Kedengaran Suara Bisikan

Gambar kenangan bertarikh 7 September 1998 ini memaparkan nostalgia kegemilangan Taman Mini Malaysia & ASEAN di Ayer Keroh, Melaka. Taman yang dibuka sejak 17 Julai 1986 ini merupakan salahsatu mercu tanda pelancongan paling popular di Malaysia. 
Ia mempamerkan replika berskala penuh 13 buah Rumah Tradisional Negeri (seperti struktur tangga kayu dan pelataran rumah Melayu dalam foto) serta seksyen Mini ASEAN yang baru dibuka pada tahun 1991.


Zoo Melaka pada tahun 1998 merupakan antara era paling ikonik bagi pusat konservasi hidupan liar ini, terutamanya dengan aktiviti bergambar secara dekat bersama Orang Utan (seperti yang terpapar dalam kedua-dua keping foto kenangan tersebut). 
Pada tahun 1998, antara tarikan wajib bagi setiap keluarga yang berkunjung ke Zoo Melaka ialah mengambil foto polaroid atau kamera filem di atas bangku khas bersama Orang Utan yang sangat jinak.

2000: MAHKOTA CENTURY, BANDAR HILIR
Foto kenangan ketika menghadiri "IEM Brainstorming Session" yang dianjurkan oleh The Institution of Engineers dimana saya bekerja ketika itu. 



Hotel Mahkota Hotel Malaysia (sebelum ini Mahkota Century Hotel) telah ditutup secara rasmi dan kekal bermula Julai 2020 disebabkan kesan Pandemik Covid-19. 
Namun blok-blok pangsapuri di kompleks tersebut kini diuruskan secara individu oleh pemilik unit. Tempat ini popular sekarang sebagai Century Mahkota Apartments. 

2008: AYER KEROH D'VILLAGE
Percutian keluarga di Ayer Keroh D'Village, Melaka.
Ayer Keroh D'Village dibuka pada Disember 1992 dan dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 April 1993.
Antara tempat menarik berdekatan adalah Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Tema Melaka, Taman Mini dan Lain-lain lagi.







Antara yang kami kunjungi ialah kota A Famosa, Muzium Samudera dan Muzium TLDM.

2012: MENARA TAMING SARI
Ketika program di AEON Bandaraya Melaka, saya bersama rakan sekerja dari Yayasan Jantung Malaysia bersantai-santai di Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari pada 22 March 2012. 



2015: BANDAR HILIR
Pada 4 November 2015, saya bersama rakan sekerja singgah di Bandar Hilir dalam perjalanan kami ke Alor Gajah untuk program di Kolej Universiti AgroSains Malaysia. 



Hentian Rehat Ayer Keroh yang sering menjadi pilihan kami setiap kali kami menempuh perjalanan ke Selatan Tanah Air. Terletak di daerah Alor Gajah ini terkenal kerana menempatkan Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Dalam perjalanan ke Batu Berendam Melaka

2016: PERCUTIAN KELUARGA
Pada 10 Disember 2016, saya bersama keluarga abang dan kakak-kakak saya telah bercuti ke Melaka dan kami menginap di Malacca Garden City Straits Consominiums di Bandar Hilir, Melaka. Apartments terletak di Jalan Merdeka, Melaka merupakan penginapan sewa yang sesuai untuk keluarga. 




Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter terletak di Bandar Hilir bersebelahan Dataran Pahlawan. 
Menara ini boleh berputar 360 darjah bagi membolehkan pengunjung melihat panorama bandaraya Melaka secara keseluruhannya. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. 




Lawatan kami sekitar Bandar Hilir termasuklah Kota A Fomosa, Istana Kesultanan Melaka, Gelari Kemerdekaan dan Muzium TLDM. Di Muzium TLDM kami berpeluang menaiki bekas kapal KD Sri Trengganu yang berkhidmat dengan TLDM dari tahun 60-an sehingga 90-an.

2025: BANDAR HILIR
Foto kenangan isteri saya sewaktu beliau bersama ibunya dan adik lelakinya bermalam di Melaka. Saya tidak ikut serta kerana tidak sihat. 


Keterangan Foto:
  1. Atas Kiri - Kota A Famosa : Runtuhan Kubu pertahanan Portugis dari tahun 1511.
  2. Atas Kanan - Gereja St.Pauh yang dibina pada tahun 1521 terletak di puncak Bukit Melaka. 
  3. Foto Bawah Kiri: Bangunan Stadthuys, pusat pentadbiran Belanda lama yang dibina pada tahun 1650. 
  4. Foto Bawah kanan : Christ Church dan Dataran Merah (Dutch Square).

Gambar ini menunjukkan beberapa kawasan tarikan pelancong dan suasana malam di sekitar Bandar Hilir, Melaka:
  • Kiri Atas: Pemandangan pintu gerbang Kota A Famosa dengan papan tanda besar "Bukit Melaka" di bahagian latar belakang.
  • Kanan Atas: Suasana malam yang dipenuhi lampu berwarna-warni di tebing Sungai Melaka berhampiran jeti Melaka River Cruise.
  • Kiri Bawah: Deretan rumah kedai warisan lama di Jalan Heeren (Jalan Tun Tan Cheng Lock) yang kini dijadikan rumah tetamu (Heeren House) dan kafe.
  • Kanan Bawah: Kawasan santai dan gerai jualan makanan terbuka di bawah pokok yang terletak berhampiran kawasan tumpuan pelancong.

Gambar ini memaparkan beberapa mercu tanda moden, muzium, dan tarikan pelancongan di Bandar Hilir, Melaka:
  • Kiri Atas: Kompleks beli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall dilihat dari arah padang terbuka.
  • Kanan Atas: Bangunan Muzium Setem Melaka yang menyimpan koleksi setem bersejarah.
  • Kiri Bawah: Kapal tentera laut KD Sri Trengganu yang dipamerkan di Muzium Samudera (Muzium Kapal Selam/Tentera).
  • Kanan Bawah: Suasana di hadapan Christ Church Melaka dengan beca berhias tradisional yang sedia membawa penumpang.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
19 Mei 2026: 9.00 p.m

No comments: