Thursday, 5 November 2020

Kisah Terakol Alam Melayu

Kredit : Pakwan Tokwan Shah Sunan AL-Bugis Nazib Hashim Abdul Muati Ahmad Nur Islam

Tarkul atau terakol, terkul dan terakul adalah antara senjata terkenal di kalangan pelaut, pedagang dan pahlawan Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi wheel lock (kancing roda) yang mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan fius. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia ialah perubahan bentuk daripada pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, dan juga oleh askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Ulasan Kaitan Antara Buku The Black Pearl Of Peihoo A Tale Of Malay Seas, Kapten Jack Sparrow, Filem Pirate Of Caribbean, Bangsa Naga Dan Regimen Melayu Ke-19 British Royal Navy

Watak Kapten Jack Sparrow dalam filem sekuel Holywood yang pernah cecah panggung yang dikatakan adalah merupakan terjemahan kepada seorang pahlawan Melayu yang merupakan seorang pahlawan penguasa laut atau dalam propaganda penjajah barat merupakan seorang lanun.

Melalui kajian terbaru saya, mendapati watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirate of Caribbean ini tidak merujuk kepada seorang lelaki Melayu yang merupakan seorang penguasa laut yang hebat. Lebih tepat sekuel filem Pirate of Caribbean ini merujuk kepada Alam Melayu yang amat dekat sebagai bangsa naga iaitu penguasa laut atau dalam propaganda baratnya adalah lanun.

Filem sekuel Pirate of Caribbean ini sebenarnya adalah diadapatasi daripada pelbagai sumber samada dari buku, kisah sebenar dan tokok tambah. Di mana watak Kapten Jack Sparrow, Davy Jones, sekuel iaitu The Curse of the Black Pearl (2003) dan Dead Man Tell No Tales (2017) sebenar mempunyai kaitan dengan buku lagenda mengenai kehebatan penguasa lautan Melayu iaitu The Black Pearl of Peihoo a Tale of Malay seas dan kisah rejimen Melayu ke-19 British Royal Navy. Dimana kedua tajuk filem tersebut diambil dari tajuk dua bahagian tajuk di dalam buku tersebut.

Manakala nama Kapten Jack Sparrow adalah hampir dengan nama watak utama buku ini iaitu Jack Wayne. Manakala watak Davy Jones adalah amat hampir dengan watak Major Davie yang merupakan ketua kepada rejimen Melayu ke-19 British Royal Navy. Malah tajuk sekuel iaitu The Curse of the Black Pearl juga ada kaitan dengan peristiwa yang menimpa kepada rejimen Melayu ke-19 British Royal Navy yang diburu kerana memberontak kerana mengkhianat armada British Royal Navy. Rejimen ini kemudian telah diburu dan disumpah atau digelar sebagai The Curse Regiment.

Walaupun dalam hipotesis saya sebelum yang mendakwa Kapten Jack Sparrow adalah merupakan adalah jelmaan kisah dari seorang penguasa laut Melayu dengan merujuk kepada penampilannya yang sentiasa tidak lekang dengan. Pakaiannya yang bermanik dan loket berimej bulan dan bintang yang merupakan simbol agama Islam. Bagi saya watak beliau tidak merujuk kepada seseorang individu penguasa laut bangsa naga tetapi keseluruhan plot filem ini amat dekat dengan Alam Melayu yang satu ketika dahulu adalah bangsa penguasa laut yang amat hebat dan tidak terkalah.


Copy and paste: 5/11/2020 / 20 Rabiulawal 1442H: 8.08 pm

No comments: