Tuesday, 12 May 2026

FRANCIS LIGHT


๐——๐—ถ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜. ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—˜๐—ฎ๐˜€๐˜ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—–๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐˜†. ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ-๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด. ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—™๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐Ÿฏ ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป.
Dia adalah lelaki biasa dari Suffolk yang dibuang Royal Navy yang jadi trader biasa mencari cari rezeki di Asia. Tapi seorang lelaki British biasa ni yang jadi punca banyak perang di Kedah, kelahiran kota Adelaide di Australia dan bantu Perang Candu yang ketagihkan 12 juta orang di China.Semua sebab janji kosong yang dia buat pada 1786 dengan Sultan Kedah.
. . .
๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ณ
Raff tulis pasal sejarah dunia yang ajar kita rahsia kewangan peribadi Malaysia. Kalau cerita macam ni bagi value, follow Raff ok?

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ฎ, ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Kedah bukan kerajaan kecil. Tamadun di Lembah Bujang dah wujud sejak tahun 110 Masihi. Angkor Wat yang popular di Cambodia baru wujud lepas 1100 tapi Kedah dah ada hampir 1,000 tahun lebih awal.
Kesultanan Kedah pula bermula 1136.
Pulau Pinang pun bukan tanah kosong yang Francis Light "jumpa."
Pelayar Melayu terkenal, Nakhoda Ragam dah panggil Pulau Pinang sebagai "Pulau Ka Satu" berabad lalu. Nahkoda Ragam ni ada yang cakap nama sebenar dia adalah Bolkiah Ibni Sulaiman, Sultan Brunei ke 6.
Cheng Ho petakan sebagai "Bฤซnglรกng Yว”" pada 1400-an.
Portugis pula tulis "Pulo Pinaom" dalam peta 1613.

๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿณ๐Ÿญ: ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต
Francis Light bukan diplomat atau pegawai East India Company ("EIC") dari Britain. Dia bekerja dengan Royal Navy 1759-1763 sebagai midshipman je, tak pernah jadi pegawai bertauliah. Kiranya training nak jadi pegawai tapi dia gagal.
Lepas dibuang kerja, Francis Light cuba cari rezeki di Madras sebagai country trader di bawah lesen syarikat Jourdain Sullivan & de Souza. Dia hanyalah seorang lelaki muda British tanpa keluarga yang cari rezeki di Asia.
Country trader.
Ingat istilah ni. Sebab nanti dia akan jadi kunci kepada apa yang jadi pada Kedah & Pulau Pinang.
Francis Light sampai Kuala Kedah pada 1771. Dia belajar bahasa Melayu & mula cari cara untuk rapat dengan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II yang berkuasa selama 68 tahun.
Bila Sultan Muhammad Jiwa wafat 1778 dan anaknya Sultan Abdullah Mukarram Shah naik takhta, Francis Light dah 7 tahun jadi orang yang dipercayai keluarga diraja Kedah.
Tapi waktu ni, Sultan baru hidup dalam ketakutan. Bunga emas kena dihantar ke Bangkok tiap tahun dan Burma di utara pun sering mengancam.
Jadi Sultan betul-betul perlu pelindung dan Francis Light kebetulan ada di sebelahnya pada saat dia paling lemah.
Tapi nanti dulu. Sebelum sambung, kita kena tahu apa yang berlaku jauh di seberang lautan.

๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿด๐Ÿฏ
Pada waktu ni, perang Revolusi Amerika bermula dan pada 1783, Britain kalah dan hilang 13 koloni di Amerika. EIC waktu ni tinggalkan dengan hutang £28 juta (RM31 bilion dalam duit hari ni. Bayangkan satu syarikat hutang sebesar tu).
Tapi rakyat London masih nak teh China. Memang teh China ni tengah viral waktu zaman ni. Semua orang nak minum. Seorang di London secra purata belanjakan 5% pendapatannya untuk teh setiap tahun.
Masalahnya, China tak nak apa-apa yang Britain jual. China waktu ni hanya nak perak dan Britain tiada stok perak yang cukup waktu ni.EIC kena cari penyelesaian cepat.
Jawapannya adalah jual candu dari Bengal ke China yang ada demand yang tinggi. Tapi untuk hantar candu, EIC perlukan satu pelabuhan pertengahan antara India dan China.
Yang tiada kastam.
Tiada pemeriksaan.
Tiada soalan.

๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿด๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ: ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ
Francis Light dah cadangkan Penang kepada EIC sejak 1771. Pada masa tu mereka tolak. Lepas hilang Amerika, idea Francis Light jadi menarik tiba-tiba.
Francis Light kembali ke Kedah pada Julai 1786 dengan kapal Eliza dan 150 askar. Waktu ni dia dah ada keluarga di Kuala Kedah.
Dia jumpa Sultan Abdullah dan buat satu janji. EIC akan lindungi Kedah dari Siam dan Burma kalau Sultan benarkan British masuk Pulau Pinang.
Sultan tak yakin pasa asalnya. Tapi Francis Light sahabatnya selama 15 tahun. Jadi pada 9 Julai 1786, Sultan tandatangan satu perjanjian dengan Light. Masalahnya, Francis Light tak discuss pun benda ni dengan EIC dari awal.
EIC sebenarnya dah tolak syarat perlindungan tentera di Calcutta. Francis Light masih buat janji dengan Sultan Abdullah untuk sesuatu yang dia tahu EIC takkan tunaikan.

๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿด๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น
Sebulan kemudian, Francis Light naik ke Pulau Pinang tanpa berunding dengan EIC berunding. Lepas tu, dia tukar nama Pulau Pinang jadi Prince of Wales Island dan bina kubu yang dia namakan Fort Cornwallis.
Untuk bersihkan hutan di Pulau Pinang ni dulu dan tarik penduduk masuk, ada yang bercerita yang Francis Light ni isi meriam dengan duit syiling perak dan tembak ke dalam hutan. Sesiapa yang mahu syiling tu, kena tebas hutan dulu cari.
Dalam 6 tahun, populasi naik dari 58 ke 10,000. Kapal yang masuk pelabuhan naik dari 85 pada tahun 1786 ke 3,569 pada tahun 1802.

๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿต๐Ÿฌ-๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿต๐Ÿญ: ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ
Pada 1790, Siam serang Kedah. Ketakutan terbesar Sultan Abdullah akhirnya jadi kenyataan.
Sultan hantar utusan tergesa ke Penang minta bantuan tentera. Jadi, Light pun hantar permintaan tu ke Calcutta tapi EIC tolak.
Mereka takkan berperang dengan Siam untuk Kedah. Sultan cuba ambil semula Penang dengan tentera Kedah, dibantu armada dari Riau, Siak, Selangor.
Francis Light buat preemptive strike dengan 3 kapal perang. Armada Sultan kalah teruk di Seberang Perai. Musnah la 15 tahun persahabatan akibat satu janji kosong Francis Light dengan Sultan Abdullah.
Pada 1 Mei 1791, Sultan Abdullah dipaksa tandatangan perjanjian baru.
Antara syarat perjanjian untuk EIC terus simpan Pulau Pinang ialah:
- EIC akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
- EIC tidak boleh melindungi musuh Kedah.
- EIC akan membayar sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah sebagai pampasan.

1๐Ÿณ๐Ÿต๐Ÿฐ: ๐—Ÿ๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ
Francis Light mati di Penang pada 21 Oktober 1794 akibat malaria iaitu lapan tahun lepas dia ambil pulau pada umurnya 54 tahun.
Dia tak sempat nampak keseluruhan kerosakan yang dia tinggalkan.
Yang menarik tentang Francis Light selepas mati adalah patung Light yang berdiri di Fort Cornwallis hari ni, yang ramai pelancong tangkap gambar dengannya, sebenarnya bukan muka Francis Light.
Itu adalah muka anak Francis Light, William. Sebab tiada potret Francis Light yang pernah dijumpai. Pemahat patung tu pakai muka anaknya sebagai rujukan.
Anak Francis Light tu, William, yang lahir di Kuala Kedah pada 27 April 1786, kemudiannya jadi tentera British. Dia berhijrah ke Australia, jadi Surveyor General pertama negeri South Australia dan dia yang rancang serta bina bandar Adelaide pada 1837.

๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿญ๐Ÿต: ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ
Pada 1800, EIC datang dan ambil lagi kawasan Kedah. Province Wellesley, kawasan yang sekarang kita panggil Seberang Perai, ditambah kepada koloni.
EIC naikkan bayaran ke Sultan Abdullah dari 6,000 dollar ke 10,000 dolar Sepanyol.
Pada 1803, Perang Napoleon bermula di Eropah dan akhirnya Pulau Pinag jadi pangkalan tentera laut British yang kritikal untuk lindungi laluan India-China dari armada Perancis. Stamford Raffles yang berkhidmat di Penang dari 1805, juga belajar bahasa Melayu sebelum ambil Singapura pada 1819.
Di sebalik tabir, laluan candu melalui Penang semakin besar dan semakin laju.

๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฎ๐Ÿฌ-๐—ฎ๐—ป: ๐Ÿต๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป
900 tan candu Bengal mengalir dari India ke China setiap tahun melalui laluan yang melepasi Penang. Antara 1730 dan 1830, jumlah candu yang masuk ke China meningkat 20,000 peratus!!!
Dari 1821 hingga 1830, EIC belanjakan £19 juta untuk barangan China yang mana 90% untuk teh. Kiranya hampir RM12 bilion dalam nilai duit hari ni habis untuk teh je. Dan setiap teh dibayar dengan perak yang datang dari jual candu kepada rakyat China.

๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฎ๐Ÿญ: ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ
Pada Oktober 1821, Phraya Nakhon Noi, Gabenor Ligor (wakil Siam), kumpulkan armada 7,000 askar di Trang dan Satun. Dia pura-pura nak serang Burma di Mergui. Dia mintak Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, cucu Sultan Abdullah, sediakan bekalan makanan untuk armada tu.
Sultan curiga. Bekalan tak dihantar.
Pada 12 November 1821, Nakhon Noi tukar arah. Belayar terus ke Kuala Kedah. Pada hari yang sama, Kuala Kedah, Langkawi, dan Alor Setar diserang serentak.
Kota Kuala Kedah jatuh dalam 6 hari. Rakyat yang tak sempat lari, kaki mereka ditebuk di buku lali, diikat dengan rotan dan dimuatkan ke dalam kapal perang Siam sebagai hamba.
Tengku Yaacob, putera Sultan Ahmad, diculik dan dibawa ke Bangkok.

๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฎ๐Ÿฎ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ
Sultan Ahmad Tajuddin lari ke Penang untuk berlindung bersama 10,000 rakyar Kedah yang ikut sama.
Bayangkan sekejap.
Penang dicuri dari nenek moyang mereka 35 tahun sebelum tu. Sekarang mereka lari ke pulau yang sama untuk berlindung. Cucu Sultan yang ditipu, tinggal sebagai pelarian di atas tanah yang dicuri dari atuknya.
Sejarah memang ada cara dia sendiri untuk tulis ironi.

๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ
Mengikut perjanjian yang Light buat dengan moyang Sultan Ahmad Tajuddin 35 tahun lalu, British sepatutnya bertindak. Tapi British buat sesuatu yang lebih teruk daripada tak buat apa-apa.Pada 1826, British tandatangan Burney Treaty dengan Siam.
Mereka akui Kedah sebagai wilayah Siam secara rasmi. Bertahun-tahun rakyat Kedah lari ke Penang untuk berlindung dari musuh mereka, mereka rupa-rupanya tinggal di bawah perlindungan kerajaan yang satu hari akan akui musuh tu sebagai pemilik sah negeri mereka.

๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฏ๐Ÿฌ-๐—ฎ๐—ป: ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ
Sementara Kedah hancur, di Penang sendiri ada satu tragedi yang berlaku serentak.
Orang Cina yang dibawa masuk sebagai buruh ke Penang untuk kerja di lombong dan ladang, kemudiannya jadi pengguna candu tempatan. Lesen rumah candu jadi sumber utama pendapatan kerajaan kolonial Penang sepanjang abad ke-19.
Kerja kerja kotor untuk Britain.Ketagih candu Britain.
Bayar cukai kepada Britain untuk pengsan dalam rumah candu Britain.

๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฏ๐Ÿด-๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฏ๐Ÿต: ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ
Rakyat Kedah cuba lawan balik berkali-kali.
1823.
1828.
Pada 1831, Tengku Kudin sempat ambil semula Alor Setar selama 4 bulan.
Dari 1838 hingga 1839 pula, Tengku Muhammad Said kumpulkan 10,000 askar Melayu dari serata Tanah Melayu, hancurkan armada Siam di Sungai Merbok, tawan kota Kedah dan serang kem askar di Siam.
Mereka masuk Perlis, Trang dan kepung Songkhla 3 bulan.
Tapi British buat pengkhianatan ketiga: mereka sekat pantai Kedah untuk halang bekalan sampai. Pemberontakan kalah sebab British secara aktif memihak Siam.'

1๐Ÿด๐Ÿฐ๐Ÿฎ: ๐——๐˜‚๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Di waktuTengku Muhammad Said berperang melawan Siam, di China ada perang yang lain yang jadi.
Raja dari Dinasti Qing hantar pesuruhjaya khas ke Canton. Lin Zexu rampas 20,000 peti candu British, campurkan dengan kapur dan buang ke laut.
Britain pun jawab dengan perang.
Perang Candu Pertama 1839-1842 meletus. Britain berperang untuk pertahankan hak mereka menjual candu kepada rakyat China. Kapal perang Britain dengan teknologi era perindustrian hancurkan armada China.China kalah teruk.
Melalui Perjanjian Nanking 1842, China dipaksa buka 5 pelabuhan baru, bayar 21 juta dolar perak (RM3 bilion hari ni untuk satu perang yang Britain sendiri mulakan) dan serahkan Hong Kong.
Tahun yang sama, Sultan Ahmad Tajuddin akhirnya diizinkan balik ke Kedah selepas 21 tahun perang. Tapi Siam dah pecahkan Kedah jadi 4 wilayah pada 1841.
Sultan hanya dapat satu suku. Bila dia balik ke Alor Setar pada Jun 1842, kota tu dah ditutupi hutan rimba. Jadi dia terpaksa pindahkan ibu kota ke Kota Kuala Muda.
1842 -  Satu kerajaan Melayu hancur. Satu kerajaan China hancur. Dua-dua kalah kepada Britain pada tahun yang sama.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ-๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ
Bagi Raff, ni la sebab cerita macam ni penting.
Sekolah ajar kita sejarah sebagai senarai peristiwa.
  • Bujang Valley 110 CE.
  • Kesultanan Kedah 1136.
  • Penang 1786.
  • Perang Candu 1839.
Satu demi satu, macam tarikh dalam buku Sejarah Tingkatan 3 yang kita hafal untuk peperiksaan dan lupa lepas tu.
Tapi sejarah bukan macam tu. Sejarah adalah jaringan cerita yang berkait. Setiap peristiwa adalah simpulan dalam rantaian besar yang kalau kita tarik satu hujung, kita boleh nampak hujung lain bergerak.
Bila kita tengok sejarah satu-satu, dia rasa macam coincidence.
Bila kita tengok semuanya sekali, dia rasa macam rancangan.

๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป
Sultan Abdullah tak salah dalam percaya Francis Light, seorang yang fasih bahasa Melayu dengan 15 tahun persahabatan. Anak sulungnya pun dilahirkan di Kuala Kedah.
Tapi sistem yang Sultan ada tak mampu lindungi diri dari janji peribadi yang tak diiktiraf orang lain yang lebih berkuasa. Dan pengkhianatan tu bukan berlaku sekali. 1786. 1791. 1826. 1838. Empat kali dalam 52 tahun untuk tiga generasi keluarga diraja.
Sistem berstruktur lebih kuat dari kepercayaan peribadi. Itulah pelajaran yang selalu berulang.
Save post ni untuk baca balik bila kita tertanya kenapa Penang dan Kedah ada jurang ekonomi sebesar ni walaupun rakyatnya dari susur galur yang sama.
Sejarah bukan beban tapi pelita.
Raff Abdullah.

C&P
12/5/2026: 11.03 a.m

No comments: