1991: PULAU LANGKAWI, KEDAH
Pulau Langkawi di Kedah diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Pulau yang kaya dengan lagenda dan sejarah ini merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau dimana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 1991 (LIMA LANGKAWI 1991) pertama kali dilancarkan pada 11 November 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Saya antara terlibat dengan LIMA Langkawi 1991 ketika berkhidmat di Kapal TLDM KD Lekir tahun 1991.
Dataran Helang, Tasik Dayang Bunting dan Makam Mahsuri merupakan mercu tanda ikonik di Pulau Langkawi.
Rujuk: Wikipedia - Mahsuri
2012: KUALA NERANG, KEDAH
Program Kesedaran Penyakit Jantung kali ini berlansung pada 22 September 2012 bertempat di Dewan UMNO Kuala Nerang, Kedah dengan Kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Lincoln University College dan Persatuan Diabetes Malaysia. Salah seorang setaf YJM berasal dari daerah ini.
Kuala Nerang merupakan sebuah bandar utama yang terletak dalam daerah Padang Terap, Kedah. Jarak Kuala Nerang dengan Kuala Lumpur adalah 461 km, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam 35 minit.
Dalam perjalanan ke Kuala Nerang, kami melalui Pendang, Kedah
Program Kesedaran Penyakit Jantung kali ini berlansung pada 22 September 2012 bertempat di Dewan UMNO Kuala Nerang, Kedah dengan Kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Lincoln University College dan Persatuan Diabetes Malaysia. Salah seorang setaf YJM berasal dari daerah ini.
Seramai 102 orang penduduk Kuala Nerang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan oleh YJM.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2012 - Kuala Nerang, Kedah
Sepanjang program kami menetap di Terap Inn Kuala Nerang. Terap Inn Kuala Nerang terletak 500 meter dari pekan Kuala Nerang, Kedah mempunyai 16 buah bilik dan satu bilik VIP. Terap Inn dimiliki oleh Majlis Daerah Padang Terap.
2013: LUBOK MERBAU & NAKA, KEDAH
Pada 5 dan 6 Januari 2013, saya dan team Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program Kesedaran Penyakit Jantung di Lubok Merbau dan Naka di Kedah. Kami menginap di Terap Inn di Kuala Nerang, Kedah.
- Zulheimy Maamor: 2013 - FELDA Lubok Merbau, Kedah
- Zulheimy Maamor: 2013 - Pekan Naka, Kedah
Lubok Merbau merupakan sebuah kawasan penempatan dan pekan yang terletak di dalam Daerah Padang Terap, Kedah. Kawasan ini paling dikenali melalui rancangan tanah persekutuan FELDA Lubuk Merbau yang terletak di bawah pentadbiran Mukim Tekai. Walaupun berada di bawah daerah Padang Terap, kawasan ini secara geografinya terletak agak hampir dengan sempadan daerah Pendang.
FELDA LUBOK MERBAU, KEDAH
5 JANUARI 2013
Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalankan di Dewan Felda Lubuk Merbau, Kedah pada 5 Januari 2013. Sepanjang satu program ini berlansung, seramai 104 orang penduduk Felda Lubuk Merbau telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan.
NAKA, KEDAH
6 JANUARI 2013
Naka ialah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah. Naka diambil sempena "Na" bermakna "Kubang" , manakalan"Ka" nama sejenis pokok herba iaitu "lengkuas".
Pekan Naka terletak di timur bandar Alor Setar dan bandar Pokok Sena dan di selatan Kuala Nerang.
2013: KULIM, KEDAH
Kenangan semasa Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di SMJK Chio Min di Bandar Baru Kulim, Kedah pada 29 Disember 2013.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2013 - Kulim Bandar Baharu, Kulim & Taiping, Perak
Sepanjang program dijalankan kami telah menginap di Kulim Inn yang terletak di Jalan Bukit Awi, Kulim, Kedah. Kulim Inn adalah merupakan sebuah penginapan yang tertua terdapat di bandar Kulim. Ianya dahulu dikenali sebagai Rumah Rehat Kulim cukup popular di kalangan golongan elit di Kulim suatu ketika dahulu. Ia kini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim.
Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim. Nama Kulim diambil sempena Pokok Kulim atau nama saintifiknya Scorocarpus borneensis yang tumbuh merata di sekitar daerah Kulim.
2013: YAN & GUAR CHEMPEDAK
Kenangan Program Kesedaran Penyakit Jantung di Sek.Men.Keb.Agama Yan di Kedah pada 7-8 Januari 2013.
Rujuk: Zulheimy Maamor - Kedah 2013 - SMK Agama YanSek.Men.Keb. Agama Yan adalah sekolah Menengah berasrama yang terletak di Titi Serong, Yan, Kedah. Dibuka dan mula beroperasi pada 1 Januari 1997.
Kami menginap di D'Aman Homestay yang terletak di Taman Desa Aman, Guar Chempedak, Kedah, milik seorang guru yang mengajar di SMKA Yan.
Guar Chempedak terletak lebih kurang 8.8 km ke SMKA Yan, adalah pintu masuk utama dan pusat kemudahan bagi daerah Yan, Kedah.
Dalam perjalanan dari Kuala Nerang ke Guar Chempedak, lebihkurang 64.8 km, kami melalui beberapa daerah yang mana saya sempat ambil foto seperti Gunung Jerai dan Pendang.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
16 Mei 2026: 2.41 p.m








.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)

No comments:
Post a Comment