Sunday 5 August 2018

2018 - MASJID AZIZIAH KG KETIOR DALAM KUALA KANGSAR

PROGRAM : KOMUNITI 2018
TEMPAT : MASJID AZIZIAH, KG. KETIOR DALAM, KUALA KANGSAR, PERAK
TARIKH : 5 OGOS 2018


Pada 4 Ogos 2018, Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (YJM) bergerak dari pejabat kami di Jalan Semarak Kuala Lumpur menuju ke Kuala Kangsar,Perak untuk 3 program Kesihatan yang berlansung di Kuala Kangsar dan Teluk Intan. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar mengambil masa selama 2 jam 45 minit dengan perjalanan sejauh 245 km melalui lebuhraya Utara Selatan. 



Kami berhenti rehat di Hentian Rehat RTC, Gopeng, Perak untuk makan tengahari dan melepaskan lelah perjalanan jauh. 
Hentian Rehat RTC yang dibuka pada tahun 2012 bukan sekadar tempat hentian rehat, kewujudan AgroMall RTC Gopeng memberi peluang kepada pengguna lebuhraya membelibelah barang keperluan runcit disambil berehat dan menikmati hidangan yang pelbagai di hentian rehat ini. 

SAYONG RESORT
Kami menginap di Sayong Resort, yang terletak di Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak. 
Sayong Resort diasaskan oleh Allahyarham Dato' Seri Ismail Shahudin dan isteri beliau Datin Seri Azimah Othman pada tahun 2014. 


Allahyarham Dato' Seri Ismail Shahudin












Bilik 312 adalah bilik penginapan saya

Suasana yang tenang dan damai ini saya ambil pada jam 4.50 pagi, tiba-tiba terbangun pula...
Sayong Resort
No. 1, Persisiran Sayong
33000 Kuala Kangsar
Perak
Tel: 05-777 5001
Fax: 05-777 5003

KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar terletak di pinggir Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Sejarah nama Kuala Kangsar diambil dari pertemuan anak sungai iaitu Sungai Kangsar dengan Sungai Perak. Kuala Kangsar bermaksud kuala sungai yang kurang satu daripada bilangan 100, yang dikira dari Teluk Intan di hilir Sungai Perak, bermaksud Sungai Kangsar adalah sungai yang ke 99 dari Teluk Intan. 
Jadi Kuala Kangsar itu bermaksud Kuala kurang Sa (Satu) = Kuala Kangsar.. begitulah ceritanya.



Ketika melalui jalan masuk ke Sayong Resort kami telah melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah, yang menghubungkan pekan Kuala Kangsar dengan kampung Sayong ini telah dibuka dengan resminya Sultan Azlan Shah pada bulan Jun 2002. 
Jambatan yang jaraknya 330 meter ini memudahkan perjalanan harian penduduk Sayong ke Pekan Kuala Kangsar. 
Sebelum jambatan ini dibina, penduduk menggunakan perkhidmatan bot penambang bagi menyeberangi Sungai Perak. 


Yang paling popular di Kuala Kangsar ialah Labu Sayong, sejenis tembikar labu berwarna hitam. Labu Sayong pada suatu ketika dahulu hanyalah digunakan sebagai bekas untuk menyimpan air minuman. Orang tua dahulu menyimpan air dalam labu sayong kerana ianya mempunyai khasiat tersendiri iaitu dapat menyejukkan badan. Kini ianya hanya dijadikan sebagai bahan perhiasan dan cenderahati sahaja. 






Kali terakhir saya mengunjungi Kuala Kangsar ialah pada tahun 2003 ketika saya bersama keluarga bercuti di Taiping, Perak. Dalam Perjalanan pulang kami singgah di Kuala Kangsar. 
Masjid Ubudiah adalah antara masjid tercantik di Malaysia. Amat mudah melihat masjid ini kerana ia dibina di atas bukit dan di tepi jalan di Bukit Chandan. Ia telah dibina pada tahun 1910 oleh Sultan Perak dengan mengambil arkitek Inggeris. Ia bercirikan Morish. Bahan binaannya seperti marmar diimport dari Itali. Di dalamnya terdapat lampu chandelier yang cantik dan siling yang diukir dengan menarik.  Bersebelahan dengan masjid ini terdapat makam diraja.
Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. 

KEMPEN KESEDARAN PENYAKIT JANTUNG 
MASJID AZIZIAH, KG. KETIOR DALAM, KUALA KANGSAR
5 OGOS 2018
Saya dan Awareness Team dari Yayasan Jantung Malaysia, Kuala Lumpur telah menjalankan Program Pemeriksaan Kesihatan (Penyakit Jantung) di Masjid Aziziah, Kg. Ketior Dalam, Kuala Kangsar, Perak. 
Asal usul Kg. Ketior dikatakan diambil sempena nama sebatang pokok iaitu pokok Ketior (palaquium xanthochymum). Minyak biji ketior amat mujarab untuk dijadikan minyak urut. 








3 Otai TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) bertemu di Kg. Ketior Dalam, Kuala Kangsar, Perak dalam kempen ini. 

Selesai program pemeriksaan Kesihatan di Kg. Ketior Dalam, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan, Perak untuk program seterusnya. 

Bersambung ke :
2018 - TELUK INTAN, PERAK


2 comments:

Unknown said...

Nak minta izin ambil gambar masjid yea

zulheimymaamor.blogspot said...

Silakan