Thursday, 21 May 2026

FOTO KENANGAN: N.SEMBILAN: GEMAS & GEMENCHEH

1995: GEMENCHEH, N.SEMBILAN
Kenangan ketika menghadiri Majlis Perkahwinan anak sepupu saya di FELDA Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan pada tahun 1995. 
Gugusan FELDA Bukit Rokan merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. 
FEKDA Bukit Rokan Utara diteroka pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. 


Gemas ialah bandar transit yang unik kerana terletak betul-betul di sempadan antara Negeri Sembilan dan Johor. 
Gemas merupakan stesen pertukaran utama bagi laluan keretapi Pantai Barat (ETS) dan Pantai Timur (KTM Intercity). Stesen ini menjadi stesen penghujung paling selatan untuk perkhidmatan tren elektrik ETS buat masa ini. 
Gemas terletak didalam 2 negeri iaitu Gemas, Negeri Sembilan dan Gemas Baru di Johor. 


15 APRIL 2017 : TREN ETS KL TO GEMAS
Pada 15 April 2017 saya dan 2 orang kakak saya menaiki Tren ETS dari KL Sentral ke Stesen Keretapi Gemas. Kami dalam perjalanan ke Singapura. Tren ETS ketika itu hanya sampai di Gemas sahaja. Dari Gemas kami sambung menaiki Tren KTM yang biasa hingga ke Johor Bahru. 



ETS bermaksud Electric Train Service, merupakan perkhidmatan keretapi laju antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Ia bergerak mencecah kelajuan 140 km/j, menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, bukan diesel. 



Stesen Keretapi Gemas merupakan stesen pertukaran dan persimpangan keretapi yang menghubungkan Laluan Pantai Barat (Padang Besar - Johor Bahru) dan Laluan Pantai Timur (Gemas - Tumpat). 


Stesen Keretapi Lama Gemas mula dibina secara rasmi pada tahun 1922 oleh Kerajaan Kolonial British. Walau bagaimanapun landasan keretapi pertama dibina pda 1906 merentasi kawasan Gemas untuk menghubungkan rangkaian rel Pantai Barat. 
Stesen ini ditamatkan operasinya pada tahun 2012 secara berperingkat setelah stesen yang baharu dibina bersebelahan dengan stesen lama ini. 
Kini, bangunan ikonik tahun 1922 tersebut tidak dirobohkan, sebaliknya dipelihara oleh kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Tampin sebagai Galeri Stesen Kereta Api Lama Gemas yang menempatkan barangan artifak, gerabak antik, dan dijadikan produk pelancongan warisan negara.

2017 : FELDA PALONG 1 & PALONG 14, 15 & 16
Kenangan Program Kesihatan di Felda Palong 1 pada 21 Oktober 2017 dan di Felda Palong 14,15 & 16 pada 22 Oktober 2017.
FELDA Palong terletak di daerah Jempol Negeri Sembilan dan mempunyai Palong hingga Palong 20. Palong menghubung Pasir Besar dan Bandar Muadzam Shah. 


FELDA PALONG 1
21 OKTOBER 2017



FELDA PALONG 14,15 & 16
22 OKTOBER 2017



Kami menetap di Hotel Tropicana di Kawasan Industri Gemas, Negeri Sembilan. 

2018: FELDA PALONG 1 / PALONG 14,15 & 16
Pada tahun 2018 kami mengadakan program Kesedaran Penyakit Jantung di tempat yang sama seperti 2017. 


FELDA PALONG 1
21 APRIL 2018


FELDA PALONG 14, 15 & 16
22 APRIL 2018




Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
21 Mei 2026: 7.01 p.m

No comments: