Friday 19 October 2018

2018 - AEON MIDTOWN FALIM IPOH, PERAK

PROGRAM KESIHATAN JANTUNG
DENGAN KERJASAMA TOKIO MARINE LIFE INSURANCE MALAYSIA BHD
20-21 OKTOBER 2018

Pada 19 Oktober 2018, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah bertolak dari pejabat kami di Kuala Lumpur menuju ke Ipoh, Perak untuk program di AEON Midtown Falim. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seemsoon Hotel di Ipoh, Perak mengambil masa perjalanan 2 jam 22 minit dengan jarak perjalanan sejauh 201 km. Kami tiba di AEON Midtown Falim lebih kurang jam 4.55 petang. 




Simpang Pulai berhampiran Ipoh, Gopeng dan Kampar. 





AEON Midtown Falim terletak di Taman Mas Jaya, Ipoh, Perak dibuka pada 18 Disember 2015, 2 bulan selepas pembukaan AEON Mall Ipoh Klebang. 
AEON Midtown Falim terletak juga bersebelahan dengan AEON Big Falim.


Semasa program kami menginap di Seemsoon Hotel yang terletak di Jalan Pasir Puteh Ipoh, Perak. 










Jarak Hotel Seemsoon ke AEON Midtown Falim adalah lebih kurang 3.7 km sahaja dan mengambil masa perjalanan 9 minit. 


Program Pemeriksaan Kesihatan kali ini adalah dengan kerjasama Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd yang berpejabat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd dahulunya dikenali sebagai TM Asia Life Malaysia Bhd telah memulakan syarikat insuran di Malaysia lebih dari 65 tahun. Syarikat ini telah beroperasi di Jepun pada tahun 1879 dan kini mempunyai rangkaian perniagaan insuran di 38 buah negara di dunia. 









Bergambar kenangan bersama setaf dan Ajen Tokio Marine Life Insurance





Sesuatu yang sudah lama tidak aku lakukan semenjak dulu ialah menonton wayang di Pawagam. Seingat aku paling akhir aku menonton wayang di pawagam ialah bersama isteri ketika mula-mula kahwin dahulu, ketika itu belum ada anak lagi, sekarang 2 anak aku dah bujang pun. 
Atas ajakan rakan team aku ikut bersama menonton filem "Paskal The Movie" di Panggung MBO di AEON Midtown Falim pada malam pertama kami tiba di Falim.
Memandangkan aku pun ex-Navy, so filem Paskal ini ialah sebuah filem mengisahkan perjuangan anggota-anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam menjaga keamanan negara. 
MBO Cinema di AEON Midtown Falim dibuka pada 23 Disember 2017 mengandungi 8 Hall Cinema dengan kapasiti 1169 tempat duduk.

Filem "Paskal The Movie" arahan Adrian Teh diterbitkan oleh Asian Tropical Film, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mengisahkan kejayaan anggota pasukan Elit TLDM yang dikenali dengan nama Pasukan Khas Laut (PASKAL), berdasarkan kepada kisah benar dari pengalaman mereka dalam misi Pengaman PBB di Angola tahun 1998 dan misi merampas kapal dagangMT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011. 
Filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G. Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi. 
Sehingga blog ini ditulis, filem ini telah menerima kutipan lebih RM27.3 juta dalam tempoh 23 hari tayangan menjadikan filem ini berjaya menduduki carta pertama filem kenegaraan yang paling laris dalam sejarah perfileman negara. 


Dah sampai Ipoh, Tak lepas peluang menikmati juadah istimewa di sini, antaranya ialah Restoran Miker Food di Padang Ipoh di hadapan Sekolah St Michael. 
Yang paling istimewa Coconut Tomyam.

Team kami pulang ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 22 Oktober 2018. 

No comments: