Saturday, 21 November 2020

PERSEDIAAN SEBELUM FARDHU JUMAAT

  1. Menyucikan kain baju sejak petang Khamis lagi
  2. Banyak beristighfar pada petang hari Khamis
  3. Puasa pada hari Jumaat tetapi hendaklah disertakan dengan hari Sabtu atau bermula dari hari Khamis lagi (Khamis dan Jumaat) atau (Jumaat dan Sabtu)
  4. Sunat mandi pada pagi hari Jumaat dengan mandi sunat Jumaat.
  5. Pakai pakaian yang putih
  6. Pakai bau-bauan yang harum, pastikan tidak mengandungi alkohol atau najis
  7. Suci badan hingga hilang bau busuk
  8. Cukur bulu ari-ari dan andam misai.
  9. Pergi awal-awal ke Masjid untuk khutbah Jumaat
  10. Di masjid duduk di saf yang pertama
  11. Jangan melangkah bahu orang lain sewaktu masuk ke dalam masjid kecuali jika ada di hadapan orang yang sedang solat
  12. Jangan lalu dihadapan orang yang sedang solat.
  13. Duduk ditempat yang tidak boleh orang lain melintasi dihadapan kita semasa kita bersolat.
  14. Sebelum duduk, solat sunat Tahiyat Masjid 2 rakaat walaupun pada waktu anda masuk itu Imam sedang membaca khutbah.
  15. Setiap kali masuk masjid niatlah iktikaf
  16. Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
  17. Meneliti segala khutbah yang disampaikan, jangan bercakap-cakap
  18. Berdoa kepada Allah s.w.t kerana doa pada hari Jumaat mudah dikabulkan.
  19. Selesai solat Jumaat disunatkan membaca 7 kali Al Fatihah, 7 kali Al-Ikhlas, 7 kali Al-Falaq dan 7 kali An-Naas dengan syarat sebelum bercakap dengan sesiapa.
  20. Sunat solat 4 rakaat sesudah Fardhu Jumaat (2 rakaat muakkad dan 2 lagi Sunnat Ghairu Muakkad).
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
21/11/2020 : 5 Rabiulakhir 1442H: 9.25 am

No comments: