Johor Bahru banyak meninggalkan kenangan manis bagi saya. Kali pertama menjejak kaki ke Johor Bahru ialah pada tahun 1981 apabila saya mendapat arahan bertukar tugas ke KD Ganas di Woodlands, Singapura.
Saya bersama rakan menaiki keretapi dari Ipoh ke Johor Bahru, sebelum dibawa dengan Trak tentera ke Woodlands. Kami turun di Stesen Keretapi Johor Bahru.
Foto kenangan Stesen Keretapi Johor Bahru yang lama dan juga Flat Lumba Kuda yang telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan CIQ Comples di Johor Bahru.
Johor Bahru tahun 1981
2012: JUSCO CITY JB
Kenangan ketika mengendalikan program Pemeriksaan Kesihatan di JUSCO Tebrau City (Sekarang AEON Tebrau City) di Johor Bahru dari 21-26 Februari 2012
Blog : 2012: AEON TERBRAU CITY
2013: MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JB
Program Kesihatan Peringkat Sekolah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada 16-17 April 2013. Dulu dikenali dengan nama English College (EC) ditubuhkan pada 21 Mac 1914.
Hotel CIQ di Tanjung Puteri Johor Bahru dimana kami menginap, terletak di Jalan Lumba Kuda, Tanjung Puteri, Johor Bahru
Foto ini diambil dari Hotel CIQ Johor Bahru
2013 : AEON BUKIT INDAH, JB
Program Minggu Jantung di AEON Bukit Indah, Johor Bahru dari 7-9 Jun 2013.
Princeton Hotel dimana kami menginap ketika Program di AEON Bukit Indah yang terletak di Jalan 15/2 Bukit Indah, Johor Bahru. Jaraknya lebih kurang 500 meter dari AEON Mall Bukit Indah.
Kenangan Pasaraya TESCO yang kini dijenamakan semula sepenuhnya kepada Lotus's Store (Malaysia) Sdn Bhd pada 2021.
SUNWAY COLLEGE JOHOR BAHRU (2016/2017/2018)
Foto kenangan 3 tahun berturut-turut buat program Kesihatan di Sunway College Johor Bahru, pada 2016, 2017 dan 2018.
Sunway College adalah sebahagian daripada Sunway Education Group dan ditubuhkan pada tahun 2004.
2016:Sunway College
2017: Sunway College
2018: Sunway College
2017: Vistaria Hotel dimana kami menginap
2018: Vistaria Hotel, disini kami menginap
2016: TAMAN PLENTONG UTAMA
Plentong adalah sebuah daerah di Johor Bahru yang merangkumi Permas Jaya dan Pasir Gudang. Ia bermula sebagai penempatan Kangchu yang dikenali sebagai Tey Chu Kang pada tahun 1859. Pemeriksaan Kesihatan dijalankan oleh Yayasan Jantung Malaysia pada 15 Oktober 2016.
2017: AEON TEBRAU CITY
Saya dan rakan sekerja menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di AEON Tebrau City pada 7 Februari 2017.
2017: ERICA HOTEL & JB SENTRAL
Pada 16 April 2017, saya dan 2 orang kakak saya (Kakngah & Kaklang) menginap di Erica Hotel yang terletak di Tanjung Puteri, Johor Bahru. Kami dalam perjalanan untuk menziarahi Bapa Saudara kami (Pak Usu) yang menetap di Clementi Avenue di Singapura. Kami akan ke sana pagi esok menaiki keretapi dari JB Sentral.
JB Sentral adalah hub pengangkutan bersepadu utama di Johor Bahru yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Ia berfungsi sebagai terminal keretapi, stesen bas dan pintu masuk utama ke Kastam, Imigresen dan Kuarantin.
Pemandangan di hadapan Hotel Erica dimana kami menginap. Suasana meriah diwaktu malam di Tanjung Puteri, Johor Baru. Dengan kehadiran Food Trucks di hadapan hotel memudahkan kami untuk mencari makan malam.
Kawasan ini sememangnya terkenal sebagai tempat santai pada waktu malam bagi warga JB dan pelancong.
2017/2018: AEON PERMAS JAYA
Program Heartweek di AEON Permas Jaya pada 1-5 November 2017 dan 14-18 November 2018.
- 2017 - AEON PERMAS JAYA
- 2018 - AEON PERMAS JAYA
Bandar Baru Permas Jaya adalah merupakan kawasan perindustrian dan perumahan yang terletak dalam daerah Plentong, Johor Bahru dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru.
2017: AEON PERMAS JAYA
2018: AEON PERMAS JAYA
Hotel dimana kami menginap ketika program di AEON Permas Jaya.
2017: KILANG BATERI
Ketika selesai program di AEON Mall Permas Jaya pada 10.00 malam, saya dan rakan-rakan sempat singgah makan dan santai-santai di Kilang Bateri di Tampoi, Johor Bahru. Sangat popular suatu ketika dahulu yang menggabungkan konsep industri, vintaj dan urban di bawah satu bumbung.
Asalnya dulu adalah Kilang Bateri Eveready yang telah diubahsuai untuk jadikan kawasan istirehat dan santai.
Malangnya, ianya telah ditutup secara rasmi sekitar 2019 untuk tujuan pembangunan.
2018: Kilang Bateri
2018: DANGA BAY, J.B
Danga Bay, dahulunya dikenali dengan Pantai Lido, suatu ketika dahulu adalah berkelah paling popular bagi warga Johor dan warga Singapura. Otai-otai Navy 80'an pasti banyak kenangan di Pantai ini.
Laman Mahkota Istana Bukit Serene tersergam indah di pintu gerbang kediaman rasmi DYMM Sultan Johor dikenali sebagai Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Terletak berhadapan dengan Danga Bay di Jalan Straits View.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,K.L
8 Mei 2026: 10.42 p.m


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)




.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment