Thursday, 28 May 2026

FOTO KENANGAN: NEGERI SEMBILAN : NILAI & SENDAYAN.

NILAI, NEGERI SEMBILAN
Nilai merupakan sebuah bandar membangun yang terletak di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Terkenal sebagai sebuah "Bandar Pendidikan" yang strategik dan pusat beli-belah barangan borong yang popular. Di Nilai terdapat 2 Kolej dan 2 Universiti terkenal iaitu Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Malaysia. 


Masjid Putra Nilai atau nama rasminya Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong, merupakan masjid kariah utama yang terletak di tengah-tengah pusat komersial Bandar Baru Nilai, N.S. Kami pernah singgah berhenti solat di Masjid ini pada 2012. 


Pasar Borong Nilai 3 : diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai pasr borong terbesar di Malaysia dan tersenarai sebagai salah satu daripada 9 Wonders of Negeri Sembilan

2018: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Foto kenangan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen anak sya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai pada 5 Oktober 2018. 
Rujuk: Zulheimy Maamor : 2018 - Bandar Baru Nilai, NS






Universiti Sains Islam Malaysia atau ringkasnya USIM dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Kampus di Nilai adalah Kampus utama manakala kampus di Pandan Indah Kuala Lumpur dikhaskan untuk pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan dan Fakulti Pergigian.
Penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) diwartakan pada 13 Mac 1998 dan dinaikkan ke taraf Universiti Penuh berkuatkuasa 1 Februari 2007 dengan nama baru Universiti Sains Islam Malaysia.
USIM telah dirasmikan pada 25 November 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).



Kami menginap di Nilai Hotel yang terletak di kawasan Putra Nilai, Bandar Baru Nilai, N.S. Hotel yang sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang mempunyai urusan di Nilai. Jarak ke Universiti Sains Islam Malaysia ialah 15 hingga ke 20 minit pemanduan. 
Status terkini (2026), hotel ini telah ditukar nama dan beroperasi sebagai N9 Business Hotel Sdn Bhd. 


Berhenti rehat di Hentian Rehat Nilai pada 18 Mei 2024 dalam perjalanan ke Kg.Semin, Lubok Cina, Negeri Sembilan. 

SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
Sendayan terletak di Barat Daya daerah Seremban, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Daerah Port Dickson. Sendayan juga terletak berhampiran dengan Labu, Niai dan KLIA.



Kenangan ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di Taman Sendayan Indah pada 29 Ogos 2015 anjuran Yayasan Jantung Malaysia. 



Kenangan ketika singgah solat Sunat Aidiladha di Masjid Seri Sendayan di Bandar Seri Sendayan, N.S pada 17 Jun 2014 ketika dalam perjalanan ke Kg. Semin, Lubok Cina, Negeri Sembilan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara saya. 
Masjid Seri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan merupakan sebuah masjid tercantik di Malaysia. Dirasmikan pada20 September 2019, masjid ini mampu menampung 5000 jemaah pada satu-satu masa.Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain.

Selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Sri Sendayan, kami meneruskan perjalanan ke Kg. Semin, Lubok China, N.Sembilan. Kami terus ke Tanah Perkuburan Kg. Semin untuk menziarahi pusara Abang Sulong kami Allahyarham Norajelan Bin Maamor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 April 2024 yang lalu. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
28 Mei 2026: 6.35 p.m

No comments: