Saturday, 7 November 2020

WANITA PEMBUNUH: PAKAR PENEMBAK TEPAT SOVIET PERANG DUNIA.

Oleh Norman Dasuki
FB Pencinta Dunia Ketenteraan  dan Pertahanan


USSR ataupun Soviet Union merupakan persekutuan negara komunis paling berkuasa dalam sejarah peradaban manusia dari tahun 1922~1991 sebelum terbubar dan mengalami zaman kejatuhan. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat. Soviet Union terkenal dengan kekuatan angkatan tentera dan melahirkan pemerintah kuku besi seperti Vladimir Lenin dan Joseph Stalin. Pada era kegemilangan mereka dunia pernah dikejutkan dengan salah satu cabang ketenteraan USSR iaitu dengan penubuhan skuad penembak tepat mereka yang begitu efisien.

PENEMBAK TEPAT WANITA SOVIET: SEJARAH BERMULA

Rejimen 3rd Shock Army, 1st Belorussian Front ditubuhkan dalam merekrut penembak tepat wanita. Tentera 'Shock' telah diwujudkan dengan struktur khusus dalam melibatkan dan memusnahkan asset-aset bernilai pasukan musuh. Skuadron ini juga diperkuat dan dilengkapi dengan kenderaan berperisai juga artileri daripada tentera-tentera gabungan yang lain. Ia diperkukuhkan lagi dengan unit kejuruteraan, kereta kebal dan tentera berkuda mengikut keadaan.

Kerana berhadapan dengan masalah dalam mencari tenaga kerja untuk memenuhi tugas ketenteraan dan perindustrian, kerajaan Soviet merekrut kira-kira 7.75 juta wanita, di mana 800,000 daripadanya berkhidmat dalam tentera. Cabang penembak tepat adalah salah satunya, dan terdapat ramai wanita ini yang kemudiannya diiktiraf sebagai pakar. Dianggarkan bahawa pada tahun 1943 terdapat lebih dari 2,000 penembak tepat wanita diangkatan bersenjata Soviet. Mengikut rekod, penembak tepat wanita ini kemudiannya telah disahkan menjadi punca kepada 12,000 kematian pihak musuh semasa perang berlangsung.

Kesatuan Soviet menggunakan wanita untuk ditugaskan sebagai penembak tepat atau penembak curi secara meluas, dan perkara ini memberi kesan yang besar. Walau apa pun skeptisisme kaum lelaki terhadap keupayaan wanita, ‘Bapa kepada pergerakan penembak tepat Russia’, Major General Morozov menyifatkan kemahiran menembak wanita adalah berada dalam kelasnya yang tersendiri. Beliau pernah berkata, hakikatnya bahawa "tangan wanita lebih sensitif daripada lelaki. Oleh itu apabila seorang wanita sedang menembak, jari telunjuknya menarik pencetus lebih lancar dan semulajadi".

Perkara ini dibuktikan dengan betapa efektifnya penembak tepat wanita bernama Nina Alexeyevna Lobkovskaya dan wanita kelahiran Ukraine, Lyudmila Pavlichenko yang direkodkan secara sah membunuh lebih 300 askar musuh. Soviet mendapati bahawa tugas penembak tepat sesuai untuk wanita, kerana penembak tepat yang baik mempunyai perasaan sabar, berhati-hati, teliti, dapat menghindari pertempuran bersenjata secara berdepan, dan memerlukan kelenturan badan yang lebih tinggi daripada tentera yang lain diatas faktor keadaan dimana kawasan keberadaan mereka ditempatkan. Diatas kajian Major General Morozov lagi, wanita dianggap memiliki kemahiran dan saraf yang diperlukan untuk kemahiran menembak tepat.


LAGENDA PENEMBAK TEPAT BERUSIA 19 TAHUN: ROZA SHANINA


Beliau bukan sahaja penembak tepat Soviet yang bijak dan cantik tetapi juga amat merbahaya. Pada tahun 1945 semasa berumur 19 tahun, Roza Shanina disahkan dan telah dicatat telah membunuh 59 orang tanpa tersasar. Kebanyakan mangsa beliau adalah pemimpin perang pasukan Jerman. Kebijaksanaan beliau meyasarkan ketua pegawai perang meyukarkan pihak Jerman mengatur strategi dengan ampuh dimedan perang. Ini dilakukan diatas kesedaran beliau bahawa organisasi ketenteraan akan mengalami kesukaran untuk menggantikan pegawai lapangan dan mereka terpaksa meletak pegawai lapangan yang tidak berpengalaman pula semasa perang.

Roza Shanina telah mengabdikan dirinya sebagai salah seorang penembak tepat Soviet semasa Perang Dunia II secara sukarela selepas kematian adiknya pada tahun 1941. Beliau memilih menjadi penembak tepat atau penembak curi di barisan depan. Dihormati kerana ketepatan dan kepakaran menembaknya, Shanina mampu menembak pihak musuh yang disasarkan dengan membuat tembakan tepat secara berturut-turut keatas dua sasaran pada satu masa. (Two target hits by two rounds fired in quick succession)

Pada tahun 1944, sebuah akhbar Kanada menggambarkan Shanina sebagai “the unseen terror of East Prussia”. Beliau menjadi penembak tepat wanita Soviet pertama yang dianugerahkan Order of Glory dan merupakan pegawai servis pertama dari Belorusia ke-3 untuk menerimanya. Menurut lapuran Major Degtyarev (Panglima Rejimen Rifle 1138), yang dicatatkan didalam dokumen lapuran prestasi, diantara kepujian yang diberikan keatas beliau adalah berikutan peristiwa antara 6 dan 11 April. Shanina telah membunuh 13 tentera musuh walaupun semasa itu beliau sendiri dihujani tembakan artileri dan senjata api. Menjelang Mei 1944, mangsa tembakan beliau yang dapat disahkan meningkat kepada 17 musuh. Untuk itu Shanina dipuji sebagai askar yang tepat dan berani. Pada tahun yang sama, pada 9 Jun, potret Shanina dipaparkan dihalaman depan akhbar Soviet Unichtozhim Vraga.

Beliau direkodkan meninggal dunia sewaktu pertempuran sekitar 28 January 1945. Shanina cedera parah ketika cuba melindungi seorang pegawai meriam yang cedera. Dia ditemui oleh dua orang askar yang bersembunyi akibat serangan bertubi-tubi pihak Jerman, dengan dadanya terkoyak akibat serpihan peluru meriam. Walaupun terdapat percubaan untuk menyelamatkannya, Shanina meninggal pada hari berikutnya berhampiran estet Richau (Sebuah penempatan Soviet di Telmanovka). Shanina telah dikebumikan di bawah sebatang pokok pir yang melebar di tepi Sungai Alle (sekarang dipanggil Lava) di tempat bernama Znamensk, Kaliningrad Oblast.

Pada tahun 1964-65, nama Shanina tiba-tiba diangkat kembali, apabila kisah beliau muncul dalam akhbar Soviet, sebahagian besarnya disebabkan penerbitan buku hariannya yang diwarisi oleh rakan-rakan seperjuangan beliau. Buku hariannya mengandungi kisah hidaup beliau sewaktu sebelum bergelar penembak tepat lagi. Didalam buku harian tersebut tercatat kisah-kisah Shanina sebagai insan biasa dimana kehidupan biasa beliau diselangi peristiwa manis dan pahit termasuklah kisah pemuda bernama Misha Panarin dan Nikolai yang amat beliau cintai.

Akhbar Severny Komsomolets meminta rakan sezaman Shanina untuk menulis apa yang mereka tahu mengenainya. Kisah-kisah beliau mendapat pengistirafan oleh kerajaan Russia selepas itu. Jalan-jalan di Arkhangelsk, Shangaly dan Stroyevskoye dinamakan semula sempena memperingati beliau. Begitu juga sebuah muzium yang didedikasikan untuk Shanina diwujudkan di Yedma iaitu lokasi tempat asal beliau. Sekolah tempatan di mana beliau belajar pula sekitar tahun 1931-35 mempunyai plat peringatan khas untuk mengenang jasa-jasa beliau.

Olahan dari sumber:

1- IYUDIMA PAVLICHENKO
2- NINA LOBKOVSKAYA
3- RED ARMY FEMALE SNIPERS WORLD WAR 2
4- 775 KILLS IN ONE PIC

Kredit Laksamana


Copy and paste:
7 November 2020 / 21 Rabiulawal 1442H : 4.45 am

No comments: