Sunday, 22 November 2020

ISTILAH NAMA MALAYSIA SEBENARNYA DAH LAMA WUJUD..

KREDIT : AYMAN RASHDAN WONG 
              (FB Kingdom of Tanah Melayu)

Alang-alang dah cerita asal usul nama Indonesia semalam, kita cerita pasal Malaysia hari ini.

Apa sebenarnya maksud Malaysia, dan kenapa kita pakai nama Malaysia?

Istilah Malaysia sebenarnya dah lama wujud sebelum penubuhan negara bernama Malaysia pada tahun 1963 lagi. Nampak tak nama Malaysia dalam peta tahun 1890 ini?

Cuma sebelum tahun 1963, "Malaysia" bukan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak. "Malaysia" dulu merujuk kepada Sumatera + Jawa + Borneo + Sulawesi + Maluku + Filipina.

Kadang Tanah Melayu termasuk kadang tak termasuk. Sebab nama Malaysia bermaksud "Kepulauan Melayu". Tanah Melayu bukan pulau. Jadi Malaysia basically adalah sinonim kepada Indian Archipelago atau Indonesia.

Asalnya nama Malaysia dicipta oleh pelayar Perancis bernama Jules Dumont d'Urville pada tahun 1831 dengan menggabungkan perkataan "Malais" (Melayu) dan "nésie" (pulau). Cuma bunyi "Malaisnésie" tak berapa betul dari segi bahasa, maka "nés" dibuang tinggal jadi Malaisie.

Kemudian pada tahun 1835, Thomas G. Bradford dari US terjemah Malaisie jadi "Malaysia", baru istilah Malaysia mula dipakai secara meluas sebagai konsep geografi.

Sebelum penubuhan Malaysia tahun 1963, nasionalis Filipina dah bercita-cita nak mendirikan negara "Malaysia". Cuma Malaysia diorang lagi besar lah.

Kalau ikut Wenceslao Vinzons dalam pidato "Malaysia Irredenta" tahun 1932: "a unified Malaysia extending from the northern extremity of the Malay Peninsula to the shores of New Guinea, from Madagascar to the Philippines and to the remotest islands of Polynesia".

Basically ini kawasan yang ahli bahasa panggil sebagai kawasan rumpun bahasa "Malayo-Polynesian" atau "Austronesian" (austro = selatan). Nasionalis Filipina anggap semua bangsa berada dalam lingkungan kawasan ini adalah "Malay Race" sebab berkongsi bahasa yang sama.

Contoh macam perkataan "mata". Orang Melayu sebut mata. Jawa sebut mata. Tagalog sebut mata. Iban sebut mata. Dusun sebut mato. Malagasy (bahasa orang Madagascar) sebut maso.

"Benua" orang Fiji sebut "vanua", Iban sebut menua. Batak sebut banua. Cebuano/Visaya sebut banwa.

Konsep Malay Race ada kaitan tapi tak sama dengan "ethnic Malay" iaitu orang Melayu seperti yang kita fahami: pribumi Tanah Melayu dan Sumatera Timur dan juga pesisir pantai Borneo yang bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan beragama Islam.

Di Tanah Melayu, nasionalis berhaluan kiri (pro-sistem republik dan sosialis) seperti Ibrahim Yaacob dan Burhanuddin Helmi pun ada wawasan "Melayu Raya" yang dekat dengan konsep Malaysia nasionalis Filipina.

Tapi wawasan tinggal wawasan. Akhirnya Tunku Abdul Rahman juga "sailang" nasionalis Filipina dan Melayu kiri dengan menamakan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai Malaysia.

Sebab itu Filipina bengang dengan Malaysia, seolah-olah kita "curi" idea diorang. Filipina pun mula push agenda menuntut Sabah untuk destabilize Malaysia. Presiden Diosdado Macapagal adalah seorang ahli Pan-Malayan Union yang diasaskan oleh Vinzons.

Dan sebenarnya Tunku memilih nama Malaysia pun disebabkan konotasi Malay Race yang boleh dijadikan sebagai titik persamaan pribumi Tanah Melayu dan Borneo.

Dalam ucapan beliau Tunku sering menekankan bahawa orang Melayu dan peribumi Borneo adalah daripada "rumpun" (ethnic stock) yang sama. Tapi mungkin sebab dibuat secara rush, sampai hari ini pun tak ramai dapat menghayati konsep disebalik nama Malaysia.

Hari ini ada orang define Malaysia pakai definisi "ethnic Malay" yang sempit (konon Malaysia = Tanah Melayu). Ada yang menafikan langsung hubung kait antara identiti Melayu dan Malaysia. Semua ini adalah bertentangan dengan hasrat Founding Fathers kita.

Baca di Twitter: https://twitter.com/AymanRashdanW/status/1295673385733652481

Kredit: Ayman Rashdan Wong

📝 Serai Padang

Copy and paste: 22 November 2020 @ 7 Rabiulakhir 1442H : 8.50 pm


No comments: