Kuala Pilah merupakan sebuah daerah bersejarah dan pusat kebudayaan penting yang terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ketiga terbesar di negeri ini terkenal dengan jolokan "Bandar Diraja" kerana menempatkan bersemayamnya institusi diraja Negeri Sembilan di Seri Menanti, serta menjadi kubu kuat pegangan Adat Perpatih.
1995: KUALA PILAH
Foto kenangan ketika saya bersama keluarga menghadiri majlid perkahwinan sepupu kami di Kg. Juasseh di Kuala Pilah.
2013: KG. MAMPAS, TERACI, KUALA PILAH
Pada 2 Jun 2013 saya dan keluarga telah menghadiri Majlis perkahwinan saudara sebelah isteri saya di Kg.Mampas, Teraci, K.Pilah.
Kampung Mampas merupakan sebuah perkampungan tradisional Melayu dan pertempatan Orang Asli yang terletak di Mukim Teraci di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2013 - Kg.Mampas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah
Sebelum sampai ke Kg.Mampas, melalui beberapa kawasan dan daerah di Kuala Pilah
Masjid DiRaja Tuanku Munawir merupakan sebuah institusi keagamaan bersejarah yang amat penting terletak di Bandar DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah. N.S.
Tapak asal masjid in terletak di Tanjung Beringin. Ia dibina pada tahun 1885 di atas tanah yang diwakafkan oleh Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah.
Struktur bangunan konkrit yang ada sekarang mula dibina dan sipa pada tahun 1964. Diasaskan dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9.
Bersebelah dengan masjid ini terdapat Makam Di Raja Seri Menanti, yang menjadi tempat persemadian kerabat diraja Negeri Sembilan.
Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti merupakan khazanah seni bina Melayu lama yang bertempat di Seri Menanti, Kuala Pilah, N.Sembilan.Istana kayu ini dibina antara tahun 1902 hingga 1908 bagi menggantikan istana Pulih yang telah dibakar oleh tentera Inggeris.
Dua contoh Batu yang pertama (bawah kiri) adalah replika batu yang mengambil contoh batu asal yang terdapat di Kacamantan Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Batu ini dikatakan terdapat bekas tikaman keris oleh Dato Perpatih Nan Sebatan sebagai tand sumpah setia perdamaian yang mengakhiri persengketaan dalam sistem Adat Perpatih.
Manakalah batu Kasur (Batu Timbang) pada foto kanan bawah, berdasarkan bentuk asal di Sumatera Barat, Indonesia.Batu ini digunakan sebagai batu ujian untuk anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi Raja di N. Sembilan. Bakal Raja harus tidur selama 7 hari 7 malam di atas batu ini yang dilapik dengan daun jelatang yang sangat gatal disamping gangguan – gangguan lain. Raja Melewar dikatakan Raja pertama menjalani ujian ini.
Dalam perjalanan pulang dari program Kesihatan di Felda Palong, kami singgah menjamu selera di Cendol Joseh, di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Lebih dikenali sebagai Cendol D'Ulu Bendol merupakan salah satu port cendol durian dan masakan kampung yang sangat popular di Ulu Bendul.
Antara yang popular di sini ialah Cendol Durian Tempurung, cendol yang dihidangkan dalam tempurung kelapa asli. Manakan hidangan yang menjadi pilihan di sini ialah Masak Lemak Cili Api Daging Salai, Ikan Patin atau Baung Tempoyak Temerloh, Mee Goreng serta Bihun Sup.
Ketika dalam perjalanan ke Kampung Dioh Kecil di Kuala Pilah, kami singgah makan tengahari di Zaini Salai House, destinasi makan tengahari masakan kampung yang sangat ikonik dan popular di Ulu Bedul, Kuala Pilah. Saya tak lepas peluang merasa masakan Gulai Daging Salai masak lomak Cili Api. Kebetulan saya memang ada darah Negeri Sembilan sebelah ayah, masak lomak cili api memang favourite saya.
Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti berlansung di Kampong Dioh Kecil di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 8 April 2018.
Kenangan ketika saya dan isteri berserta Ibu Mertua dan adik Ipar saya dalam perjalanan ke Kampong Mampas, Teraci, di Kuala Pilah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan saudara sebelah isteri saya. Kami singgah bersarapan pagi di sebuah warung yang saya tak ingat di mana.
Bila sebut Bukit Putus, macam-macam cerita yang kita dengar. Jalan Lama Bukit Putus (Laluan Persekutuan 361) merupakan laluan pergunungan bersejarah sepanjang 6.8 km menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Dahulunya dibina pada era zaman Kolonial British sekitar tahun 1920'an, jalan berliku ini sangat terkenaldengan 32 selekoh tajam yang digelar "Jalan Ular".
Disini pernah berlaku satu peperangan tahun 1875 antara pasukan pimpinan Yamtuan Antah menentang British.
Pengalaman saya pernah melalui jalan berliku ini ialah ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Era di Bahau, Negeri Sembilan sekitar 2005. Saya bertolak sebelah petang melalui jalan ini (jalan baru belum siap lagi ketika). Mesyuarat bermula jam 5 petang dan berakhir sekitar jam 9 malam. Selepas mesyuarat ada jamuan makan di hotel. Makan-makan dan sembang jam sudah pukul 11 malam. Semua anggota Committee menginap di hotel hari itu, tapi saya terpaksa juga pulang malam itu kerana ada hal keluarga keesokan harinya. Bayangkan saya memandu sekitar jam 11.45 malam berseorangan melalui jalan Bukit Putus ini....
Seram sejuk rasanya kerana tidak banyak kereta masa tu...jalan sunyi sepi... sekali sekala adalah lori yang lalu....
Syukur Alhamdulilah, saya selamat sampai ke rumah saya di Kuala Lumpur sekitar jam 1.30 pagi.... tiada apa-apa yang berlaku sepanjang perjalananan...
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
23 Mei 2026: 12.54 a.m
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.png)
No comments:
Post a Comment