Saturday 22 September 2012

2012 : KUALA NERANG, KEDAH

Lokasi: Dewan UMNO Kuala Nerang, Kedah
Tarikh: 22 September 2012
Jarak perjalanan dari Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak Kuala Lumpur
ke Terap Inn, Kuala Nerang, Kedah ialah 465 km
Program Kesedaran Penyakit Jantung kali ini berlansung pada 22 September 2012 bertempat di Dewan UMNO Kuala Nerang, Kedah dengan Kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Lincoln University College  dan Persatuan Diabetes Malaysia. Salah seorang setaf YJM berasal dari daerah ini. 
Seramai 102 orang penduduk Kuala Nerang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan oleh YJM.


 
Dewan UMNO Kuala Nerang, Kedah dimana program dijalankan. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN
 KAUNTER PENDAFTARAN


UJIAN KOLESTEROL DAN GLUKOS
KEMPEN KESIHATAN DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PADANG TERAP



Jururawat dari Lincoln University College

BODY MASS INDEX


 
 KEMPEN ANTI MEROKOK

PAMERAN POSTER


Terima kasih kepada Jururawat-jururawat Kerajaan dan Swasta yang telah banyak membantuk kami dalam program ini. 



TERAP INN, KUALA NERANG, KEDAH



Sepanjang program kami menetap di Terap Inn Kuala NerangTerap Inn Kuala Nerang terletak 500 meter dari pekan Kuala Nerang, Kedah mempunyai 16 buah bilik dan satu bilik VIP. Terap Inn dimiliki oleh Majlis Daerah Padang Terap. 

Rujuk : Terap Inn Blogspot







SEDIKIT INFO MENGENAI KUALA NERANG, KEDAH
Kuala Nerang, Kedah adalah termasuk dalam kawasan Parlimen Padang Terap, Kedah.
Kuala ialah pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu dan Sungai Ahning manakala Nerang bermaksud kawasan yang menimbun dan teduh (kawasan persekitaran yang dipenuhi pokok-pokok dan hutan).
Nerang juga dikatakan diambil sempena nama anak Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (Perdana Menteri Malaysia yang pertama) iaitu Tunku Ahmad Nerang. Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Pegawai Daerah di sini. 






Gambar di bawah adalah gambar yang saya ambil sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Nerang, Kedah... 

 Antara kawasan yang kami lalui sepanjang perjalanan ke Kuala Nerang

 Singgah Makan di Hentian Rehat Sg. Perak , Perak... disini yang paling menarik ialah Gulai Tempoyak Ikan Patin.. tapi harganya agak mahal namun agak berbaloi dengan harga yang dibayar.


Singgah di Alor Setar dalam Perjalanan 

Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
20.10. 2013 : 1.30 pm


No comments: