Melaka, atau dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, merupakan sebuah negeri yang kaya dengan warisan warisan sejarah, budaya yang unik, serta menjadi antara destinasi pelancongan utama di Malaysia. Diasaskan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara, Melaka pernah menjadi pusat empayar perdagangan antarabangsa yang sangat masyhur.
Jarak Melaka ke Kuala Lumpur ialah 148 km, 95 km ke Batu Pahat dan 235 km ke Johor Bahru.
LUBOK CINA, MELAKA
Melaka tidak asing bagi saya kerana di Melaka terletak kampung halaman arwah ibu saya iaitu di Kg. Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka.
Kampung arwah ibu saya yang terletak di Kg. Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka. Semasa kecil dahulu, saya dan keluarga sering pulang berhari raya di kampung ini ketika arwah Datuk dan Nenek saya masih hidup. Kini kedua mereka juga ibu saya telah tiada, saya dan jarang balik ke sini kecuali jika ada majlis perkahwinan saudara-mara saya yang masih ada di kampung.
Kenangan ketika melawat tanah arwah ibu saya di Bukit Senduk, Sg.Jernih, Lubok Cina pada tahun 2012. Tanah itu kami sekeluarga adik beradik bersetuju untuk dijual kerana tiada siapa yang hendak mengusahakan tanah itu sebab masing masing dah tinggal jauh dari sini.
Lubok Cina pada tahun 2014
Rumah tinggal itu sekarang telah di ubahsuai oleh warisnya dan sudah ada yang mendiaminya kini.
Kenangan saya dan adik beradik saya pulang ke kampung untuk menziarahi Maklong (kakak kepada ibu kami) kami yang sedang uzur di Kg.Sungai Siput, Lubok Cina. Manakala di Kg.Telok Berembang , kami turut menziarahi juga Ibu Saudara kami sebelah ayah (Adik ayah kami) yang juga sedang uzur.
Kenangan berhariraya di rumah Mertua abang sulong kami di Kg. Semin, Lubok Cina, N.Sembilan. Sebenarnya Lubok Cina terletak dalam 2 Negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Kg. Semin Lubok Cina, N.S juga adalah kampung isteri saya sebelah ibunya. Kampung arwah Ayah saya juga di Lubok Cina, N.Sembilan iaitu di Kg. Nerambai. Foto No. 4 bawah (anak panah) itu ialah rumah arwah Datuk dan nenek kepada isteri saya, rumah itu telah disewakan.
Lubok Cina pada tahun 2019 ketika kami sekeluarga pulang untuk menghadiri satu Majlis Perkahwinan anak kepada sepupu kami, Cikgu Lina yang menetap di Lubok Cina.
Pekan Lubok Cina pada tahun 2020
Kenangan ketika menghadiri Majlis perkahwinan saudara kami di Dewan Japerun di Lubok Cina, Melaka pada 3 Jun 2023.
Kenangan berhari raya di rumah besan kepada kakak saya di Lendu, Melaka. Lendu merupakan sebuah mukim dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Berkeluasan sekitar 7,059 hektar, Lendu terkenal sebagai hab pendidikan tinggi yang pesat di samping mengekalkan identiti kawasan perkampungan tradisional yang tenang.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
18 Mei 2026: 8.57 p.m








.jpg)
.jpg)




-horz.jpg)

No comments:
Post a Comment