IPOH, PERAK
Ipoh ialah ibu negeri bagi Perak Darul Ridzuan dan merupakan pusat pentadbiran, ekonomi serta pelancongan utama di wilayah utara Semenanjung Malaysia.
Asala nama daripada pokok Ipoh yang mempunyai getah beracun. Sering dipanggil sebagai "Bandar Raya Bougainvillea" atau "Bandara Raya Gunung".
Ipoh sinonim dengan Ipoh White Coffee, minuman ikonik yang dibakar secara tradisional dengan mentega.
FOTO KENANGAN SAYA DENGAN BANDAR IPOH
2012: AEON KINTA CITY
Kempen "Minggu Jantung Ipoh 2012" anjuran Yayasan Jantung Malaysia di Pusat Membelibelah AEON Kinta City, Ipoh bermula 19 Jun 2012 hingga 24 Jun 2012 dengan kerjasama Lions Club Ipoh.
AEON Kinta City dibuka secara rasmi pada tahun 1997 dengan nama Kinta City Shopping Centre. Penyewa utamanya ialah JUSCO (kini AEON), merupakan pusat membelibelah terawal di Ipoh. Pada 2012, namanya ditukar menjadi AEON Mall Kinta City.
Kinta City adalah sebuah kawasan perumahan dan komersial terletak di timur pusat bandar raya Ipoh. Diambil sempena nama Daerah Kinta dan Lembah Kinta yang merupakan pusat perlombongan bijih timah terkaya di dunia.
Sepanjang program Minggu Jantung di AEON Kinta City, kami telah menginap di Fair Park Hotel yang terletak di Jalan Kamaruddin Isa. Hotel bertaraf 2 bintang ini merupakan salah satu penginapan kos rendah yang sangat popular di kawasan ini. Jaraknya dengan AEON Kinta City ialah sekitar 3.8 km.
2018: HILLCITY HOTEL, GUNUNG RAPAT, IPOH
Saya dan rakan sekerja menginap di Hillcity Hotel yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh sebelum program Kesihatan di Kg.Pos Brooke Lama di Gua Musang, Kelantan pada 11 Ogos 2018.
Rujuk: Zulheimy Maamor : 2018 - Ipoh/Gua Musang/Cameron Highland
Mengimbau kenangan menginap di Hillcity Hotel & Condo yang terletak di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Jalan Gopeng), Gunung Rapat, Ipoh, Perak pada 10 Ogos 2018.
Terletak bertentangan dengan bukit Batu Kapur dan sangat hampir dengan gua terkenal seperti Tokong Gua Sam Poh Tong dan Gua Kek Lok Tong.
Maklumat terkini sekitar 2024, hotel ini telah ditutup akibat kesan pandemik COVID-19. Namun kediaman Hillcity Condominium masih dihuni.
Gunung Rapat mengambil sempena bukit-bukit Batu Kapur yang rapat-rapat dan mempunyai gua-gua klasik didalamnya. Hampir semua gua-gua ini dijadikan penempatan kaum Cina dan tokong yang stragik untuk tujuan perlancongan. Limau Tambun dijual di sepanjang jalan berhadapan dengan Taman Soon Choon dan Taman Taufik.Kawasan Petempatan dibina kira kira pada tahun 1957.Kampung ini pernah ditadbir oleh kerajaan british . Jumlah penduduk di Gunung Rapat telah meningkat ke 3880 orang pada tahun 2010. Penduduk Cina di sini merangkumi 43% manakala penduduk melayu merangkumi 40%.
Disebelah malam, kami keluar untuk makan malam di Meru Raya, Ipoh sambil bersiar-siar menikmati keindahan bandar Ipoh.
Bandar Meru Raya terletak di utara Bandaraya Ipoh dan pekan terdekat adalah Jelapang dan Chemor.
2018: AEON MIDTOWN FALIM, IPOH
Kenangan Progam Pemeriksaan Kesihatan anjuran Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama Tokio Marine Life Insurance Malaysia Berhad. Program 2 hari ini berlandung di AEON Midtown Falim di Ipoh, Perak.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2018 - AEON Midtown Falim,Ipoh, Perak
AEON Midtown Falim terletak di Taman Mas Jaya, Ipoh, Perak dibuka pada 18 Disember 2015, 2 bulan selepas pembukaan AEON Mall Ipoh Klebang. AEON Midtown Falim terletak juga bersebelahan dengan AEON Big Falim.
Kenangan menonton filem "PASKAL" di AEON Midtown Falim Cinema.













No comments:
Post a Comment