Alor Gajah ialah salah satu daripada tiga daerah utama di Negeri Melaka, Malaysia yang terletak sekitar 24 kilometer dari pusat Bandaraya Melaka. Daerah ini merupakan pintu masuk utama ke Melaka dari arah utara melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Dalam Sejarah, Alor Gajah terkenal dengan penentangan Datuk Dol Said terhadap British antara tahun 1831 hingga 1832.
2015: KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA, ALOR GAJAH
Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalankan di Kolej Universiti Agrosains yang terletak di Alor Gajah, Melaka.
Rujuk: Zulheimy Maamor - 2015: Melaka - Alor Gajah & Bandar Hilir
Penubuhan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) bermula pada tahun 1960 yang pada asalnya dikenali dengan nama Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI)
Pada tahun 1973, RISDA mengambilalih institut tersebut dan menamakannya sebagai Sekolah Latihan RISDA. Ia dinaik taraf menjadi Kolej RISDA pada tahun 1999.
Pada 8 Disember 2014 Kolej RISDA dinaik taraf menjadi Universiti dan dinamakan Universiti College of Agroscience Malaysia atau ringkasnya UCAM.
Malang tidak berbau kenderaan kami mengalami kerosakan ketika melalui lebuhraya PLUS berhampiran Alor Gajah. Kami mendapat bantuan dari Unit PLUS yang memperbaiki kerosakan van kami namun mereka menasihati kami untuk mencari bengkel berhampiran kerana kerosakan itu memerlukan pembaikan dari pakar.
Urusan Tanah Pusaka di Pejabat Daerah dan Tanah di Alor Gajah Melaka pada 25 Mei 2021.
Urusan Tanah Pusaka (Tanah Getah) di Pejabat RISDA di Masjid Tanah, Melaka pada 7 Oktober 2014.
Hj Zulheimy Maamor
18 Mei 2026: 11.02 p.m






No comments:
Post a Comment