Saturday, 11 August 2018

2018 - IPOH / GUA MUSANG / CAMERON HIGHLAND

PROGRAM GO RED FOR WOMEN
KG. POS BROOKE LAMA, GUA MUSANG, KELANTAN
11 OGOS 2018

Pada 10 Ogos 2018, saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (AT YJM) telah bertolak ke Gua Musang untuk program Pemeriksaan Kesihatan di Kg. Pos Brooke Lama, Gua Musang, Kelantan. 

Kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di Gunung Rapat Ipoh kerana perjalanan dari sini ke Pos Brooke lebih selesa daripada bermalam di Gua Musang. 


Perjalanan dari pejabat kami di Kuala Lumpur ke Gunung Rapat mengambil masa 2 jam 11 minit dengan perjalanan sejauh 197 km. 

Kami menginap di Hillcity Hotel yang terletak di Jalan Gopeng, Kg. Gunung Rapat, Ipoh. 



Hillcity Hotel
227, Jalan Gopeng
Kg. Gunung Rapat
31350 Ipoh, Perak
Tel: 05-313 5555





Gunung Rapat mengambil sempena bukit-bukit Batu Kapur yang rapat-rapat dan mempunyai gua-gua klasik didalamnya. Hampir semua gua-gua ini dijadikan penempatan kaum Cina dan tokong yang stragik untuk tujuan perlancongan. Limau Tambun dijual di sepanjang jalan berhadapan dengan Taman Soon Choon dan Taman Taufik.Kawasan Petempatan dibina kira kira pada tahun 1957.Kampung ini pernah ditadbir oleh kerajaan british . Jumlah penduduk di Gunung Rapat telah meningkat ke 3880 orang pada tahun 2010. Penduduk Cina di sini merangkumi 43% manakala penduduk melayu merangkumi 40%

Disebelah malam, kami keluar untuk makan malam di Meru Raya, Ipoh sambil bersiar-siar menikmati keindahan bandar Ipoh. 
Bandar Meru Raya terletak di utara Bandaraya Ipoh dan pekan terdekat adalah Jelapang dan Chemor. 



 Makan malam agak special kerana perut terlalu lapar setelah menempuh perjalanan jauh..malam ini makan nasi dengan kambing bakar.




Disebelah pagi 11 Ogos 2018, kami bertolak dari hotel kami di Gunung Rapat menuju ke Kg Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.


Perjalanan dari Gunung Rapat Ipoh menuju ke Kg Pos Brooke Lama di Gua Musang mengambil masa 1 jam 25 minit dengan perjalanan sejauh 80 km. 

GUA MUSANG
Gua Musang adalah sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Negeri Pahang di selatan, Negeri Terengganu di Timur dan Negeri Perak di Barat. 
76% penduduk Gua Musang adalah Kaum Melayu dan 13% Kaum Orang Asli manakala selebihnya adalah kaum Cina dan India. 

Antara peristiwa bersejarah di Gua Musang yang paling terkenal ialah Pertempuran Sungai Semur yang berlaku pada 15 Mac 1950. Dalam peristiwa tersebut, 17 anggota tentera dari Platun ke 12, Kompeni D, Batalion ke 3 Rejimen Askar Melayu DiRaja telah terkorban dan 8 cedera dalam serang hendap pengganas Komunis yang berlaku di Sungai Semur, Gua Musang. Bagaimanapun 29 pengganas komunis telah berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut.






Foto tahun 2012 dalam perjalanan ke Kota Bharu melalui Gua Musang



POS BROOKE
Pos Brooke adalah kawasan penempatan orang Asli di daerah Gua Musang, Kelantan. 
Pos Brooke diwujudkan oleh Kerajaan British ketika era Darurat kerana ketika itu orang Asli dianggap oleh Kerajaan British dalam Rancangan Briggs sebagai kunci utama kemenangan untuk melawan komunis. Oleh itu beberapa pos telah diwujudkan ketika itu antaranya ialah Pos Telanok di Ulu Jelai,  Pos Brooke di Gua Musang dan Pos Betau di Kuala Lipis. 
Pos Brooke (Fort Brooke di zaman British) pernah menjadi kem Latihan Pasukan Perintis VAT 69 (Komando Polis) di awal penubuhannya. 

Fort Brooke mengikut catatan Roy Follows yang pernah berkhidmat di Fort Brooke pada 1954  dibina oleh pasukan Elite British, Special Air Service bersama pasukan Jungle Squad (Polis Hutan). Ia dinamakan Fort Brooke bersempena nama Pegawai Memerintah SAS British ketika itu. 



Pintu Masuk ke Kg. Pos Brooke Lama di Gua Musang, Kelantan



 Surau Al Amin Kg.Pos Brooke Lama, Gua Musang, Kelantan



Pemandangan indah dan tenang yang menyejukkan mata memandang. 









 Puan Hjh Ainon bt Kuntum, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia telah menyampaikan ceramah Kesihatan kepada penduduk Orang Asli di Kg. Pos Brooke

Antara penduduk Orang Asli yang turut hadir mendengar Ceramah Puan Hjh Ainon


  
 Bergambar kenangan bersama penduduk Orang Asli di Pos Brooke

 Cenderahati kepada Imam Surau Al-Amin, Kg. Pos Brooke Lama

Bergambar kenangan dengan  2 beradik di Kg. Pos Brooke






Selesai program di Kg. Pos Brooke, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland untuk bermalam di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. 

Perjalanan dari Kg Pos Brooke Lama,Gua Musang ke destinasi penginapan kami di Perumahan Makmur, Cameron Highland mengambil masa 1 jam dengan perjalanan sejauh 41 km. 



Perumahan Makmur terletak di Cameron Jaya di Tanah Rata, 300 meter dari perkampungan Orang Asli. Terbanyak kemudahan Homestay disediakan di sini. 





CAMERON HIGHLAND
Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron di Negeri Pahang mempunyai ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 darjah celcius hingga 20 darjah celcius.
Nama Cameron Highland diambil sempena nama Sir William Cameron, iaitu seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh Kerajaan British ketika itu untuk melakukan pemetaan sempadan Pahang dan Perak pada tahun 1885.

Rujuk Sejarah Cameron Highland:
1. Wikipedia - CAMERON HIGHLAND


























Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami singgah dahulu di sebuah tempat untuk memberi peluang kepada Setaf membeli barang atau cenderahati untuk dibawa pulang.
Kami tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 4.00 petang. 

Latest Update:
14 Oktober 2023 : 10.12 pm
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL





No comments: