Sunday, 29 November 2020

KOTA GELANGGI-KOTA MELAYU PURBA YANG BERUSIA 1,200 TAHUN

Sumber : Daeng Zaddam : FB Kingdom of Tanah Melayu 

Terletak di Gunung Panti,Kota Tinggi,Johor.

Kota Batu Hitam,The Lost Kingdom atau digelar "Box of Emerald" milik Empayar Agung Melayu-Srwijaya yang dipercayai dibina sekitar 650-900 Masihi malah lebih tua daripada Angkor Wat.

Ia mungkin menjadi kota Maritim yang pertama untuk Melayu-Sriwijaya dan kota ini ditakluk selepas Kerajan Melayu-Gangga Negara diserang di Beruas.

Ini merupakan deskripsi Raja Suran (Rajendran Cholavadman I) iaitu pemerintah Dinasti Chola yang datang dari India Selatan semasa melakukan penaklukan Kota Gelanggi pada 1025 Masihi:-

"Dari udara saya dapat melihat pembentukan yang kelihatan seperti satu set dinding ganda (Set double wall),melindungi kota dalam."

Berikut pula ada jumlah tentera Raja Suran yang terlampau ramai mengikut catatan Sulatus Salatin:-

"segala hutan belantara pun habis menjadi padang dan bumi pun bergetar seperti gempa dan gunung pun bergerak dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata dan batu pun habis terpelantingan dan segala sungai pun habis kering jadi seperti lumpur“.

Dengan gambar-gambar tersebut cukup membuktikan bahawa kerajaan melayu-kuno dahulu mampu membina struktur kubu tembok kota yang kukuh dan sistematik.

Penasihat British, Dudley Francis Amelius Hervey (1849–1911), sendiri pernah lihat kota ini pada tahun 1881 dan Sir Richard Olof Winstedt (1878–1966) pernah dibawa ke kota itu oleh orang asli pada 1920.

Seorang Pengembara, Gerald Gardner (1884–1964) juga pernah temui Kota Gelanggi.

Tapi beberapa ahli sejarah seperti Sweettenham (1885),Linehan (1936) dan Quartrich-Wales (1940) percaya lokasi Kota Gelanggi di Jerantut Pahang.

Manakala Winstedt (1932) dan Gardner (1932) memilih Hulu Sungai Johor.

Gambar pertama adalah salah satu pintu gerbang untuk memasuki kota gelanggi (kota batu hitam)

“Kota ini sangat besar,saya melihatnya sendiri kerana ia terletak berhampiran kampung saya. Saya menganggarkan kubunya kira-kira empat puluh kaki persegi, dengan tiga lubang seperti tingkap di sepanjang temboknya"

-Ketua Orang Asli headmen dari Linggiu Dam Tuk Batin Abdul Rahman (85).

Tuk Batin Daud (60),Tuk Batin Adong (58) dan orang-orangnya juga nampak kota yang berbatu warna hitam di sana dan mengakui seolah bangunan besar yang menutupi sebuah bukit.

Masih ada tamadun melayu misteri seperti kota purba di Tasik Chini dan piramid Melayu.


MISTERI Gunung Ledang dan Kota Gelanggi yang belum terungkai.

Anda tentu pernah melihat peta-peta lama semenanjung Tanah Melayu. Kita juga tahu bahawa Tanah Melayu suatu ketika dahulu tercatat di dalam peta-peta pelayaran di barat malahan Gunung Ledang juga telah dikenali sekian lama dahulu.

Di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. 

Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.

Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. 

Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Cuba teliti dua peta lama versi barat.

Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.

Sekiranya kita mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.

Misteri bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya.

Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana.

Jadi persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.

Apakah kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.

Walaupun satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun dakwaan beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam hutan tebal masih merupakan satu misteri buat kita.

Sumber: http://baca-blogspot.blogspot.com

Credit #Progerak

Copy and paste: 29/11/2020 @ 14 Rabiulakhir 1442H: 11.19 pm


No comments: