Saturday, 30 May 2026

FOTO KENANGAN : N.S - REMBAU , SENDAYAN DAN LAIN-LAIN

REMBAU,N.S
Rembau merupakan sebuah daerah bersejarah yang terletak di bahagian selatan Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Daerah ini berkeluasan sekitar 402 kilometer persegi dan terkenal sebagai lubuk utama kubu kuat Adat Perpatih di Malaysia. 
Rembau adalah salah satu dari empat Luak utama di Negeri Sembilan yang diketuai oleh seorang Undang Berempat (Undang Luak Rembau).

2014: CHENGKAU, REMBAU
Ketika dalam perjalanan ke Masjid Tanah untuk urusan Tanah Keluarga, kami melalui Chengkau di Rembau, N.S.


2015: GUNUNG DATUK, REMBAU
Kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung yang diadakan di Gunung Datuk, Rembau pada 17 Oktober 2015 hasil kerjasama antara Yayasan Jantung Malaysia dengan Majlis Belia Daerah Rembau dan dibantu oleh Jururawat-jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital. 
Rujuk: Zulheimy Maamor: 2015 - Gunung Datuk, Rembau, N.S



Gunung Datuk dikenali juga Gunung Beradat terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari pekan Rembau dan 15 km dari pekan Tampin. 
Gunung Datuk adalah puncak yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggiannya yang melebihi 1.900 kaki. Di Gunung ini juga terletaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. 

Gunung ini kaya dengan legenda, antaranya tapak kaki dipuncaknya yang dikatakan adalah tapak kaki Hang Tuah. Hang Tuah dikatakan berhenti sekekita untuk berehat ketika dalam perjalanan ke Tanjung Tuan. Menurut sumber yang diperolehi hanya terdapat 2 tempat kewujudan tapak kaki Hang Tuah iaitu di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk, Rembau. 



Semasa program ini, kami menginap di Homestay Haji Abdul Hamid yang terletak di Sungai Layang di Daerah Rembau. Kepada sesiapa yang hendak bercuti dan rekreasi di Gunung Datuk boleh lah menginap di Homestay ini kerana harganya berpatutan dan amat selesa dengan bilik air dan bilik mandi yang banyak, jadi tak perlu berebut-rebut nak mandi dan sebagainya.

2015: DEWAN MERDEKA, REMBAU
Program Komuniti di Dewan Merdeka, Rembau, N.S pada 22 November 2015 anjuran Majlis Belia Daerah Rembau dengan Yayasan Jantung Malaysia. 



Your Family Hotel terletak di Taman Dato' Lela Maharaja, Pekan Chembong, Rembau, N.S dimana kami menginap ketika program di Dewan Merdeka. 

SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
Sendayan terletak di barat daya Daerah Seremban, N.S bersempadan dengan daerah Port Dickson. Sendayan terletak berhampiran dengan Labu, Nilai dan KLIA. Sendayan terletak kira-kira 12 km dari Seremban. 



Program Komuniti di Taman Sendayan Indah, Negeri Sembilan yang berlansung pada 29 Ogos 2015. 



Singgah Solat Sunat Aidiladha di Masjid Seri Sendayan pada 17 Jun 2024 ketika dalam perjalanan ke Kg.Semin, Lubok China, N.Sembilan untuk menghadiri majlis Kesyukuran, Tahlil dan meraikan pasangan anak saudara saya Mohd Sufiyan bersama isteri. 
Masjid Seri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan merupakan sebuah masjid tercantik di Malaysia. Dirasmikan pada20 September 2019, masjid ini mampu menampung 5000 jemaah pada satu-satu masa.Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain.



Antara lain kenangan di Negeri Sembilan ialah seperti di FELDA Palm Industries Sdn Bhd di Serting Hilir, Nasi Arab Damsyik di Paroi ketika menghadiri mesyuarat di ERA Hotel di Bahau, N.S.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
30 Mei 2026: 8.39 p.m

No comments: