Sunday 29 December 2013

2013 - KULIM BANDAR BAHARU, KULIM & TAIPING, PERAK

LOKASI: SMJK CHIO MIN, KULIM, KEDAH
TARIKH: 29 DISEMBER 2013

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kulim sejauh 366 km (4 jam 45 minit)

Program Yayasan Jantung Malaysia bagi tahun 2013 diakhiri dengan Program Komuniti di SMJK Chio Min, Kulim Bandar Baharu anjuran bersama dengan Lions Club of Kulim dan SMJK Chio Min pada 29 Disember 2013. Program Kesihatan ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Selaiman, Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu. 
Program yang berlansung selama satu hari telah dihadiri oleh seramai 125 orang bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang. 



SMJK Chio Min telah ditubuhkan pada tahun 1957, kesinambungan dari Sekolah Rendah Chio Min, yang ditubuhkan pada 10 Mei 1918. Pada 1942, Sekolah Chio Min terpaksa ditutup kerana pencerobohan tentera Jepun. Ia dibuka semula pada tahun 1945.


Diantara yang hadir dalam program Kesihatan.

Pameran Poster oleh Yayasan Jantung Malaysia

Ucapan aluan oleh Pengetua SMJK Chio Min, En. Tan Teik Seong
Ucapan dari Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, En. Abdul Aziz bin Selaiman







Diantara yang hadir pada hari Pemeriksaan Kesihatan






SEDIKIT INFO MENGENAI KULIM, KEDAH
Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.
  • Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim iaitu Junjung, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai Ular, Padang China, Nagalilit, sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas.
  • Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
  • Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.
Restoran Nasi Lemak Mummy cukup popular di Kulim terletak berhampiran Kulim Inn. Aku pernah bersarapan pagi di sini semasa menghadiri mesyuarat Penyelerasan Program sebelum ini. 

KULIM INN
Sepanjang program dijalankan kami telah menginap di Kulim Inn yang terletak di Jalan Bukit Awi, Kulim, Kedah. Kulim Inn adalah merupakan sebuah penginapan yang tertua terdapat di bandar Kulim. Ianya dahulu dikenali sebagai Rumah Rehat Kulim cukup popular di kalangan golongan elit di Kulim suatu ketika dahulu. Ia kini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim. 

Kulim Inn
Jalan Bukit Awi
09000 Kulim
Kedah
Tel: 04-490 0420











LEGEND INN, TAIPING, PERAK

Perjalanan dari Kulim Inn ke Legend Inn Taiping sejauh 81.1 km (1 Jam 20 Minit perjalanan)

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas selesai program, kami singgah bermalam di Legend Inn, Taiping, Perak. Taiping amat sinonim dengan ku kerana Taiping adalah bandar kelahiran ku ketika arwah ayahku bertugas sebagai tentera di sini pada tahun 1961.

Legend Inn Taiping
N0. 2, Jalan Long Jaafar
34000 Taiping, Perak
Tel: 05-806 0000



Keadaan Bilik yang luas dengan harga yang berpatutan. 

TAIPING BANDAR KELAHIRAN KU


Zulheimy Bin Maámor
Yayasan Jantung Malaysia
10 January 2014

No comments: