Kelantan Darul Naim terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, dengan ibu negerinya Kota Bharu.
Pengalaman dan kenangan saya dengan Kelantan ini ialah saya dan keluarga pernah menetap di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu , Kelantan sekitar 60'an dulu ketika arwah ayah saya berkhidmat dengan Batalion ke -7 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang ketika itu berpengkalan di Pengkalan Chepa.
Pantai Sabak di Kota Bharu adalah tempat bersejarah di mana pada 8 Disember 1941 Tentera Jepun telah mendarat di sini, merupakan detik bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara dan permulaan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ianya berlaku kira-kira sejam sebelum serangan terkenal Jepun ke atas Pearl Harbor di Hawaii.
1987: PENGKALAN KUBOR, KELANTAN
Pengkalan Kubor adalah bandar sempadan dengan daerah Tak Bai, Narathiwat di Thailand. Pengkalan ini dikatakan mempunyai banyak kubor orang Melayu suatu ketika dahulu.
Kenangan saya dengan Pengkalan Kubor ini ialah ketika saya berkhidmat dengan kapal Peronda TLDM KD Panah pada tahun 1987. Kami sering berhenti untuk Rehat dan Rawat (R&R) di sini setelah berhari-hari menjalankan rondaan di sepanjang Laut Cina Selatan.
2012: KETEREH, KOTA BHARU
Foto kenangan semasa Program Peringkat Komuniti Yayasan Jantung Malaysia di Dewan RT Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Oktober 2012.
Rujuk: Zulheimy Maamor - 13 Oktober 2012: Dewan Rukun Tetangga Ketereh, Kota Bharu.
Kami menginap di Hotel Dynasty Inn yang terletak di Jalan Sultanah Zainab. Hotel ini hanya 5 atau 10 minit memandu dari Pasar Khadijah.
Ketereh merupakan sebuah pekan, daerah dan kawasan parlimen yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia adalah laluan utama yang menghubungkan Kota Bharu dengan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Pekan ini telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam pada Disember 2010.
Antara bandar-bandar dan kawasan yang kami lalui sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ketereh ialah seperti Kuala Lipis di Pahang, Gua Musang, Kuala Krai, Kok Lanas dan sebagainya.
Kesempatan bertemu sahabat satu Skot dalam TLDM dan juga rakan Sekerja di KD Ganas (1981) dan SKTLDM Kuantan (1991-1995) iaitu Roseli Zin yang menetap di Kg. Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan.
Pasar Khadijah pada 2012
Pasar Khadijah pada 2016
Pasar Khadijah merupakan mercu tanda warisan, pusat perdagangan utama dan destinasi pelancongan paling ikonik di Kota Bharu, Kelantan. Dibuka secara rasmi pada 1985,nama pasar ini dipilih sempena nama isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina Khadijah, yang merupakan ikon ahli perniagaan wanita yang hebat.
2016: KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
Program Kesihatan Peringkat Kolej di Kelantan diadakan di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu, Kelantan pada 26 April 2016. Seramai 167 pelajar dan setaf kolej telah hadir untuk ujian pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut.
Rujuk - 26 April 2016: Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
Kolej Poly Tech MARA sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Kolej Poly Tech MARA Cawangan Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1994.
Foto Kota Bharu pada 2016.
Semasa Program ini kami menginap di Hotel Dynasty Inn, hotel yang sama kami menginap semasa Program di Ketereh tahun 2012 dahulu.
2018: KOTA BHARU
Tahun 2018 Yayasan Jantung Malaysia telah menganjurkan 2 program kesihatan di Kota Bharu, Iaitu di Masjid Sultan Mansor di Jalan Sireh pada 21 Julai 2018 dan Kolej Poly-Tech MARA pada 22 Julai 2018.
Rujuk:
- 21 Julai 2018: Masjid Sultan Mansor, Kota Bharu
- 22 Julai 2018: Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
MASJID SULTAN MANSOR
Masjid Sultan Mansor yang terletak di Jalan Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Dikenali juga dengan nama Masjid Jamek Sultan Mansor atau Masjid Kg.Sireh siap dibina pada 1 Februari 1985 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ismail Petra pada 5 April 1985.
KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
Program berlansung di Kolej Poly-Tech MARA di Kota Bharu pada 22 Julai 2018. Ini merupakan program kali kedua kami disini selepas program tahun 2016.
Kami menginap di Diamond Hotel yang terletak di Wisma Koop Guru di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KGMK), berdekatan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Stadium Sultan Muhammad IV dan Pasar Khadijah.
Restoran Nasi Ulam Cikgu yang cukup terkenal di Kota Bharu terletak di Kampung Kraftangan, restoran ini merupakan salah satu destinasi ikonik untuk makanan tradisional dan terkenal sebagai "syurga Ulam" di pantai Timur.
GUA MUSANG, KELANTAN
Foto Kenangan saya di Gua Musang, Kelantan pada tahun 2012, 2016 dan 2018.
Foto kenangan Gua Musang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada tahun 2012. Kelihatan laluan utama menghubungkan Gua Musang yang masih dalam proses naik taraf dan pembinaan dibeberapa bahagian.
Juga kelihatan foto Hentian Rehat di Gua Musang pada tahun 2012.
Hentian Rehat Gua Musang pada tahun 2016.
Hentian Rehat Gua Musang pada tahun 2018.
Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan, merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan. Gua Musang diisytiharkan sebagai sebuah jajahan kecil di Ulu Kelantan pada 1 Julai 1976. Pada 1 September 1977, jajahan kecil dinaiktaraf menjadi sebuah jajahan penuh sebagai Jajahan Gua Musang.
Foto di atas ini ialah ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti yang dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia di Kg. Pos Brooke Lama di Gua Musang pada 11 Ogos 2018.
Pos Brooke adalah kawasan penempatan orang Asli di daerah Gua Musang, Kelantan.Pos Brooke diwujudkan oleh Kerajaan British ketika era Darurat kerana ketika itu orang Asli dianggap oleh Kerajaan British dalam Rancangan Briggs sebagai kunci utama kemenangan untuk melawan komunis. Oleh itu beberapa pos telah diwujudkan ketika itu antaranya ialah Pos Telanok di Ulu Jelai, Pos Brooke di Gua Musang dan Pos Betau di Kuala Lipis.
Pos Brooke (Fort Brooke di zaman British) pernah menjadi kem Latihan Pasukan Perintis VAT 69 (Komando Polis) di awal penubuhannya.
Fort Brooke mengikut catatan Roy Follows yang pernah berkhidmat di Fort Brooke pada 1954 dibina oleh pasukan Elite British, Special Air Service bersama pasukan Jungle Squad (Polis Hutan). Ia dinamakan Fort Brooke bersempena nama Pegawai Memerintah SAS British ketika itu.
Rujuk: Zulheimy Maamor - 2018: Ipoh / Gua Musang /Cameron Highlands
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
17 Mei 2026: 11.34 p.m


.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment