Kampar terletak di negeri Perak kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah. Kampar diisytiharkan sebagai daerah yang ke 10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlah Shah Ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak ketika itu.
Nama Kampar mempunyai persamaan dengan nama Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini ialah kerana kedatangan orang Kampar (Indonesia) paling ramai berlaku pada tahun 1880 - 1900. Oleh kerana itu Kampar adalah bersempena nama Kampar di Indonesia.
2012: TAMAN ROS, KAMPAR
Foto Kenangan Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Luar Bandar anjuran Yayasan Jantung Malaysia berlansung di Taman Ros, Kampar pada 9 September 2012.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2012 - Taman Ros, Kampar, Perak
Ketika program kami menginap di Rumah Rehat Kampar yang terletak di Jalan Baru, Kampar, Perak. Salah satu penginapan ikonik milik Majlis Daerah Kampar yang menawarkan suasana tenang serta kemudahan seperti kolam renang luaran dan bilik penginapan yang selesa.
Terkini (2026), lokasi ini telah dijenamakan semula dan beroperasi sepenuhnya dibawah nama baharu iaitu Hotel De Cassia.
2015 : TAMAN ROS, KAMPAR
Sekali lagi pada 12 April 2015, kami menjalankan Program Kesedaran Penyakit Jantung di Taman Ros, Kampar, Perak.
Kali ini kami menginap di Grand Hotel Kampar yang terletak di Jalan Timah, Bandar Baru Kampar.
2013: KG. PISANG & KELLIE'S CASTLE, BATU GAJAH, PERAK
Foto Kenangan ketika saya dan keluarga menghadiri Majlis Perkahwinan saudara sebelah isteri di Kg. Pisang, Batu Gajah, Perak pada 10 Februari 2013.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2013 - Kg. Pisang & Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak.
KG PISANG, BATU GAJAH
Kg Pisang di Batu Gajah amat sinonim dengan mercu tanda peninggalan penjajah iaitu Kellie's Castle yang kini menjadi tumpuan pelancong ke negeri Perak.
Kampung Pisang Batu Gajah dijadikan latar untuk filem "Zombi Kampung Pisang" yang diterbitkan pada 2007.
.jpg)
Istana Kellie atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak.
Dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bagaimana pun bangunan itu tidak dapat disiapkan setelah William Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon,Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' kini telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Lokasi ini pernah menjadi lokasi utama penggambaran filem Hollywood terkenal "Anna and The King" pada tahun 1999.
2016: AEON MALL IPOH KLEBANG
Foto kenangan ketika Program "Minggu Jantung Ipoh 2016" yang berlansung selama 5 hari di AEON Mall Ipoh Klebang bermula dari 6-10 April 2016.
Rujuk: Zulheimy Maamor : 2016 - Ipoh Klebang dan Chemor
Klebang terletak di utara bandar Ipoh, selatan pekan Chemor di Negeri Perak.Chemor terletak berhampiran Tg.Rambutan, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Tasek, Ipoh.
Sehingga awal 80'an dahulu, Chemor tersenarai sebagai dalah satu kawasan hitam di Malaysia.
Kini Pekan Chemor mempunyai banyak pembaharuan dan akan maju menjelang Wawasan 2020. Pasaraya Mydin Meru Raya, Aeon Ipoh Klebang dan Econsave Klebang dibina bagi memudahkan penduduk membeli belah di sana.
2016: SEK.KEB. TANAH HITAM, CHEMOR, PERAK
Kenangan Program Komuniti di Sek.Keb. Tanah Hitam, Chemor, Perak pada 1 Oktober 2016.
Ketika program di Tanah Hitam, kami menginap di Abby Hotel Kanthan, Chemor, Perak. Hotel bertaraf 2-bintang terletak di kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, Perak.
Tanah Hitam terletak ke utara dari Ipoh Klebang, berhampiran dengan pekan lama Chemor dan kawasan Changkat Kinding. Ianya merupakan salah sebuah Kampung Baru Cina (New Village) yang diwujudkan pada zaman Darurat.
Foto ini ialah ketika Van kami mengalami kebocoran tayar ketika sampai di Behrang, Perak dalam perjalanan ke Alor Setar pada 2 Julai 2012. Oleh kerana kenderaan yang kami gunakan ialah Westar jadi agak sukar mencari tayar yang sepadan. Kami cari di merata bengkeal dari Bidor hingga ke Slim River, Perak.
Hentian Rehat Sungai Perak adalah antara destinasi rehat yang sering menjadi pilihan kami apabila kami membuat perjalanan ke Utara. Ia adalah salah satu hentian rehat paling ikonik di Lebuhraya PLUS, terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak.
Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah merupakan salah satu hentian lebuhraya terbesar paling sibuk di sepanjang Lebuhraya PLUS. Terletak di daerah Tapah, Perak, hentian ini menjadi lokasi persinggahan utama bagi pemandu ke utara.
Bandar Seri Iskandar merupakan sebuah bandar terancang yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran bagi Daerah Perak Tengah, Perak. Terletak kira-kira 40 km ke barat daya bandar raya Ipoh, bandar ini terkenal dengan julukan "Bandar Ilmu" kerana kepesatan pembangunannya yang dipacu oleh sektor pendidikan tinggi. Antara Pusat Pendidikan yang terdapat di bandar ini ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Vokasional Seri Iskandar dan IKBN Seri Iskandar.
Kampung Batu 8 Lekir,sebuah perkampungan tradisional Melayu yang terletak di dalam Mukim Lekir, Daerah Manjung (Sitiawan) Perak. Kawasan ini adalah jalan utama yang menghubungkan Sitiawan dengan Teluk Intan. Masjid Al-Rahmaniah dibukan seawal pembukaan kampung sekitar tahun 1798 Masihi.
Hentiah Rehat Rural Transformation Centre (RTC) Gepeng merupakan sebuah hub integrasi unik yang menggabungkan fungsi Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya dengan pusat perkhidmatan agromakanan serta agensi Kerajaan.
Terletak di KM 16,Jalan Gopeng, Kampung Kepayang, Perak, berhampiran dengan susur keluar Plaza Tol Gopeng.
Hentian Rehat Simpang Pulai adalah hentian lebuh raya yang terletak di KM 290.9 Lebuhraya PLUS Perak. Terletak berhampiran dengan persimpangan keluar ke Cameron Highlands dan Ipoh.
Kampung Seri Kaya yang terletak di Bota Kiri, Perak adalah kampung Ayah isteri saya. Sebuah perkampungan Melayu tradisional ikonik yang kaya dengan khazanah seni bina warisan Melayu Perak.
Foto yang dikongsikan memaparkan sebuah struktur Rumah Tradisional Perak yang sangat gah, dicat dengan warna hijau terang yang menonjol serta dilengkapi tingkap kayu berona biru muda.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
15 Mei 2026: 4.48 p.m








.jpg)















No comments:
Post a Comment