Monday, 11 May 2026

FOTO KENANGAN: PONTIAN, JOHOR

Pontian ialah sebuah daerah di pesisir barat daya Johor yang terkenal sebagai titik paling selatan di benua Asia. Nama Pontian dipercayai berasal daripada perkataan "Perhentian", merujuk kepada lokasinya yang sering menjadi tempat kapal-kapal berteduh daripada gelora Selat Melaka.


2014: SJK (CINA) CHEOW MIN, PONTIAN, JOHOR
Kempen "Go Red For Women" diadakan di Dewan SRK (Cina) Cheow Min di Daerah Pontian, Johor. Kempen kali ini adalah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Negeri Johor dengan bantuan jururawat-jururawat dari Hospital Pontian. 
Berbagai acara dijalankan diantaranya termasuk Pemeriksaan Kesihatan, Senamrobik, Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak, Latihan CPR dan lain-lain. 
Seramai 92 orang penduduk berhampiran telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan oleh Yayasan Jantung Malaysia. 


SJK (Cina) Cheow Min terletak berhampiran dengan bandar Pontian, Johor. Sekolah ini telah dirasmikan pada tahun 1951 oleh Ketua Polis Daerah Pontian ketika itu Encik B.G. Griffin. Guru Besar pertama sekolah ini adalah Encik Goh Lim. 




Semasa program kami menginap di Hotel Pontian yang terletak di Jalan Delima, Pusat Perdagangan Pontian, Johor. 

2014: TANJUNG PIAI, JOHOR
Tanjung Piai adalah merupakan sebuah kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Malaysia. Ia adalah merupakan tanah paling selatan di benua Asia (penghujung Benua Asia). Tg Piai terletak dalam Mukim Kukup, daerah Pontian, Johor. 
Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijiran tempatan yang dikenali sebagai 'Paku Piai', iaitu sejenis tumbuhan bijiran yang boleh hidup di kawasan yang masin. 


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
11 Mei 2026: 1.44 p.m





No comments: