Saturday, 13 October 2012

2012 : KETEREH , KOTA BHARU

Lokasi: Dewan Rukun Tetangga, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 13 Oktober 2012
Jarak Perjalanan : Kuala Lumpur ke Kota Bharu (439 km)




Yayasan Jantung Malaysia turut menganjurkan kempan "Go Red for Women" iaitu suatu kempen khusus untuk meningkatkan kesedaran Bahaya penyakit jantung di kalangan wanita. Kempen kali ini dijalankan di Dewan Rukun Tetangga, Ketereh, Kota Bharu Kelantan. Kempen berlansung pada 13 Oktober 2012 dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Rukun Tetanggan Ketereh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Ketereh. 
Seramai 123 orang penduduk kampung telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang kempen. 

Program pagi dimulakan dengan acara senamrobik. 









MAJLIS PERASMIAN KEMPEN GO RED FOR WOMEN

Puan Hjh Ainon bt Kuntom, Pengarah Go Red for Women dan juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia sedang memberikan ucapan di Majlis Perasmian. 

Majlis Perasmian Kempen "Go Red fore Women" , Ketereh, Kelantan

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pendaftaran sedang dijalankan. 

Para petugas sedang menyediakan hidangan untuk tengahari. 




BANTUAN JURURAWAT
Kempen dibantu oleh Tenaga Jururawat Sukarela yang didatangkan dari Pejabat Kesihatan Daerah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih diucapkan kepada Jururawat-jururawat yang telah membantu YJM dalam melaksanakan program ini. 



DYNASTY INN, KOTA BHARU, KELANTAN

Sepanjang berada di Kota Bharu, kami menetap di Dynasty Inn yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan. 

Dynasty Inn
2865-D&E, Jalan Sultanah Zainab
15050 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-747 3000     Faks: 09-747 3111










BERTEMU SAHABAT LAMA
Syukur Alhamdullilah semasa berada di Kota Bharu saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat lama saya iaitu Roseli Md Zin yang tinggal di Pintu Geng,Kota Bharu, Kelantan. Roseli adalah sahabat satu intake dengan saya semasa dalam perkhidmatan Tentera Laut dahulu. Malah pernah bertugas bersama di atas kapal KD Ganas di Woodlands, Singapura pada tahun 1981 dan juga di SKTLDM Kuantan pada tahun 1992 - 1995. 




KETEREH, KOTA BHARU
Daerah Ketereh merangkumi Daerah Peringat, Mukim Pendek, Mukim Salor, Mukim Badak Mati dan Mukim Kadok. Seterusnya pada 2 Jun 2004, keluasan daerah ini bertambah sebanyak 49.04 kilometer persegi merangkumi Daerah Beta, Daerah Salor, Mukim Lembu dan Mukim Tiong. 




PERJALANAN KE KETEREH DAN KEMBALI
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ketereh Kelantan agak mencabar dan tidak seperti laluan kami yang lain yang melalui lebuhraya yang lurus dan lebih mudah. Dari Kuala Lumpur kami mengikuti jalan ke Lebuhraya Karak dan masuk persimpangan Raub. Dari sini kami melalui beberapa buah pekan dan bandar seperti Kuala Lipis, Machang, Gua Musang, Kuala Krai dan lain-lain yang saya tak berapa ingat. Walaupun agak meletihkan namun saya berasa lebih seronok kerana banyak pemandangan yang indah apabila kawasan perkampungan, ini jauh berbeza kalau mengikuti lebuhraya utara selatan. 

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan pergi dan balik. 

PERJALANAN DARI KL KE KELANTAN

Pemandangan yang begitu indah begitu menyejukkan mata memandang... hilang rasa mengantok kalau nak dibandingkan dengan laluan lebuhraya Utara Selatan



 Laluan Kuala Lipis lebih mencabar kerana jalannya yang bengkang bengkok... tak nampak ada lampu jalan... bagaimana agaknya kalau memandu di waktu malam... mesti menyeramkan... hehe

Kuala Krai yang merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang. Sebelum 1977 Kuala Krai dikenali dengan nama Ulu Kelantan.

Kok Lanas terletak dalam kawasan Ketereh

PERJALANAN BALIK KE KUALA LUMPUR



Kota Bharu Central Market - panoramio.jpg



Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi pasar yang terkenal di negeri Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah (atau lebih dikenali dengan Pasar Khadijah). Nama pasar ini adalah mengambil sempena nama Siti Khadijah, isteri pertama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang Berjaya di zamannya. Sesuai dengan namanya, majoriti peniaga di pasar ini adalah wanita. Pengunjung berpeluang untuk memilih berbagai jualan seperti kraftangan , kuih muih tradisional dan hasil tanaman segar…… kalau berkunjung ke Kota Bharu tidak sah jika tak singgah ke Pasar Khadijah. 



Kami singgah di Hentian Rehat Gua Musang untuk sarapan pagi.
Jajahan Gua Musang (Jawi: ڬوا موسڠ ) terletak di selatan negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan.
Jajahan Gua Musang merangkumi 3 DUN iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Bekas Menteri Kewangan Malaysia & Pengasas Petronas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. 




Pekan Hulu Dong mengingatkan aku pada arwah Bapa Saudara ku Allahyarham Win Bin Yasin yang pernah mengajar di SMK Dong Raub Pahang sekitar tahun 70'an dan aku pernah bersama keluarga bermalam di rumah beliau pada ketika itu. 

Dong merupakan sebuah mukim di daerah Raub, Pahang, Malaysia. Pada 1993, negara ini dikejutkan berita Mona Fandey, suaminya serta pembantunya telah membunuh seorang wakil rakyat Pahang di sebuah rumah tidak bernombor di sekitar mukim ini.
Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 



Mona Fandey.jpg
MONA FANDEY

Disini kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang menyajikan Ikan Patin Sangkar yang terkenal di Pahang. Aku tak melepaskan peluang untuk menikmati sajian yang cukup terkenal ini.  Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. 

Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
20.10. 2013 : 08.55 pm












No comments: