Sunday, 8 November 2020

Etimologi nama Jalan-Jalan di Kuala Lumpur dulu dan sekarang..

Oleh : Harith Faruqi Sidek

1. Beaufort, Sabah : Dinamakan sempena Sir L.P. Beaufort Gabenor Tanah Jajahan Borneo Utama.

2. Bukit Maxwell (Bukit Larut), Perak : sempena Sir William Edward Maxwell penolong Residen British di Perak. 

3. Cameron Highland, Pahang : sempena William Cameron, Juruukur British yang ditugaskan membuat pemetaan tanah tinggi tersebut. 


4. Fort Cornwallis, Penang : sempena Charles Cornwallis Gabenor Jeneral di Bengal,India. 

5. Fraser Hill, Pahang : sempena nama Louis James Fraser, seorang pengembara dan pengusaha bijih timah berketurunan Scotland yang memulakan perusahaan bijih di sini. 

6. Georgetown, Penang : dinamakan sebagai tanda penghormatan kepada King George III, Raja England.

7. Jalan Conlay, Kuala Lumpur : sempena nama W.L. Conlay, wakil British yang pertama di Terengganu, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. 

8. Jalan Gurney (Jalan Semarak dan sekarang Jalan Sultan Yahya Petra) : sempena nama Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya yang mati ditembak oleh Komunis sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Fraser pada tahun 1951. 

9. Jalan Guthrie, Kuala Lumpur : Sempena nama James Guthrie Davidson, Residen British yang pertama di Selangor dari 1875-76. 

10. Jalan Travers, Kuala Lumpur (Sekarang Jalan Rakyat) : sempena nama Dr. E.A.O Travers, State Surgeon of Selangor dan Presiden Kelab Selangor (Selangor Turf Club).

11. Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu), Sabah: sempena nama Sir Charles James Jessel , peguam ,  Majistret, ahli perniagaan serta Naib Pengerusi British North Borneo Company dari 1903 - 1909. 
12. Port Birch (Tenom), Sabah : sempena nama Sir Earnest Woodford Birch, Residen Inggeris ke 8 di Perak serta Gabenor British di Labuan. Beliau adalah anak sulung kepada J.W.W. Birth residen British yang mati dibunuh di Pasir Salak, Perak pada 1876. 


13. Port Dickson, N.Sembilan : sempena nama Sir John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri Melayu-Melayu Bersekutu (1885 - 1891)
14. Port Weld (Kuala Sepetang),Perak dan Jalan Weld (Jalan Raja Chulan),Kuala Lumpur : sempena nama Sir Frederick Aloysius Weld, Gabenor Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 


15. Province Welleslay (Seberang Perai), Pulau Pinang: sempena nama Richard Colley Wesley yang kemudian dikenali sebagai Lord Wellesley  , Gabenor British di Madras, India dan kemudian menjadi Gabenor General di Bengal. 


16. Pulau Carey, Selangor : sempena nama Edward Valentine John Carey ahli perniagaan Inggeris yang membuka ladang getah di pulau tersebut. 


17. Teluk Anson (Sekarang Teluk Intan), Perak : sempena nama Sir Archibald Edward Harbord Anson Leftenan General Gabenor Inggeris di Pulau Pinang. 

18. S.M.K Clifford di Kuala Kangsar,Perak dan Kuala Lipis Pahang : bersempena nama Sir Hugh Clifford Pembantu Residen British di Perak dan kemudian Residen British di Pahang. 


19. Kampung Morten, Melaka: sempena nama Pesuruhjaya Inggeris di Tanah Melayu Frederick Joseph Morten. 


20. S.M.K Anderson, Ipoh, Perak : sempena nama Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat. 


21. Jalan Treacher (Jalan Sultan Ismail) , Kuala Lumpur : sempena nama Sir William Hood Treacher , Residen General Malaya. 


22. Kampong L.B Johnson , N.Sembilan : sempena nama Presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson yang melawat kawasan itu (Felda L.B. Johnson) pada tahun 1966


23. Jalan Templer dan Templer Park, Selangor : sempena nama Tun Sir Gerard Walter Robert Templer Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dari 1952 - 1954. 


24. Lebuh Campbell P. Pinang : sempena nama Sir George William Robert Campbell Gabenor British di Pulau Pinang dar 1872-73.

25. Butterworth, Pulau Pinang : Sempena nama William John Butterworth, Gabenor British di Singapura dari 1843-1851. 


26. Jalan Bellamy, K.Lumpur : sempena nama H.F. Bellamy,  Pengarah Jabatan Kerjaraya Kuala Lumpur dan pernah mengetuai pasukan sukarelawan Bomba negeri Selangor. 

27. Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Selangor : sempena nama Frank Athelstane Swettenham, Residen British di Perak dan Selangor. 


28. Jalan Guillemard (Jalan Duta), K. Lumpur: bersempena nama Sir Laurance Nunns Guillermard, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya British di Malaya. 


29. Jalan Mountbatten (Jalan Tun Perak), K. Lumpur : sempena nama Lord Louis Francis Albert Victor Nicholas George Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera British. 


30. Jalan McAlliser, P.Pinang : sempena nama Colonel Norman McAllister, Gabenor British di P.Pinang (1807 - 1810).

31. Jalan Kimberley, Penang : sempena nama John Wodehouse atau gelaran beliau Earl of Kimberley, Setiausaha Negeri Jajahan British. 

32. Jalan Farquhar, Penang : sempena nama Robert Townsend Farquhar, Leftenan Gabenor di P. Pinang (1804 - 1805) . 


Sumber dari Wikipedia:

  1. Jalan Broadrick (Jalan Semarang, KL) : sempena nama Lt.Col. Edward George Broadrick Residen British di Selangor dari 1911 - 1919. 
  2. Jalan Chow Kit, KL : sempena nama seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur Loke Chow Kit sekitar kurun ke 19. 
  3. Jalan Cochrane, KL : sempena nama Charles Walter Hamilton Cochrane Residen British di Perak dari 1929 - 1930. 
  4. Jalan Tan Cheng Lock, KL : sempena nama presiden MCA yang pertama. 
  5. Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat KL) : sempena nama James Guthrie Davidson Residen British yang pertama di Selangor pada 1875. 
  6. Jalan Rodger (Jalan Hang Kasturi, KL) : sempena nama Sir John Pickersgill Rodger Residen British yang pertama di Pahang (1888 - 18960, dan juga pernah menjadi residen British di Selangor dan juga Perak. 
  7. Jalan Cecil (Jalan Hang Lekir, KL) : sempena nama Sir Cecil Clementi Smith Gabenor Negeri-Negeri Selat (1887 - 1893) 
  8. Jalan Birch (Jalan Maharajalela, KL): sempena nama Residen British yang pertama di Perak James Wheeler Woodford Birch yang mati dibunuh di Pasir Salak, Perak pada tahun 1875.
  9. Jalan Hicks (Changkat Raja Chulan, KL) : sempena nama F.B. Hicks setiausaha Persatuan Peladang Selangor. 
  10. Jalan Belfield, KL : sempena nama Henry Conway Belfield  Residen British di Selangor dari 1902 - 1910 dan Residen British di Perak dari 1910-1912. 
  11. Jalan Young (Jalan Cenderasari KL) : sempena nama Sir Arthur Henderson Young Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya. 
  12. Jalan Spooner (Jalan Cenderawasih KL) : sempena nama Earnest John Spooner atau Charles Edwin Spooner Pengarah Jabatan Kerja Raya di Selangor. 
  13. Jalan Chan Sow Lin : sempena nama Chan Sow Lin Ahli Selangor State Council (1902-1921) dan pengasas Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.
  14. Jalan Campbell (Jalan Dang Wangi, KL) : sempena nama Douglas Campbell penasihat British yang pertama di Johor. 
  15. Jalan Loke Yew : Loke Yew adalah ahli perniagaan Cina di Kuala Lumpur pada kurun ke 19.
  16. Jalan Syed Putra : sempena nama DYMM SPB YDP Agong ke 3 Tuanku Syed Putra. 
  17. Jalan Tun H.S.Lee : Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari 1957-59. 
  18. Jalan Yap Ah Loy : Kapitan Cina yang ke 3 di Kuala Lumpur (1869 - 1885).
  19. Jalan Yap Kwan Seng , KL : Kapitan Cina yang terakhir di Kuala Lumpur (1889 - 1902)
  20. Jalan Abdul Rahim Kajai : nama sebenar Abdul Rahim bin Hj Salim Bapa Kewartanan Melayu.
  21. Jalan Aminuddin Baki : Bapa Pendidikan Moden di Malaya. 
  22. Jalan Athinahapan : sempena nama Tan Sri Athinahapan bekas Timbalan Presiden MIC dan bekas Menteri Malaysia.
  23. Jalan Carutthers : sempena nama John Bennett Carutthers Pengarah Pertanian dan Botani yang pertama di Malaya. 
  24. Jalan Chan Wing  : Chan Wing seorang jutawan yang membina rumah besar yang kini adalah bekas Istana Negara di Jalan Istana.

Rujukan :

Bonney, R. (1971). Kedah 1771- 1821 : the search for security and independence. Kuala Lumpur : Oxford University Press. (DS598.K28B65)

Buyong Adil. (1971). Sejarah Johor.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (DS598.J7B8)

Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (DS598.P3B8)

Buyong Adil. (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (DS598.P4B8)

Buyong Adil. (1981). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (DS598.S43B8)

D.S Ranjit Singh. (2000). The making of Sabah 1865- 1941. Kuala Lumpur : UM Press. (DS597.336)

Hairi Abdullah (ed.). (1995). Sejarah pembangunan dan perubahan citra Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Penerbitan Sejarah. (DS599.K8T57).

Hoyt, Sarnia Heyes. (1991). Old Penang. Singapore : Oxford University Press. (DS598.P5H69)

Hoyt, Sarnia Heyes. (1993). Old Malacca. Kuala Lumpur : Oxford University Press. (DS598.M33H69)




http://www.historyplace.com/unitedstates/revolution/revwar-77.htm (cornwallis)





Kassim Thukiman. (2011). Sejarah Johor dalam pelbagai perspektif. Johor : UTM Press. (DS598.J7K356)

Lam Seng Fatt. (2000). Insider’s Kuala Lumpur. Shah Alam : Times Books International. (DS599.K8L35)

Tregonning, Kennedy Gordon. (1960). North Borneo. London : Her Majesty’s Stationary office. (DS597.336.T75)

Wikipedia.org./


Copy and paste:
8 November 2020 / 22 Rabiulawal 1442H: 6.45 pm

























































No comments: