Wednesday, 17 April 2013

2013 : MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JB

Lokasi: Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 16-17 April 2013


Jarak Perjalanan
Yayasan Jantung Malaysia - Johor Bahru : 336 km

Program Kesihatan Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 diteruskan di Maktab Sultan Abu Bakar, yang terletak di Jalan Sungai Chat, Seri Gelam, Johor Bahru, Johor. Seramai 275 murid dan guru telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepajang program dua hari bermula 16 hingga 17 April 2013. 

Puteri Specialist Hospital Johor Bahru turut membantu dengan menghantar jururawat-jururawat membantu dalam menjalankan Ujian Saringan kepada pelajar dan guru-guru. 






MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU
Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru atau dikenali juga dengan nama English College (EC) ditubuhkan pada 21 Mac 1914. 
Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya ditempatkan berdekatan dengan Istana Sungai Chat dan berhadapan dengan Pantai Lido. Bekas tapak sekolah ini masih boleh diperhatikan sehingga sekarang. Seramai 21 orang pelajar ditempatkan di EC dibawah tunjuk ajar dua orang guru yang dibawa khas dari England, iaitu Mr. Morrison and Mr. Holman. 21 orang pelajar ini boleh dianggap sebagai pengasas atau permulaaan untuk EC berkembang menjadi institusi pendidikan Inggeris di Johor Bahru.
Pada 1928 juga, En. T. Drury yang telah menyertai Perkhidmatan Pendidikan Malaya semenjak daripada tahun 1921, dilantik sebagai Pengetua EC yang pertama.
Pada akhir tahun 1930, lokasi sekolah ini berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Tapak sekolah yang asal hanya meninggalkan batu-batu blok dan sebuah tangga untuk pergi ke batu-batu blok tersebut, dan kesannya boleh dilihat sehingga sekarang. EC yang baru secara rasminya dibuka pada tahun awal tahun 1931. 
Salah dua daripada pelajarnya yang termasyhur ialah Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Tan Sri Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pada tahun 1960, nama EC ditukar selepas tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu kepada Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) sempena mengambil nama Bapa Pembangunan Negeri Johor, iaitu Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.

UJIAN SARINGAN KESIHATAN

Pameran Poster oleh Yayasan Jantung Malaysia
Kaunter Pendaftaran

Ujian Glukosa dan Kolesterol

Ujian Tekanan Darah dan Body Mass Index


Nasihat Pemakanan dan Kesihatan dari Jururawat Puteri Specialist Hospital, 
Johor Bahru











Kenangan bersama Guru Pengelola Kempen dan Jururawat dari Puteri Specialist Hospital,  
Johor Bahru


Semasa program di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru, saya dan team menginap di CIQ Hotel yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Tanjung Puteri, Johor Bahru yang terletak lebih kurang 5.7 km dari Maktab Sultan Abu Bakar. 

Hotel CIQ
54, Jalan Lumba Kuda
Tanjung Puteri
80300 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-222 2211








JOHOR BAHRU, JOHOR



Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai 'JB' merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia dengan penduduk sekitar 1.4 juta orang. 
Johor Baharu atau nama lamanya Tanjung Puteri diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Bandar ini juga dikenali dalam sejarah kerana disinilah lahir parti UMNO pada tahun 1946. 
Johor Bahru diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Januari 1994 dengan Dato' Hashim bin Yahya dilantik sebagai Datuk Bandar JB yang pertama. 
JB juga tidak asing bagi aku kerana ketika dalam perkhidmatan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands, Singapura sekitar tahun 80'an, JB adalah tempat aku dan kawan-kawan selalu melepak ketika hari minggu atau cuti. Banyak kenangan pahit manis yang tidak dapat aku lupakan, kerana JB begitu sinonim dengan TLDM sebelum pengkalan TLDM berpindah ke Lumut, Perak. 
Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Woodlands dimana aku pernah berkhidmat dari tahun 1981 - 82.  Kini tempat ini telah dijadikan Penjara oleh Kerajaan Singapura. 



Zulheimy Bin Maamor
YJM
30 Okt 2013



No comments: