Saturday, 16 May 2026

FOTO KENANGAN: KEDAH : SUNGAI PETANI, KOTA KUALA MUDA DAN PULAU SAYAK

Sungai Petani adalah bandar terbesar di negeri Kedah. Terletak 370 km ke Kuala Lumpur dan 50 km ke Alor Setar.

2014: CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI
Kenangan Program "Minggu Jantung Sungai Petani 2014" yang berlansung di Central Square Sungai Petani dari 26 - 30 Marhc 2014.






Kami menginap di D'Vista Hotel di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani. Hotel 3-bintang terletak berdekatan dengan pusat beli-belah Central Square dan Menara Jam Sungai Petani. 

Maklumat terkini (2026) hotel ini telah ditukar nama kepada Merilton Hotel.

2017: MSU COLLEGE, SUNGAI PETANI
Program Kesedaran Penyakit Jantung berlansung di MSU College di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani Kedah pada 15 Februari 2017. 





Foto Kolaj memaparkan pemandangan dan bangunan ikonik di sekitar Bandar Sungai Petani, Kedah yang dirakan pada Februari 2014. 
Antara yang kelihatan ialah bangunan bersejarah Bank HSBC (1922),Balai Polis Lama Sungai Petani (1941) dan Menara Jam Sungai Petani (1936). 


Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ialah pintu masuk darat utama di utara Semenanjung Malaysia yang menghubungkan negeri Kedah dengan pekan Danok di Sadao, Thailand. Kompleks ini berfungsi sebagai hab kawalan sempadan penting untuk urusan pasport, pengisytiharan kastam serta pemeriksaan kenderaan dan barangan komersial.
Kenangan ketika melepasi Kompleks Kastam ini dalam perjalanan ke Songkhla dan Hatyai pada 2002. 
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2002 - Hatyai & Songkhla



Galeri Tsunami Kota Kuala Muda terletak di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda, Kedah.Ianya dibina khas untuk memperingati kesan malapetaka ombak besar tsunami yang membadai pesisir pantai negeri Kedah pada 26 Disember 2004 akibat gempa bumi di Lautan Hindi. 
Tugu ini menggabungkan 26 bot nelayan yang rosak akibat badai ombak tersebut. Angka 26 dipilih bagi menyimbolkan tarikh berlakunya tragedi tersebut. Beberapa runtuhan rumah asal penduduk tempatan kekal dipelihara dalam struktur asal di sekitar kawasan kompleks. 


Gunung Jerai terletak di sempadan daerah Gurun dan Yan di bahagian barat negeri Kedah. Manakala Gunung Keriang ialah bukit batu Kapur berbentuk seperti gajah yang tegak terpencil di tengah-tengah hamparan sawah padi rata di Alor Setar. 


Foto kenangan ketika saya menghadiri Program Kesihatan di Sungai Petani pada 18 Februari 2014, dimana sahabat saya Osman Desa, yang pernah berkhidmat satu kapal dengan saya di KD Ganas pada tahun 1981 di Woodlands, Singapura telah menjemput saya di hotel penginapan di D'Vista Hotel Sungai Petani dan membawa saya makan malam di Yusof Mee Udang yang popular di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah. Ia adalah antara destinasi kuliner tepi pantai yang ikonik dan popular di utara Semenanjung Malaysia. 
Lokasinya hanya sekitar 15 minit pemanduan dari tapak bersejarah Galeri Tsunami Kota Kuala Muda atau Pusat Peranginan Pantai Merdeka. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
16 Mei 2026: 10.12 p.m




No comments: