Saturday, 21 November 2020

KELEBIHAN SOLAT

  1. Keredhaan Allah s.w.t
  2. Sunnahnya para Nabi
  3. Menjadi kesenangan para Malaikat
  4. Cahaya ilmu Ma'rifat
  5. Pikok Iman
  6. Doa yang diwajibkan
  7. Diterima amal perbuatan
  8. Berkahnya harta dan usaha
  9. Senjata untuk melawan musuh
  10. Kebencian syaitan
  11. Penolong bagi yang mengerjakannya terhadap Malaikat Izrail
  12. Pelita di dalam kubur
  13. Mahkota di atas kepalanya, dan hiasan badannya
  14. Penghalang dari Neraka
  15. Hujjah dihadapan Tuhan
  16. Timbangan berat disaat amal ditimbang
  17. Menolong semasa melintasi jambatan Shiratal Mustaqim
  18. Kunci memasuki syurga
HIKMAH PEKERJAAN / UCAPAN DALAM SOLAT

  1. MENGHADAP KIBLAT : untuk menyatakan kekhudlu'an kita kepada Allah s.w.t. dan bertawaijjuh
  2. TAKBIR sebaik-baik ibadat yang menyatakan ketundukan hati kepada membesarkan Allah s.w.t
  3. MENGANGKAT TANGAN DI KALA TAKBIR: Satu cara membesarkan Allah s.w.t dan untuk memberitahu bahawa kita telah berpaling dari yang selain Allah masuk ke dalam munajat kepada Allah, meninggalkan segala perbuatan yang bertentangan dengan solat
  4. IKTIDAL : untuk menceraikan antara Rukuk dan Sujud
  5. MELETAKKAN TANGAN KANAN ATAS TANGAN KIRI: menandakan ketakziman dan untuk mengumpulkan anggota - anggota lahir
  6. DOA IFTITAH: untuk menyatakan bahawa kita telah hadir berdiri di hadapan Allah untuk menghadap hadlaratNya yang Maha Qudus.
  7. TA'AWUDZ SEBELUM AL-FATIHAH: supaya terpelihara kita memahami Al-Quran dengan faham yang keliru dan supaya terpelihara dari gangguan-gangguan hati.
  8. QIYAM RUKUK DAN SUJUD: Qiyam (berdiri) untuk menyatakan kebesaran Allah, Rukuk dan sujud untuk mentakdimkan Allah. Yang paling rendah antaranya berdiri dan yang paling tinggi ialah sujud. Sujud itu sebesar-besar takdim, digandakan pekerjaannya. 
  9. MEMBACA AL-QURAN SELEPAS AL-FATIHAH: untuk membesarkan Al-Quran
  10. DUDUK ANTARA 2 SUJUD: menyelangi antara 2 sujud
  11. TELUNJUK DI ISYARATKAN : untuk mengisyaratkan Tauhid

12. TAKBIR DI SETIAP BANGUN DAN TURUN
  1. Untuk mengingatkan diri
  2. Memalingkan diri dari yang selain Allah
  3. Untuk memberitahu para jemaah perpindahan sesuatu rukun
  4. Supaya tidak ada dalam solat masa yang sunyi dari zikir
13. TASYAHHUD DAN SALAWAT SEBELUM SALAM
  1. Selepas salam, kita akan berdoa, jadi layaklah sebelum berdoa itu kita memuji Allah.
  2. Mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w. untuk menghidupkan ingatan kita kepada Baginda.
  3. Mengucapkan salam kepada hamba-hamba Allah yang soleh
  4. Membaharui tauhid
  5. Salawat kepada Nabi kerana tidak layak kita berdoa hanya untuk diri sendiri
14. SALAM : menandakan selesai solat

RINGKASNYA
  • BERDIRI : memuji Allah, membaca kalam dan membesarkanNYA
  • RUKUK : membesarkan Allah
  • IKTIDAL: mengsifatkan puji kepada Allah s.w.t.
  • SUJUD : menyatakan kehambaan diri kepada Allah
  • DUDUK ANTARA 2 SUJUD : memohon hajat kepada Allah
  • DUDUK YASYHHUD : mempersembahkan segala kehormatan kepada Allah memberi salam kepada Nabi s.a.w., kepada hamba-hamba Allah yang soleh, membaharui syahadah, bersalawat dan memohon. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
21 November 2020 / 5 Rabiulakhir 1442H : 9.57 am




No comments: